Anak Kecil Tak Pandai Sorok Perasaan Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Cari Puncanya


Ramai yang bertanya mengenai isu anak-anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang, marah-marah dan kuat menghukum fizikal dan kata-kata kasar.

Ini jawapan Ibu Rose;
Anak-anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka. Terutama jika mereka tidak berasa selamat.
Jika mereka menangis takut nak ke tadika kerana cikgu sangat garang dan sepertinya…jangan ambil mudah ketakutan anak itu.
Selidik, apakah yang sebenarnya terjadi. Betul ke guru itu sangat garang atau suara dia sahaja yang kuat sebab ramai anak murid? Jika itu halnya, maka perbetulkanlah pesepsi anak anda itu. Kenalkan dia semula kepada gurunya dan terangkan mengapa gurunya terpaksa bercakap kuat.
Jika betul cikgu itu terlalu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil, berbincanglah dengan guru itu secara baik dan professional untuk dia berubah.
Jika cikgu itu masih hendak garang dan marah-marah tidak bertempat juga, maka usahlah diteruskan meletak anak kecil anda di dalam kandang singa atau harimau itu. Keluarkan dia dan cari tempat yang lebih baik. Ada banyak tadika di Malaysia ini yang memberi latihan baik kepada para guru mereka.
Ramai para guru yang sayang dan sabar mendidik anak-anak murid mereka. Cari mereka dan biarlah mereka ini yang mendidik anak-anak anda. Mereka layak mendidik anak-anak bakal pemimpin ummah ini. Dan jangan beri anak anda kepada mereka yang mengunakan kerja mereka untuk melepaskan marah di hati mereka kerana kecewa dengan kehidupan mereka lalu melepaskan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa!
Ketahuilah anda ada kuasa untuk menentukan apakah jenis tadika yang boleh terus maju dan bertapak di negara ini dengan memilih tadika yang layak mendidik anak-anak kecil ini dengan baik.
Bagi yang beranggapan, biarkanlah anak-anak kecil itu menjadi tough sikit….hmmm…. kalau cikgu tu marah bertempat dan marah dengan berhemah, ia akan melahirkan toughness for the right reason di dalam perwatakan anak.
Tapi kalau guru itu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil serta menjadikan anak-anak kecil itu ‘punching bag’ mereka, itu tidak akan menjadikan anak anda tough, tetapi jadi hati keras, rosak hati, rosak jiwa kerana perkembangan EQnya terbantut!

Dari mana anak-anak kecil belajar mengenai perasaan, emosi dan cara mengawalnya?
Ya, dari orang-orang dewasa di sekeliling mereka. Nah, jika mereka di kelilingi oleh orang-orang dewasa yang tidak tahu mengawal perasaan…agak-agaknya apa yang anak itu belajar? Lepas itu anda ibu bapa pening kenapa anak-anak anda menjadi degil atau mudah menangis, suka bergaduh dengan adik beradik dan mula marah-marah dengan anda dan orang di sekeliling mereka. Bila tidak dapat apa yang dihajati, maka marah-marah adalah solusi mereka.
Maka, nak terus letak lagi anak-anak anda di dalam kandang harimau tu atau hendak selamatkan dia?
Bunyi macam Ibu marahkan? Ya Ibu marah sebab tidak sepatutnya anda meletakkan anak-anak anda di dalam tempat sebegitu. This is TOUGH LOVE. Ramai lagi guru-guru yang baik akhlak dan hati mereka. Mereka ini memang jiwa pendidik.
Janganlah memberi anak anda kepada orang yang tidak suka apa yang dia lakukan dan melakukan dengan terpaksa…itulah sebabnya dia asyik marah-marah tidak bertempat.
Namun, Ibu bukan menyuruh anda membenci guru-guru yang sedemikian. Rasalah belas kepada mereka kerana mereka itu sebenarnya ‘sakit’ di dalam diri mereka. Doakan sahaja mereka akan tersedar dan dapat memperbaiki diri. Kasih sayang anda kepada insan beginilah yang boleh menyedarkan mereka, dengan izin Allah. Itu pun jika mereka itu mahu berubah.Namun, buat masa mereka masih belum, selamatkan anak anda!
*Ingatlah bukan semua guru garang tidak bertempat. Ramai yang baik dan berjiwa pendidik. Oleh itu jangan kutuk profession perguruan ini. Ianya mulia. *
Apa yang kita tidak suka ialah perbuatan sesetengah guru kerana mereka tidak menghayati apakah maksudnya seorang pendidik itu. Mereka tersalah cara yang boleh membawa kepada kerosakan kepada hati dan jiwa kanak-kanak kecil itu yang sepatutnya mereka bina. Doa Ibu agar Allah memberi mereka ini petunjuk.Marilah doakan bersama-sama.
Syabas kepada para guru yang mendidik penuh sedar diri, kasih sayang, bertanggungjawab dan berwawasan tinggi.
Anak anda adalah tanggungjawab anda memastikan keselamatan dan pertumbuhan dirinya.
Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Kecil Tak Pandai Sorok Perasaan! Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika, Cari Puncanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kecil-tak-pandai-sorok-perasaan-kalau-anak-takut-nak-ke-tadika-cari-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Sekolah Vernakular Pemimpin Seolah Takut Nak Bela Hak Anak Bangsa

Isu Sekolah Vernakular Pemimpin Seolah Takut Nak Bela Hak Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 268 hits
BANGI Tidak mustahil rakyat akan memberontak dan menunjukkan kuasa mereka sekiranya kerajaan berterusan dengan sikap tidak acuh dalam isu isu penting negara Kerajaan seharusnya memiliki pendirian tegas dan adil selain mengutamakan keperluan...
Anak Dah Pandai Melompat Kayuh Basikal Ini Perkembangan Si Kecil 1 Hingga 5 Tahun

Anak Dah Pandai Melompat Kayuh Basikal Ini Perkembangan Si Kecil 1 Hingga 5 Tahun

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 202 hits
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak kanak Perkembangan fizikal kanak kanak Istilah kanak kanak kecil atau toddler biasan...
Ikut Kerje Sebab Nak Cari Duit Beli Wallet Ps5 Ozlynn Didik Anak Cari Rezeki Sendiri

Ikut Kerje Sebab Nak Cari Duit Beli Wallet Ps5 Ozlynn Didik Anak Cari Rezeki Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 182 hits
Keinginan anak anak tidak sewenang wenangnya kita penuhi Biar anak rasa hidup susah dan tahu erti kesukaran untuk mencari wang Bagi isteri kepada Johan Rajalawak Ozlynn Wati inilah yang dilakukan kepada anak anaknya sejak mereka kecil lagi ...
Hiburan Lelaki Pun Ada Perasaan Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Menangis Hantar Anak Ke Tadika

Hiburan Lelaki Pun Ada Perasaan Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Menangis Hantar Anak Ke Tadika

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 269 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video seorang lelaki yang berulang kali mengesat air mata ketika menghantar anaknya pada hari pertama persekolahan Ibu kepada kanak kanak itu Natasha Syahierra Omar berkata lelaki yang menangis itu sebenarnya...
Bahulu Pandan Gebu Gebas Versi Wangi Satu Rumah Anak Makan Satu Nak Lagi

Bahulu Pandan Gebu Gebas Versi Wangi Satu Rumah Anak Makan Satu Nak Lagi

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 309 hits
Siapa suka bahulu Nak cuba bahulu yang gebu gebas dan lembut tak Jom cuba Yang ni versi wangi harum satu rumah kalau tengah bakar tu Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini patut mama cuba Bagilah kelainan sikit untuk anak anak Jik...
Tayar Motor Pancit Ketika Cari Kerja Bapa Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan

Tayar Motor Pancit Ketika Cari Kerja Bapa Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 302 hits
Demi Cari Kerja Bapa Sanggup Tolak Motor Pancit 10km Sambil Anak Duduk Depan Perkongsian daripada seorang netizen yang menceritakan seorang bapa gigih mencari kerja sambil membawa anak namun berdepan masalah tayar motosikal pancit dalam per...
Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 211 hits
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk Tahun 1 tak lama lagi dah boleh mula ajar beberapa perkara penting terutama aspek pengurusan diri ketika berada di sekolah Ini untuk pastikan anak dah bersedia berdepan cabaran ketika di alam persekolahan ...
Ibu Pening Anak Teringin Nak Rambut Biru Tapi Semua Ini Hanya Sementara Daddy Dia Macam Tak Bagi

Ibu Pening Anak Teringin Nak Rambut Biru Tapi Semua Ini Hanya Sementara Daddy Dia Macam Tak Bagi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 312 hits
GENERASI dahulu dan sekarang cukup berbeza Kecanggihan teknologi menjadikan dunia pada masa kini tanpa sempadan Ini secara tidak lansung mended4hkan generasi muda kepada trend budaya malah fesyen yang lebih pelbagai Berkongsi video anaknya ...
Ibu Berhati Cekal Gigih Bawa Anak Ketika Bekerja Jadi Rider Demi Cari Rezeki Halal

Ibu Berhati Cekal Gigih Bawa Anak Ketika Bekerja Jadi Rider Demi Cari Rezeki Halal

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 237 hits
Dalam dunia yang semakin mencabar dikala pandemik covid 19 yang masih belum berakhir ramai yang masih struggle demi meneruskan kelangsungan hidup dan memastikan sumber kewangan tidak terputus Seperti seorang rider ini yang terpaksa berkorba...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco