Anak Menangis Mengamuk Ke Sekolah Itu Normal Tapi Kena Kenal Pasti Perubahan Sikap Anak


“Anak umur 5 tahun menangis ke tadika normal atau tidak?”
Normal ya anak menangis ke sekolah atau ditinggalkan di tempat baru. Anak umur 7 tahun menangis bila pergi ke sekolah rendah pun masih dikira normal.

ANAK MENANGIS KE SEKOLAH 😭
Masalah ini lagi normal kalau:
– Anak tak pernah dihantar taska atau pengasuh.
– Jarang keluar rumah.
– Ibu suri rumah, memang sentiasa bersama dengan anak.
Punca yang biasanya buat anak menangis ke sekolah.
❌️ TEMPAT DAN SUASANA YANG BARU
Bayangkan 5 tahun anak duduk bersama ibu, tiba-tiba ditinggalkan ke tempat yang baru dan tidak kenal sesiapa pun. Normallah dia akan takut dan rasa tidak selamat.
Ditambah pula, keadaan bising dengan suara murid lain bercakap kuat-kuat sehingga guru pun terpaksa menjerit untuk bercakap. Mungkin guru hanya bercakap biasa, tetapi bagi anak yang dalam keadaan takut suara guru yang kuat seakan-akan memarahi dia.
Biasanya anak yang sensitif pendengaran akan ada masalah dengan bunyi yang bising atau kuat. Boleh jadi punca utama kenapa anak menangis dan tidak suka ke sekolah. ⚠️
❌️ “SURVIVAL SKILL”
Anak yang dihantar ke taska memang akan mempunyai “survival skill” yang lebih tinggi sebab mereka sudah biasa terdedah dengan kanak-kanak lain, sudah biasa dengan keadaan hiruk-pikuk, keadaan kanak-kanak bergaduh ataupun suara guru menjerit/tegas.
Berbanding dengan anak yang kebanyakan masa duduk bersama ibu. Kalau ibu marah, dia tahu ibu marah dia seorang. Tapi kalau di sekolah, boleh jadi guru marah murid lain tapi anak rasa guru marah dia. Dia tidak tahu lagi cara nak kawal diri atau tenangkan diri sendiri. 😟
Sentiasa rasa takut-takut dan resah bila ada situasi hiruk-pikuk.
❌️ SUSAH UNTUK MENGIKUT RUTIN
Kalau dirumah, ada hari bangun tidur awal, ada hari bangun tidur lambat. Kalau lapar boleh terus makan. Tapi apabila dah ke sekolah, hari-hari perlu ikut rutin sama. Tak boleh main 24 jam, kena ikut jadual.
Jadi, memang normal anak akan lebih suka duduk rumah berbanding ke sekolah. Di rumah boleh buat apa-apa yang dia mahu tetapi di sekolah terpaksa ikut peraturan. Pijak rumput pun tak boleh 😅
❌️ ANAK JENIS KINESTETIK
Anak jenis kinestetik akan rasa sukar dan “terseksa” duduk lama di kerusi. Pembelajaran formal di kerusi dan meja mungkin kurang sesuai untuk anak.
Anak perlu selalu bergerak, berjalan dan berlari. Pembelajaran pula dalam keadaan sambil bermain. 🏃‍♂️
Sebenarnya ada banyak sahaja punca yang buat anak menangis ke sekolah, jadi mak ayah yang sedang menghadapi masalah ini boleh cuba periksa kenapa anak tak suka ke sekolah.
Untuk atasi masalah ini, boleh cuba cara ini:
1. TARIK MINAT ANAK UNTUK BELAJAR
Minat untuk belajar ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dengan cara
– Selalu bacakan buku dengan anak.
– Cerita kepentingan ke sekolah.
– Beri anak tengok cerita situasi kanak-kanak di sekolah.
– Beritahu segala kemungkinan dan situasi yang mungkin boleh berlaku di sekolah supaya anak bersedia contohnya cara nak pergi tandas, kalau kawan ambil barang dan sebagainya.
Tetapi pendapat saya, tidak adil untuk kita terus beri komen pada mak ayah seakan-akan tidak pernah tarik minat anak untuk belajar sekiranya anak menangis ke sekolah.
Menangis ke sekolah dan minat untuk belajar adalah topik yang berbeza.
2. MENANGIS ITU NORMAL 🥰
– Kalau setiap kali anak menangis kita marah dia menangis atau suruh berhenti menangis serta merta, percayalah anak memang tak akan berhenti menangis malah akan lagi lama menangis.
– Beritahu anak yang kita faham kenapa dia menangis dan cerita juga kisah kita sendiri menangis ke sekolah (kalau ada).
– Beri masa anak menangis, kita diam sahaja teman anak menangis. Apabila anak sudah lega dan puas menangis, barulah kita ajar cara untuk tenangkan diri. Sentiasa beri sokongan terhadap keperluan emosi anak.
3. TANYA KENAPA ANAK TAK MAHU KE SEKOLAH
– Pasti ada punca kenapa anak menangis,
Tak mahu bangun pagi?
Mengantuk sebab tidur lewat?
Takut dengan cikgu?
Kawan-kawan bising?
Tak suka duduk lama?
Bosan?
4. CARI JALAN PENYELESAIAN
– Mengantuk sebab tidur lewat?
Pastikan anak tidur cukup, 3-5 tahun (10-13 jam sehari) 6-12 tahun (9-12 jam sehari).
– Takut dengan cikgu?
Beritahu yang cikgu tak marah, tapi suara cikgu memang kuat.
– Tak suka duduk lama?
Minta anak bangun awal sedikit dan minta dia berlari, melompat keliling rumah sebelum datang sekolah. Penuhkah tangki keperluan bergerak anak sebelum anak perlu duduk lama.
– Bosan?
Beri anak bawa 1 mainan ke sekolah (kalau dibenarkan) ataupun belikan keychain jenis “fidget toy” untuk tenang anak bila dia bosan.
– Takut suasana baru?
Boleh bawa 1 barang dari rumah yang anak memang sayang, supaya dia rasa selamat.
Dalam kes anak menangis ke sekolah, tiada sesiapa yang salah. Kita pun tak tahu cerita dari pihak guru, mungkin bilangan murid terlalu ramai untuk guru periksa masalah setiap seorang murid. Toleransi mendengar budak menangis juga berbeza setiap orang.
Tapi bagi saya
1. Mungkin terlalu awal untuk klasifikasikan normal atau tidak normal hanya dalam minggu pertama.
2. Anak 5 tahun sekiranya tidak membaca dan menulis masih dikira normal. Lagi-lagi 2 tahun menghadapi zaman pandemik, anak kurang terdedah dengan dunia luar.
3. Mungkin ambil masa untuk anak sesuaikan diri dengan persekitaran.
Tetapi kalau memang anak menangis sepanjang di sekolah, mungkin mak ayah boleh cuba hantar anak selang sehari dahulu. Beri anak timeline untuk bersedia, beritahu seminggu ini sahaja datang berselang seli hari. Minggu depan perlu hadir seminggu penuh.
Hari yang tidak hadir ke sekolah, buat simulasi ke sekolah. Pakai baju sekolah dan ikut jadual sekolah.
Jadi, mak ayah yang sedang mengalami masalah ini boleh cuba dahulu cara di atas. Kalau mak dah cuba pelbagai cara dan anak tetap menangis ke sekolah berterusan selama 2 minggu, mungkin boleh dapatkan bantuan terapis cara kerja.
Kebiasaannya kami akan lakukan penilaian kesediaan anak ke sekolah dan penilaian menulis. InsyaAllah kami dapat membantu mak ayah yang mengalami masalah ini. 🥰
Ada mak ayah yang ada anak 5 tahun ke? 🙋‍♀️
*Follow page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari sudut terapis cara kerja.
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy , Selayang

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Anak Menangis, Mengamuk Ke Sekolah Itu Normal! Tapi Kena Kenal Pasti Perubahan Sikap Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-menangis-mengamuk-ke-sekolah-itu-normal-tapi-kena-kenal-pasti-perubahan-sikap-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Pergi School Tapi Cuti Anak Mia Ahmad Menangis Teruk Nak Pergi Sekolah Mujur Daddy Pandai Pujuk

Nak Pergi School Tapi Cuti Anak Mia Ahmad Menangis Teruk Nak Pergi Sekolah Mujur Daddy Pandai Pujuk

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 189 hits
Mula mula menangis tak nak berpisah dengan ibu lepas sekolah jumpa kawan kawan terus seronok nak ke sekolah Itulah anak anak kecil kita yang baru melangkah ke alam persekolahan Gelagat anak kedua pelakon Mia Ahmad mencuri perhatian ramai Ma...
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 167 hits
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup Assalamualaikum dan hai semua Finally sekolah dah buka Berakhirlah episode PDPR yang memeningkan para ibu ayah Baru kita tahu betapa besar pengorbanan seorang guru kan Alhamdulillah Geng 4A d...
Sikap Setia Edika Yusof Kembali Tular Isteri Suruh Kahwin Lagi Tapi Enggan Curang

Sikap Setia Edika Yusof Kembali Tular Isteri Suruh Kahwin Lagi Tapi Enggan Curang

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 178 hits
Kontroversi melanda rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof secara tidak langsung membuatkan nama aktor kacak Edika Yusof kembali menjadi bualan netizen di media sosial Mana tidaknya pelakon berusia 55 tahun it...
Dapat Angpao Itu Nggak Segampang Kelihatannya Pejuang Amplop Merah Pasti Relate

Dapat Angpao Itu Nggak Segampang Kelihatannya Pejuang Amplop Merah Pasti Relate

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 109 hits
Coba mana yang lebih nunggu bagi bagi angpao daripada momen kumpul keluarga cerita bareng sini
Anak Mengamuk Buat Perangai Jangan Abaikan Terus Sabar Sayang Anak Macam Biasa

Anak Mengamuk Buat Perangai Jangan Abaikan Terus Sabar Sayang Anak Macam Biasa

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 259 hits
Bukan setiap masa anak kita buat perangai Bukan setiap masa anak mengamuk tanpa sebab Sama macam kita anak juga punya waktu dan emosinya yang tidak kuat dan tak stabil Bila anak buat perangai sebaiknya kita belajar untuk sabar dan belajar u...
Anak Mungkin Muntah Selepas Minum Ors Tapi Boleh Bantu Kurangkan Cirit Birit Teruk

Anak Mungkin Muntah Selepas Minum Ors Tapi Boleh Bantu Kurangkan Cirit Birit Teruk

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 266 hits
Oral Rehydration Salt ialah satu campuran khas gula dan garam Apabila ORS dilarutkan dalam air larutan ORS yang terhasil amat senang diserap di dalam usus kecil walaupun seseorang itu sedang mengalami cirit birit yang teruk Oleh itu larutan...
Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak

Birthday Celebration Sekolah Rendah Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 280 hits
Selepas sekolah kembali dibuka awal tahun hari tu dapat mesej dari cikgu tentang birthday celebration yang bakal cikgu buat Sambutan majlis hari jadi khas untuk anak anak kelas Pra Sekolah Nak raikan murid yang lahir dari bulan Januari hing...
Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal Mungkin Dia Hanya Nak Perhatian Kita

Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal Mungkin Dia Hanya Nak Perhatian Kita

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 130 hits
Apabila kita terlalu sibuk dengan kerja harian tidak dapat dinafikan kita akan terleka dan kurang memberi perhatian kepada anak anak Ini menyebabkan mereka mula panjang akal untuk melakukan perkara perkara yang akan membuatkan kita fokus se...
Mereka Comel Tapi Yoo Jaesuk Dedah Sebab Tak Pernah Kongsi Foto Anak Anak

Mereka Comel Tapi Yoo Jaesuk Dedah Sebab Tak Pernah Kongsi Foto Anak Anak

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 204 hits
Baru baru ini Jo Jung suk telah tampil dalam program You Quiz on the Block sebagai tetamu ARTIKEL BERKAITAN Dalam siaran tersebut Jo Jung suk ada menyebut mengenai lagu hitnya Aloha dengan berkata Ada ramai kenalan saya menghantar video ana...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash