Anak Keluar Rumah Ketika Ayah Tidur Duduk Tepi Jalan Bersama Adik


Video tular seorang kanak-kanak perempuan duduk di tepi jalan bersama adiknya sambil memegang botol susu mengundang pelbagai reaksi netizen. Tapi siapa sangka, rupanya mereka keluar rumah sendiri ketika si ayah sedang tidur!
Menurut kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kanak-kanak terbabit keluar rumah sendiri di kawasan Garden Avenue, Seremban 2 ketika ibu mereka sedang bekerja manakala si ayah pula sedang tidur.
Menurut laporan Kosmo, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang prihatin dan terus bertindak membawa dua beradik itu ke Balai Polis Seremban 2 bagi tujuan perlindungan dan pengesahan identiti.
Tiada Kecederaan, Tapi Situasi Ini Wajar Jadi Iktibar Syukur alhamdulillah, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan atau tanda mencurigakan pada tubuh kanak-kanak berkenaan. Pihak polis juga berjaya mengesan ibu bapa mereka, yang merupakan warga Myanmar. Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan semula kepada keluarga setelah siasatan awal dijalankan.

Rakaman selama 12 saat itu yang memaparkan dua beradik kecil di tepi jalan nyata mengundang simpati. Ada yang menitiskan air mata, tak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap kecuaian ibu bapa yang dianggap “tidak bertanggungjawab.”
Namun menurut Mohamad Hatta, PDRM akan terus memantau dan menjalankan siasatan demi keselamatan serta kebajikan kanak-kanak tersebut. Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes ini telah diselesaikan.
Tolonglah Mak Ayah, Ini Bukan Soal ‘Anak Nakal’ Tapi Soal Keselamatan Nyawa! Buat mak ayah, ini bukan kali pertama kita dengar kes anak keluar rumah diam-diam. Tapi bila anak kecil tanpa pengawasan berada di tepi jalan besar, risikonya sangat tinggi! Satu langkah silap boleh membawa maut.
Kita tahu, penat urus anak, kerja tak tentu masa, suami isteri sama-sama cari rezeki. Tapi langkah keselamatan mesti diutamakan:
🔒 Pastikan pintu berkunci rapi, ada mangga tambahan
👶🏻 Pasang child lock atau alat keselamatan tambahan di pintu & tingkap
📱 Letakkan nombor kecemasan di tempat mudah capai
👁️‍🗨️ Guna kamera CCTV atau baby monitor jika perlu
👩‍🏫 Didik anak tentang bahaya keluar rumah sendirian
Terima Kasih Orang Awam Yang Prihatin Dalam pada kita marah dan kecewa, jangan lupa berterima kasih kepada insan-insan prihatin yang segera membantu. Tanpa mereka, mungkin kes ini tak berakhir sebaik ini.
Moga kisah ini membuka mata semua pihak tak kira warganegara mana bahawa keselamatan anak bukan perkara remeh. Jangan tunggu sesuatu yang buruk berlaku baru nak ambil tindakan.

The post Anak Keluar Rumah Ketika Ayah Tidur, Duduk Tepi Jalan Bersama Adik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-keluar-rumah-ketika-ayah-tidur-duduk-tepi-jalan-bersama-adik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beradik Ditemui Selamat Lepas Keluar Rumah Pengasuh Ketika Pengasuh Sedang Tidur

Dua Beradik Ditemui Selamat Lepas Keluar Rumah Pengasuh Ketika Pengasuh Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 170 hits
KAJANG Dua kanak kanak lelaki masing masing berusia tiga dan enam tahun ditemui selamat oleh orang awam selepas dipercayai keluar dari rumah pengasuh mereka tanpa disedari Apa yang berlaku Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazro...
Adik Sedih Dikecam Berwajah Syafiq Kyle Versi Sengat Tebuan Saya Sampai Tak Keluar Rumah

Adik Sedih Dikecam Berwajah Syafiq Kyle Versi Sengat Tebuan Saya Sampai Tak Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 114 hits
Mempunyai ahli keluarga yang terkenal dalam industri hiburan bukanlah tiket mudah untuk berjaya Itulah realiti yang dihadapi pelakon baharu Syazwan Razak adik kepada aktor popular Syafiq Kyle Meskipun dikenali sebagai adik kepada bintang te...
Susahnya Anak Nak Tidur Mak Ayah Cuba Amalkan Bacakan Surah Ni

Susahnya Anak Nak Tidur Mak Ayah Cuba Amalkan Bacakan Surah Ni

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 133 hits
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut ...
Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

Ramai Ibu Ayah Tak Tahu Main Trampolin Boleh Lumpuhkan Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 188 hits
Bermain trampolin nampak seronok tapi bahayanya bukan biasa biasa Buat ibu ayah yang suka bawa anak ke taman tema indoor atau pusat permainan kanak kanak pasti dah biasa tengok trampolin jadi tarikan utama Seronok tengok anak melompat gembi...
Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 213 hits
KOSMO Seorang jiran menunjukkan lokasi mangsa didera di rumah suspek Tribun JabarJAKARTA Seorang lelaki di Purwakarta wilayah Jawa Barat tergamak mendera anaknya yang berusia lebih setahun semata mata untuk mengugut isterinya agar kembali k...
Penyanyi Remaja Dedah Didera Ibu Tiri Dipaksa Busking Dari Usia 8 Tahun Untuk Tanggung Ayah Amp Adik Beradik

Penyanyi Remaja Dedah Didera Ibu Tiri Dipaksa Busking Dari Usia 8 Tahun Untuk Tanggung Ayah Amp Adik Beradik

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 165 hits
Penyanyi remaja dari Indonesia Farel Prayoga membuatkan ramai terkejut apabila dia mendedahkan pernah menjadi mangsa dera ibu tirinya Remaja berusia 15 tahun itu mendakwa dia juga dipaksa oleh ahli keluarga yang lain untuk bekerja sebagai p...
Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia Tertiarap Di Taska Ketika Tidur Dibedung

Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia Tertiarap Di Taska Ketika Tidur Dibedung

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 120 hits
Satu berita menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas akibat tertiarap dalam keadaan dibedung di sebuah Taman Asuhan Kanak Kanak di Padang Temu Melaka petang semalam Kejad...
Menurut Studi Inilah Alasan Kenapa Ayah Lebih Sayang Ke Anak Perempuan Ketimbang Laki Laki

Menurut Studi Inilah Alasan Kenapa Ayah Lebih Sayang Ke Anak Perempuan Ketimbang Laki Laki

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 153 hits
Dalam dunia parenting bukan rahasia lagi bahwa seorang ayah cenderung lebih dekat dan memiliki ikatan emosional dengan anak perempuan mereka Kedekatan tersebut bisa terlihat dari aksi mereka yang lebih protektif lebih memanjakan sampai lebi...
Tepati Janji Jaga Anak Abang Luahan Sayu Adik Mangsa Tragedi Lemas Kuat Demi Putri Qisya

Tepati Janji Jaga Anak Abang Luahan Sayu Adik Mangsa Tragedi Lemas Kuat Demi Putri Qisya

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 178 hits
Moga Allah terus beri kekuatan untuk saya demi satu satunya anak abang yang masih ada Putri Qisya Itu luahan penuh sebak Nur Adliah Syuhada Ishak 26 adik kepada arwah Mohamad Azim Izat 32 yang terkorban bersama isterinya Nurul Hidayah Khadi...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Duel El Rumi Vs Jefri Nichol Hanya 38 Detik Ini Aturan Tko Tinju Yang Perlu Kamu Tahu

Isu Zara Qairina Kpm Rayu Orang Ramai Elak Himpunan Boikot Smka Tun Datu Mustapha

Task Force Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina

Five European Castles That Court Travelers With Kids

Bawak Pz Sarapan Di Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul

Hero Lunch Sa Hari Ini Masak Lemak Cili Api Ikan Keli