Anak Masuk Terrible Two Chill Ini Cara Nak Handle Tantrum


Fasa ‘Terrible Two’: Fahami Emosi Anak & Elak Tantrum Berulang
Masuk je umur 2 tahun, ramai mak ayah mula risau bila anak jadi drama king atau drama queen—menangis tanpa sebab, mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak, guling-guling tengah mall, jerit macam kena dera. Jangan risau, ini semua normal ya! Ini yang kita panggil sebagai fasa ‘Terrible Two’, satu fasa perkembangan emosi yang penting dalam kehidupan anak kecil.

Apa Itu ‘Terrible Two’? Fasa ni biasanya berlaku sekitar umur 18 bulan hingga 3 tahun. Anak waktu ni tengah belajar kenal emosi sendiri, nak berdikari, tapi belum mampu nak kawal emosi atau luah dengan cara yang betul. Bayangkan badan kecik tapi emosi macam gunung berapi, bila meletup… BOOM! Jadi lah tantrum tu.
Kenapa Anak Suka Mengamuk? Ni antara sebab kenapa anak jadi ‘mudah meletup’:
Tak dapat apa yang dia nak. Masa ni dia baru nak belajar konsep sabar.
Susah nak luah dengan kata-kata. Anak umur 2 tahun belum fasih cakap, jadi dia guna badan – jerit, tendang, gigit.
Penat, lapar atau overstimulated. Kadang bukan sebab mainan rosak pun, tapi sebab dia dah letih sangat.
Perubahan rutin. Contoh: pindah rumah, dapat adik baru, atau mak ayah sibuk dan tak beri perhatian macam biasa.
Cara Nak Bantu Anak Atasi Tantrum Jangan panik bila anak tantrum. Yang penting, kita kenal punca, respon dengan bijak, dan bantu anak regulate emosi dia. Antara cara yang boleh bantu:
Tunjuk contoh tenang.
Anak belajar dari kita. Kalau kita terus marah atau jerit balik, dia tak belajar apa-apa pasal kawal emosi.
Beri pilihan.
Contoh: “Adik nak pakai baju warna biru ke merah?” – Bila anak rasa ada kuasa memilih, dia kurang memberontak.
Peluk & tenangkan.
Bukan semua tantrum perlu hukuman. Kadang, anak cuma nak dipeluk dan diberitahu “Mama faham, adik marah…”
Guna bahasa emosi.
Contoh: “Adik rasa sedih sebab tak dapat aiskrim ya?” – Bila kita bantu dia kenal emosi dia, dia lebih cepat belajar kawal diri.
Buat jadual tetap & rutin.
Anak suka predict apa akan jadi. Bila ada rutin harian, dia rasa lebih selamat dan kurang stres.
Bila Perlu Risau? Kalau anak sering mencederakan diri atau orang lain, atau tantrum berlarutan sampai umur 4-5 tahun, ada baiknya mak ayah bincang dengan pakar kanak-kanak atau kaunselor anak.
Fasa ‘Terrible Two’ bukan fasa yang buruk—ia fasa penting perkembangan emosi anak. Ia memang mencabar, tapi kalau mak ayah tenang dan sabar bantu anak kenal emosi dan kawal diri, insyaAllah anak akan membesar jadi lebih kuat dan bijak kawal perasaan.
Mak ayah bukan nak jadi sempurna, cukup jadi tempat anak rasa difahami & disayangi. Peluk dia kuat-kuat bila dia lemah. Satu hari nanti, dia akan peluk kita semula dengan penuh penghargaan. 
 
The post Anak Masuk ‘Terrible Two’? Chill, Ini Cara Nak Handle Tantrum appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-masuk-terrible-two-chill-ini-cara-nak-handle-tantrum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Nak Gigi Anak Rongak Ini Cara Elak

Kalau Tak Nak Gigi Anak Rongak Ini Cara Elak

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 144 hits
Penjagaan Gigi Anak Tanggungjawab Awal Demi Masa Depan yang Sihat Menjaga kesihatan mulut anak bukan sekadar rutin harian ia adalah langkah penting dalam membentuk tabiat hidup sihat sejak kecil Ramai ibu bapa masih keliru tentang waktu ses...
Bila Umno Nak Bubar Masuk Bersatu Muhyiddin Balas Saranan Veteran Umno

Bila Umno Nak Bubar Masuk Bersatu Muhyiddin Balas Saranan Veteran Umno

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 114 hits
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil balas saranan veteran UMNO agar partinya dibubarkan dan kembali menyertai UMNO dengan persoalan yang cukup padu Balas saranan veteran UMNO untuk bubar BERSATU Memetik laporan dari Berita Hari...
Cium Suami Gugur Dosa Cium Anak Raih Syurga Cara Mudah Kekal Harmoni Satu Keluarga

Cium Suami Gugur Dosa Cium Anak Raih Syurga Cara Mudah Kekal Harmoni Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 136 hits
Jadikanlah ia satu tabiat yang manis setiap kali suami mahu melangkah keluar bekerja isteri claim dulu ciuman di dahi atau kening Nampak kecil tapi sebenarnya besar maknanya Ciuman hangat sebelum keluar rumah mampu beri semangat kepada suam...
Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 166 hits
Setiap ibu bapa inginkan terbaik buat anaknya Begitu juga dengan pelakon Rita Rudain Walaupun Rita sibuk dengan dunia lakonan dan komitmen kerja yang tak menentu dia tetap utamakan tanggungjawab sebagai ibu Dalam kesibukan jadual tetap menc...
Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 227 hits
Sekumpulan polis bersama pegawai MCMC menghabiskan lebih lima jam semalam di bengkel pemeriksaan kenderaan Scrut Auto di Kuala Lumpur untuk melaksanakan waran geledah terhadap pengasasnya yang juga pempengaruh media sosial Aliff AhmadMenuru...
Anak Runtuhkan Pelamin Ibunya Confuse Nak Gelak Atau Marah

Anak Runtuhkan Pelamin Ibunya Confuse Nak Gelak Atau Marah

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 158 hits
Tindakan budak ni kadang diluar jangka kitakan Kadang kita tengok dia bermain tempat tu macam biasa jer Tak expect something big coming Tup tup Nahhh roboh pelamin idaman member Kalau nak marah lebih budak tu pun mungkin kita tahu macam man...
Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

Anak Takut Sunat Ibu Ayah Kena Tahu Cara Pujuk

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 179 hits
Bersunat Lebih Dari Sekadar Tradisi Bersunat atau khatan bukan sekadar satu amalan keagamaan atau budaya Ia kini menjadi satu keperluan kesihatan yang diiktiraf secara perubatan Video Sunat Macam Kena Gigit Semut oleh Bintang Kecil bersama ...
Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

Ibu Dah Bersalin Tapi Nak Badan Slay Ini Cara Nak Bangkit Dan Jadi Lebih Hebat Dari Dulu

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 126 hits
Melahirkan anak bukan perkara kecil Ia satu perjuangan yang luar biasa ibarat bertarung nyawa Tapi selepas habis tempoh berpantang ramai ibu mula rasa letih lesu dan kadang kadang hilang semangat untuk jaga diri Eh tak boleh macam tu ya Ing...
Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Malaysia Tegaskan Komitmen Terhadap Keselamatan Digital Di Mesyuarat Menteri Apt Di Tokyo

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Gav Mar Beachfront Mansion By A Cero Iconic Coastal Luxury In Catalonia

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Menarik Staycation Di Doubletree By Hilton Hotel Penang

Memaafkan Mengampuni Adalah Sebuah Kebijaksanaan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mengadap Sultan Pahang Di Kuantan

Panduan Powerbank Dalam Pesawat Malaysia Airlines Airasia

Lepak Rehat Hari Jumaat

Tahniah Dania Dean List Sekali Lagi Dengan Gpa 3 62