Anak Mudah Jatuh Sakit Bila Terkena Hujan Bukan Salah Air Hujan Ini Sebabnya


Kita paling takut anak kita terkena hujan. Bimbang anak demam, selesema dan sekaligus batuk. Air hujan sebenarnya tidak seharusnya dipersalahkan. Apa sebabnya?
Seperti jangkitan lain, demam dan selesema berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau mikroorganisma berkaitan. Mandi hujan itu sendiri bukan punca kepada anak anda sakit. Jadi kenapa anak sakit setiap kali dia mandi hujan?
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan keadaan tersebut berlaku, namun kuncinya terletak pada sistem pertahanan badan mereka.

Ada kanak kanak yang mempunyai sistem imun rendah disebabkan oleh faktor berikut:
* Sering makan makanan tidak seimbang.
* Stres
* Tidur tidak cukup
* Tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Namun, apabila meningkat usia mereka, sistem imun kanak kanak akan menjadi kuat. Dalam proses untuk menjadi kuat, memang lazim mereka akan jatuh sakit disebabkan oleh jangkitan.

Mandi hujan lemahkan sistem pertahanan badan kanak kanak
Walaupun kini anda sudah tahu hujan tidak menyebabkan anak anda sakit, tapi ada faktor yang memudahkan penyebaran virus ketika hujan.
Cuaca sejuk sering dikaitkan dengan keadaan kondusif untuk virus selesema merebak. Oleh sebab cuaca sejuk sering mengiringi hujan, mereka yang mandi hujan mudah untuk mendapat jangkitan virus.
Kajian pada tahun 2013 oleh sebuah kolej perubatan di Amerika menunjukkan kebolehan virus rhino (virus selesema) untuk mengalami proses replikasi meningkat jika suhu badan lebih rendah daripada 37°C.
Ia turut disokong oleh satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Universiti Oulu di Finland. Subjek yang terlibat dalam kajian itu mengalami peningkatan risiko jangkitan apabila suhu dan kelembapan diturunkan selama 3 hari.

Virus influenza juga mudah untuk tersebar semasa cuaca sejuk. Kajian menunjukkan suhu ideal untuk ia tersebar adalah dalam lingkungan 5°C.
Berdasarkan kepada kajian tersebut, jelas menunjukkan mandi hujan boleh menyebabkan risiko mendapat jangkitan meningkat, namun, ia berlaku secara tidak langsung. Oleh sebab itulah anda digalakkan mandi dalam bilik air selepas mandi hujan.
Bukan untuk membersihkan air hujan tersebut tetapi untuk memastikan suhu badan anda ideal untuk melawan virus.
Jika anda mandi selepas terkena hujan, anda mesti perasan, air tersebut lebih suam berbanding dengan air hujan.
Suhu badan memainkan peranan penting bagi mengawal atur sistem keselamatan dalaman daripada ancaman mikroorganisme.

Hujan tidak menyebabkan masalah selesema dan demam seperti yang disangka. Walau bagaimanapun, ia boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan virus.
Tidak salah jika anak anda nak mandi hujan. Namun, selepas itu pastikan mereka mandi semula dan kekalkan suhu dalam rumah pada tahap yang ideal.
Menarik: Baru 1 Tahun 10 Bulan Dah Tak Pakai Pampers, Cara Ibu Ni Potty Train Anak Memang Sempoi

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hello Doktor
The post Anak Mudah Jatuh Sakit Bila Terkena Hujan, Bukan Salah Air Hujan, Ini Sebabnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-mudah-jatuh-sakit-bila-terkena-hujan-bukan-salah-air-hujan-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kawasan Pedalaman Ulu Tembeling Air Sedang Meningkat Dengan Pantas Hujan Makin Lebat Di Kebanyakkan Kawasan Di Pahang

Kawasan Pedalaman Ulu Tembeling Air Sedang Meningkat Dengan Pantas Hujan Makin Lebat Di Kebanyakkan Kawasan Di Pahang

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 287 hits
NORMAN RADZUANLangkah perlu diambil oleh kita sendiri dan YBJANGAN TUNGGU AIR SAMPAI INSURAN TAK COVERSemoga diberikan keselamatan buat mangsa banjir Rakan saya maklumkan sejarah hidupnya tak pernah berlaku banjir di Klang kali ini tiba2 ba...
Ibu Kanak Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Kondominium Didakwa Abai Anak

Ibu Kanak Kanak 5 Tahun Maut Jatuh Kondominium Didakwa Abai Anak

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 267 hits
Ibu kepada kanak kanak lelaki yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium bulan lalu didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya Bagaimanapun wanita berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertudu...
2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak

2 Tahun Anak Ketinggalan Belajar Dua Aktiviti Mudah Ni Boleh Rangsang Motor Kasar Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 311 hits
Tanpa kita sedar anak anak begitu lambat perkembangannya hanya kerana kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini Bila terlambat perkembangannya dalam segala segi anak akan mula menunjukkan ragamnya sendiri Lambat belajar tidak fokus kuat m...
Jangan Biar Anak Main Air Banjir Dr Izzar Kongsi Kotornya Air Banjir Boleh Jadi Punca Penyakit

Jangan Biar Anak Main Air Banjir Dr Izzar Kongsi Kotornya Air Banjir Boleh Jadi Punca Penyakit

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 267 hits
Doktor selebriti Dr Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir Menurutnya jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat s...
Kalau Anak Sakit Lepas Balik Mandi Kolam Mungkin Ini Puncanya

Kalau Anak Sakit Lepas Balik Mandi Kolam Mungkin Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 200 hits
Anak mana yang tak teruja bila dengar ibu ayah nak bawa mandi kolam kan Tapi pernah tak terjadi bila mana anak pulang daripada bermain air kolam mereka mula nampak lemah dan tak bermaya Jika pernah mungkin ibu ayah perlu lebih berwaspada se...
Aktiviti Mudah Tampal Tarik Sticker Boleh Rangsang Motor Skill Anak Mudah Sungguh

Aktiviti Mudah Tampal Tarik Sticker Boleh Rangsang Motor Skill Anak Mudah Sungguh

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 266 hits
Anak anak kecil kita jika dirangsang berterusan dengan pelbagai aktviti sejak kecil lagi dapat menajamkan mindanya malah motor skill mereka turut dirangsang dengan baik Tidak hanya disekolah di rumah misalnya ibu bapa boleh turut sama mempe...
Hujan Deras Iringi Rekonstruksi Kasus Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Kupang

Hujan Deras Iringi Rekonstruksi Kasus Pembunuhan Ibu Dan Anak Di Kupang

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 168 hits
Rekonstruksi kasus pembunuhan ibu dan anak di Kota Kupang Nusa Tenggara Timur digelar tim penyidik gabungan Ditreskrimum Polda NTT dan Polsek Alak Selasa Ribuan warga sejak pagi hingga petang tadi memenuhi 10 lokasi yang menjadi tempat keja...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas