Anak Muntah Cirit Birit Sampai 2 Minggu Tak Sangka Kuman Ini Penyebabnya


Sekiranya anda perhatikan anak kecil muntah atau cirit birit, mesti ada sesuatu yang tak kena. Kebanyakan daripada kita akan menganggap mungkin tak serasi dengan susu yang anak minum.
Sedangkan ada lagi punca lain yang ramai tak tahu. Seperti perkongsian seorang ibu, Aisyah Hussain, kejadian yang berlaku pada anak lelakinya ini perlu dijadikan peringatan bersama jika anak muntah dan cirit birit dalam jangka masa lama.
Ibu jangan ambil mudah bila anak cirit birit dan muntah!
Tahun lepas bulan 11, Muhammad Aisy Syafi’i atau panggilan manjanya si tembun ni masuk hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit birit dan muntah-muntah. Jadi mak ingat biasa je la dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu.
Tapi cirit birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu. Kalau ikutkan lepas seminggu mak ada bawak hospital, doktor dah cek, ambil darah, dia kata tak ada apa dan suruh balik. Bagaimanapun minggu seterusnya masih lagi tak berhenti.
Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus mak bawak ke hospital ditambah pernafasan laju. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat mak ni. Kesian tengok dia, tapi tengok dia macam orang tak sakit, minum macam biasa, muka ok, bawah mata tak hitam, aktif semua ok. Mak tak jangka pulak rupanya penyakit tu serius tau.

Simptom-simptom kat rumah yang mak nampak, demam tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus cair of coz cirit birit kan, then after 2 week najis tu bertukar jadi warna hijau, bukan mak kau hijau eh.
Najis tu pulak bau dia alamak, bau macam bangkai. Seram mak ha. Ingat sebab susu dia. Jadi kalau anak-anak cirit birit najis dah bau macam bangkai refer la ke hospital ye..
Masa dekat hospital check darah semua ok. Terpaksa bagi nap dekat si tembun ni sebab nafasnya laju.
Kalau nak tahu dah dekat sebulan anak cirit birit. Mula-mula masuk wad biasa dan selepas tu dipindahkan ke bilik kuarantin pula. Ini kerana cirit birit ni boleh berjangkit dan sebab itu kena asingkan.
Hari pertama dan kedua masih cirit macam biasa, hari ke 3 dah mula ada darah. Mak dah takut..Apabila doktor datang check, mak cerita la yang najis dia dah ada spot darah. Terus doktor ambil sample najis.
Hari ke 4 pagi tu mak relaks lagi, doktor check boleh senyum lagi sebab result tak keluar lagi kan, masuk tengah hari terus doktor datang bawak result, dup dap dup dap, puan anak puan ni kena jangkitan salmonella.
Masa tu muka bersahaja lagi sebab tak tau tu apa yang sebenarnya. Bila doktor terangkan salmonella tu apa baru gelabah menitik air mata. Part yang boleh menitik air mata tu sebab mak lambat bawa pergi hospital. Sebenarnya doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh bawa mati. Masa ni air mata dah merambu keluar. Takut yak mat..
Sebenarnya doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok sama ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi disebabkan si tembun ni ada perubahan, doktor batalkan.
Mula la anak mak ni bertarung dengan jarum ..boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, bayi apatah lagi.

Sebenarnya jika ibu bapa nak tahu, salmonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah. Lepas tu kita terus pegang anak.
Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak. Sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Dekat situ pun boleh berjangkit, salah satu sebab lagi botol susu tak direbus. Doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain.
Kenal apa tu kuman salmonella
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia.
Kredit: Public Health Malaysia Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu-ibu tolong alert ye.
Lepas 9 hari on antibiotik sekali lagi doktor ambil najis untuk pastikan kuman ada lagi ke tidak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Mak lega sangat. Hari ke-11 dah discharge. Berkampung la mak kat hospital 11 hari.
Bagi ibu yang ada anak kecil kena sentiasa peka dan mesti lebih sensitif. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena basuh tangan selalu, pegang apa pun sebelum pegang bayi mesti basuh tangan.
Kredit: Aisyah Hussain
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Muntah & Cirit Birit Sampai 2 Minggu, Tak Sangka Kuman Ini Penyebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-muntah-cirit-birit-sampai-2-minggu-tak-sangka-kuman-ini-penyebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Merawat Cirit Birit

Cara Mudah Merawat Cirit Birit

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 298 hits
Cara Mudah Meredakan Cirit Birit Pasti anda mengalami nasib yang serupa seperti saya ketika tibanya musim perayaan iaitu terkena cirit birit Sewaktu hari raya ke empat dan kelima kebanyakan ahli keluarga kami diserang cirit birit Entah di m...
Gara Gara Hisap Gigit Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman

Gara Gara Hisap Gigit Ibu Jari Anak Bernanah Kerana Jangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 427 hits
Terkadang bila sesuatu perkara nak jadi ibu bapa tak perasan pun hinggalah sampai satu ketika barulah tersedar Begitu juga dengan tabiat anak yang suka hisap jari Memang kalau fikirkan ia tak memudaratkan pun tetapi jika ada sebaliknya berl...
Hiburan Allah Sebaik Baik Perancang Emma Maembong Luah Rasa Syukur Tak Sangka Hamil Lepas 3 Minggu Kahwin

Hiburan Allah Sebaik Baik Perancang Emma Maembong Luah Rasa Syukur Tak Sangka Hamil Lepas 3 Minggu Kahwin

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 361 hits
Pelakon comel Emma Maembong yang kini menanti hari untuk melahirkan anak pertama tampil meluahkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan rezeki cahaya mata hanya setelah tiga minggu mendirikan rumah tangga Emma yang mengakui dia sememangnya men...
Kita Risau Dia Senyum Je Dahi Anak Saharul Ridzwan Terbelah Langgar Bucu Meja

Kita Risau Dia Senyum Je Dahi Anak Saharul Ridzwan Terbelah Langgar Bucu Meja

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 257 hits
Anak anak yang sedang membesar sememamgnya cukup aktif Tak hairanlah bermacam macam perkara tidak diingini lebih cenderung berlaku kepada mereka Anak sulung kepada pelakon Saharul Ridzwan Muhammad Luth Ali baru baru ini mengalami kecederaan...
Drama Lelaki Likungan Cinta Drama Lakonan Cik B Anak Dato Vida

Drama Lelaki Likungan Cinta Drama Lakonan Cik B Anak Dato Vida

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 931 hits
DRAMA LELAKI LIKUNGAN CINTA DRAMA LAKONAN CIK B ANAK DATO VIDA Rasa tak sabar nak tengok drama Lelaki Likungan Cinta ni sebab Cik B akan buat penampilan pertamanya dalam dunia lakonan Dah jadi pelakon pun Cik B sekarang ni Dalam twitter Cik...
Pukoi Anak Sindiaq Menantu

Pukoi Anak Sindiaq Menantu

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 278 hits
Ibrahim Mat IsaZaman la ni orang dah tak paham apadia yang dikata katok anak sindiaq menantu sebab menantu pun macam hantu
Utamakan Bdr Untuk Kakitangan Yang Ada Anak Kecil Cuepacs

Utamakan Bdr Untuk Kakitangan Yang Ada Anak Kecil Cuepacs

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 182 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus seperti yang dikeluarkan Jabatan Pekhidmatan Awam bagi Kuala Lumpur Putrajaya Sela...
Fasa 0 10 Tahun Anak Suka Cari Perhatian Rugi Kalau Abaikan Fikir Anak Kecil Lagi

Fasa 0 10 Tahun Anak Suka Cari Perhatian Rugi Kalau Abaikan Fikir Anak Kecil Lagi

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 285 hits
Ish mama sibuk ni jangan kacau mama berlalu lah si kecil bermain sendiri Si kecil ini hanya mengimpikan sedikit perhatian dari si ibu dan juga si ayah Tahukah anda sebenarnya anak mempunyai 2 fasa penting dalam hidup mereka Jika fasa pertam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih