Anak Lelaki Perempuan Perkembanganya Tak Sama Ambil Tahu Perkara Ni Baru Parents Faham Perkembangan Mereka


Beza bayi lelaki dan perempuan adalah cukup jelas dalam aspek anatomi. Tetapi adakah terdapat perbezaan anak lelaki dan perempuan yang melibatkan aspek perkembangan diri seperti kemahiran bercakap dan lain-lain?

Beza bayi lelaki dan perempuan
Jawapannya, ada perbezaan, walaupun agak kecil. Namun perbezaan yang berlaku dipercayai lebih berhubung kait dengan genetik dan persekitaran berbanding jantina.
Selain itu, setiap anak-anak akan membesar dan berkembang mengikut kadar yang tersendiri dan berbeza.
Bagi memastikan anak anda mencapai potensi sepenuhnya, sudah tentu perhatian dan galakan dari awal amat diperlukan.
Berikut antara perbezaan antara anak lelaki dan perempuan yang boleh anda perhatikan:
1. Kemahiran spatial, beza bayi lelaki dan perempuan
Kemahiran spatial ditakrifkan sebagai satu set kebolehan mental yang secara langsung berkaitan dengan navigasi dan putaran objek mental. Dalam kemahiran ini, lelaki dikatakan mendahului wanita.
Ingin tahu beza bayi lelaki dan perempuan dalam kemahiran ini?
Seawal usia 3-5 bulan, bayi lelaki dikatakan boleh membayangkan bagaimana objek akan muncul apabila diputarkan. Manakala bayi perempuan tidak boleh berbuat demikian.
Keadaan ini sekali gus menerangkan sebab mengapa kanak-kanak lelaki lebih menyukai sukan dan permainan video berbanding kanak-kanak perempuan pada awal kehidupan.
Anda boleh membantu anak perempuan membina kemahiran ini semasa bayi dengan memperkenalkan mereka kepada blok binaan, angka, puzzles dan aktiviti yang merangsang ketangkasan mental pada awal usia.
2. Pemilihan permainan antara anak lelaki dan perempuan
Dalam situasi sebenar, seorang bayi tidak boleh membezakan antara alat permainan sebagai ‘boyish’ atau ‘girlish’.
Walaupun kita sering melihat kanak-kanak perempuan bermain masak-masak dan yang lelaki bermain trak, tetapi trend itu berlaku kerana tekanan daripada masyarakat, rakan sebaya dan pemasaran khusus jantina.
Hakikatnya, anak perempuan boleh menyukai barangan mainan yang biasanya dikeluarkan untuk lelaki jika mereka terdedah kepada jumlah testosteron yang baik dalam kandungan.
Penyelidikan ke atas monyet untuk mengkaji mengenai mainan kegemaran, menunjukkan monyet jantan memilih mainan beroda berbanding mainan mewah, manakala yang betina memilih kedua-duanya.
Dalam kes manusia, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk menghilangkan stereotaip jika si kecil memilih mainan yang bertentangan dengan norma kebiasaan.
3. Beza bayi lelaki dan perempuan dalam aspek percakapan
Ini merupakan perkembangan yang secara konsistennya mempunyai perbezaan antara lelaki dan perempuan.
Sesetengah kajian mendapati anak lelaki lebih cenderung untuk lewat bercakap dan bayi perempuan cenderung mempunyai perbendaharaan kata yang lebih banyak seawal usia 18 bulan.
Namun perkembangan ini banyak dipengaruhi faktor sekeliling seperti sosioekonomi dan peluang. Pendedahan kepada bahasa dan persekitaran kanak-kanak boleh membuat perbezaan besar dalam bilangan perkataan yang mereka pelajari.
4. Kemahiran berjalan
Apabila memperkatakan perihal jantina lelaki atau perempuan yang mempunyai kemahiran berjalan lebih awal, ia adalah seri.
Secara anekdot, ramai ibu bapa mengatakan kanak-kanak lelaki mencapai pencapaian motor kasar seperti duduk dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak perempuan, tetapi sesetengah pakar pediatrik mengatakan sebaliknya.
Namun, berdasarkan kajian, tiada beza bayi lelaki dan perempuan apabila melibatkan kemahiran motor ini pada peringkat awal. Ini kerana kedua-dua jantina biasanya mula berjalan secara bebas selepas mencecah usia 1 tahun.
5. Beza bayi lelaki dan perempuan dalam saiz fizikal dan tumbesaran
Sejak awal lagi, lelaki cenderung lebih berat semasa lahir dan trend ini berterusan apabila masa bayi. Anak perempuan biasanya akan mengejar apabila menghampiri usia kanak-kanak.
Kebanyakan kanak-kanak perempuan mencapai separuh ketinggian dewasa mereka pada usia 19 bulan. Manakala kanak-kanak lelaki akan mencapai ketinggian ini apabila usia hampir 2 tahun.
Sudah tentu setiap anak adalah berbeza, dari peringkat bayi, kanak-kanak hingga akil baligh. Kadar pertumbuhan berbeza-beza dan secara amnya, lelaki atau perempuan akan menghabiskan usia pertengahan kanak-kanak dengan saiz hampir sama.
Apabila fasa remaja bermula, kanak-kanak perempuan biasanya mula mengatasi lelaki. Di sekolah menengah, yang perempuan biasanya lebih tinggi, namun lazimnya ini akan dapat dikejar oleh lelaki dalam tempoh 1 atau 2 tahun kemudian.
6. Tahap agresif antara anak lelaki dan perempuan
Fakta yang diketahui bahawa lelaki adalah lebih agresif berbanding perempuan. Bahkan bayi lelaki boleh menunjukkan keagresifan ini walaupun sebelum mencapai usia 2 tahun!
Pun begitu, anak lelaki perlu menjadi agresif untuk mempersiapkan diri mereka bagi konfrontasi fizikal.
Walaupun kanak-kanak perempuan tidak agresif seperti lelaki, tetapi apabila memasuki sekolah rendah, mereka boleh menendang atau menggigit ya!
Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan anak, tidak kira lelaki atau perempuan, diajar untuk mengawal kelakuan dan tingkah laku daripada bertindak sesuka hati memukul sesiapa sahaja.
7. Latihan tandas
Jika anda tertanya-tanya bila anak akan berhenti memakai lampin, jawapannya untuk bayi perempuan ia akan berlaku lebih awal berbanding lelaki.
Kebanyakan anak perempuan boleh memulakan latihan tandas dalam sekitar usia antara 22 hingga 30 bulan, anak lelaki memerlukan usia 6 bulan lebih lama.
Pun begitu, sekali lagi keupayaan dan keinginan setiap anak untuk potty train adalah berbeza-beza. Jadi anda perlu mencuba dan melihat jika wujud tanda-tanda mereka sudah bersedia.
Kesimpulan
Tuntasnya di sini, beza bayi lelaki dan perempuan adalah tidak terlalu ketara apabila bercakap mengenai aspek perkembangan mereka.
Apa yang pasti, anda sebagai ibu bapa boleh membentuk mereka dengan cara yang dapat mencerminkan perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh lebih baik.
Bagaimana dengan anak-anak anda? Apakah perbezaan yang diperhatikan pada anak lelaki dan perempuan anda?

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Lelaki & Perempuan Perkembanganya Tak Sama! Ambil Tahu Perkara Ni Baru ‘Parents’ Faham Perkembangan Mereka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lelaki-perempuan-perkembanganya-tak-sama-ambil-tahu-perkara-ni-baru-parents-faham-perkembangan-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

Anak Nak Masuk Darjah 1 Tahun Depan Kena Persiapkan 3 Perkara Ni Baru Anak Sedia Nak Sekolah

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 232 hits
Bukan hanya sekadar persiapan peralatan dan kelengkapan lain perkara paling penting adalah mempersiapkan anak kita yang bakal bersekolah dengan pengurusan diri yang tepat Menurut perkongsian pentingnya untuk mendedahkan anak dengan pengurus...
Struggle Is Real Mira Filzah Kini Faham Kenapa Mak Mak Susah Nak Bergambar Dengan Anak

Struggle Is Real Mira Filzah Kini Faham Kenapa Mak Mak Susah Nak Bergambar Dengan Anak

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 186 hits
Siapa pun pasti akan teruja untuk menyambut acara istimewa bila sudah bergelar papa dan mama Terbaharu untuk sambutan Hari Bapa pada minggu lepas pelakon popular Mira Filzah yang baharu sebulan bergelar ibu turut meraikan Hari Bapa untuk su...
Potret Ayah Dan Anak Sama Sama Anggota Tni Pangkatnya Cuma Beda 2 Tingkat

Potret Ayah Dan Anak Sama Sama Anggota Tni Pangkatnya Cuma Beda 2 Tingkat

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 135 hits
Memiliki buah hati yang sukses dalam berkarier menjadi salah satu impian para orangtua Apalagi jika si buah hati mengikuti jejak karier yang sama dengan sang ayah Keluarga satu ini contohnya Ayah dan anak sama sama anggota TNI Pangkat kedua...
Kahwin Tahun 1988 Dapat Tiga Anak Tahun 2022 Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah Suami Isteri Insaf Mahu Nikah Semula

Kahwin Tahun 1988 Dapat Tiga Anak Tahun 2022 Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah Suami Isteri Insaf Mahu Nikah Semula

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 266 hits
TOLONGLAH jangan main main bab wali Demikian pesan pendaftar nikah c3rai Mohd Hasril Saleh 35 menerusi satu bingkisan video yang dikongsi olehnya Dalam video itu dia berkongsi kisah pasangan suami isteri yang mahu bernikah semula selepas 34...
Umno Baru 2022 Sama Macam Umno Lama 1986

Umno Baru 2022 Sama Macam Umno Lama 1986

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 169 hits
Umno Baru 2022 sudah jadi sama macam Umno Lama 1986 di mana Team A lawan Team B dan harta Umno berpindah kepada pemegang amanah
Papa Sebak Terus Menangis Baru Scan Muka Anak Suami Mengalir Air Mata Sebak

Papa Sebak Terus Menangis Baru Scan Muka Anak Suami Mengalir Air Mata Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 159 hits
Hati ayah mana yang tidak terharu saat melihat zuriat sendiri di dalam kandungan Apa lagi saat melihat anak di dalam perut yang bergerak gerak aktif Sebak dan terharu terasa hampir tidak percaya Detik terindah lagi mengharukan ini dilalui o...
Kotor Itu Bagus Dari Situ Anak Belajar Banyak Perkara Dalam Satu Masa

Kotor Itu Bagus Dari Situ Anak Belajar Banyak Perkara Dalam Satu Masa

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 287 hits
Fitrah anak anak kecil memang suka pegang kutip dan telan semua yang ada di sekeliling Hal ini buat ibu bapa keliru samada nak membenarkan atau biarkan anak kerana di luar sana ada terlalu banyak cakap cakap orang Jangan bagi main kucing tu...
Hiburan Senang Tidur Lambat Bercakap Membesar Macam Normal Parents Tak Sangka Anak Ada Oku Pendengaran Sejak Lahir

Hiburan Senang Tidur Lambat Bercakap Membesar Macam Normal Parents Tak Sangka Anak Ada Oku Pendengaran Sejak Lahir

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 167 hits
Sebuah daripada wanita ini mengenai anak lelakinya mungkin akan membuka mata ibu bapa di luar sana untuk lebih peka dengan perkembangan anak masing masing semenjak dari bayi Menurut wanita yang dikenali sebagai Nabielah Ramlan ini anaknya A...
Bantu Pertahan Pengawal Keselamatan Ditndas Baru Sekarang Sharnaaz Ahmad Cerita Perkara Sebenar

Bantu Pertahan Pengawal Keselamatan Ditndas Baru Sekarang Sharnaaz Ahmad Cerita Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 235 hits
GENAP seminggu dibebaskan daripada tahanan reman pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung isu dirinya didakwa melakukan kekerasan terhadap penghuni di sebuah kondominium di Segambut baru baru ini Sharnaaz...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Benefits Of Learning Management System For Every Organisation

Jom Ke Pkns Pilih Karnival Di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley

Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup