Anak Jenis Sensitif Selalu Jadi Mangsa Buli Di Sekolah Mak Ayah Bantu Anak Bina Keyakinan Diri


Masalah anak kecil yang baru melangkah ke sekolah bukan isu yang baru. Ada sahaja halnya, ada kawan yang mengambil duit poket, ambil alat tulis dan bermacam lagi kisahnya yang membuatkan kita sebagai mak ayah rasa sakit hati.
Hal semacam ini tidak pernah berhenti biarpun pelbagai cara dilakukan. Jika ia berlaku pada anak kita, lebih-lebih lagi pada anak yang sensitif, Pn Maryam Jamadi , Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy kongsikan informasi buat mak ayah.
Bantu beri sokongan pada anak kita tapi jangan sekali menyalahkan diri mereka.

ANAK JENIS SENSITIF MANGSA BULI
Bila ada kes buli londehkan seluar kawan baru-baru ini, Eva pun pernah kena buli juga dekat sekolah.
✅️ Duit kena ambil
✅️ Bekas pensil disorok sampai Eva menangis dalam kelas
✅️ Botol air pecah
✅️ Alat tulis lesap
✅️ Buku kena conteng
Dan paling ekstrim baru-baru ini, ada kawan Eva cucuk betul-betul tepi mata Eva guna pensil. Sikit lagi nak kena mata.
Memang buat saya naik darah, rasa nak pergi jumpa sahaja di pelaku itu. Tapi disebabkan cikgu dah ambil tindakan marah si pelaku dan dia pun menangis juga sambil minta maaf pada Eva.
Syukur sangat ada kawan-kawan lain yang tolong report cikgu. Jadi, saya kira selesai. Tak mahu lanjutkan kes lagi. Lagipun masa minggu pertama sekolah, suami saya pernah hubungi mak ayah kawan yang sama cucuk tepi mata Eva untuk kes ambil duit.
Yang tentang kes ambil duit pun memang saya menyirap juga, 3 hari berturut duit Eva kena ambil. Alhamdulillah dapat kerjasama mak ayah kawan Eva untuk tegur anaknya.
Eva memang jenis lembut, tak pandai marah dan berkasar. Puas dah suruh dia marah kawan yang buat & jadi garang sikit supaya orang lain tak ambil kesempatan.
Tapi itulah, nak cakap lebih pun mak dia pun sama macam itu juga. Dulu masa sekolah rendah pun bila ada kawan buat pun, saya jenis tak melawan cuma menangis sahaja.
Tapi memang bye-byelah orang itu, saya block terus tak mahu kawan lagi. Jangan main-main dengan orang jenis sensitif, ingatan kuat. Sekali buat hal, memang ingat sampai ke besar.

Mak ayah saya selalu cakap saya “gembeng” masa kecil (ke sampai besar eh?). Pengalaman saya berkerja dengan bermacam-macam personaliti anak, saya boleh simpulkan yang:
1. High need baby = Sensitive child
Bayi jenis “high need” akan membesar menjadi anak jenis sensitif.
2. Masalah anak jenis “high need” adalah mereka terlampau sensitif dengan persekitaran. Sentiasa perlukan perhatian, sentuhan dan kasih sayang dari mak atau ayah. Terlampau peka dengan perubahan. Contohnya anak yang melekat 24 jam dengan mak, bila ayahnya peluk waktu dia tidur pun dia boleh tahu.
3. Bila anak masuk fasa “toddler”, mereka peka dengan perubahan muka orang, emosi orang lain dan tanggapan orang terhadapnya.
Disebabkan mereka terlampau sensitif dan empati dengan perasaan orang lain. Mereka mudah bertolak ansur dengan kawan dan orang lain.
4. Bila di tadika atau sekolah, jika salah pilih kawan memang boleh jadi target buli. Sebab anak jenis ini tak suka ada konflik, kalau boleh nak semua orang sayang dia.
5. Bagi anak jenis sensitif, tak apalah diri berkorban untuk orang yang dia sayang.
6. Baik dan bertolak ansur sangat sampai orang senang ambil kesempatan.
Begitulah, saya cerita ini bukan berdasarkan kes Eva sahaja ya. Tetapi berdasarkan ratusan kes anak jenis sensitif yang saya pernah jumpa.
Sebagai “ex-sensitive child”, pengalaman saya membesar memang masa sekolah rendah selalu sangat menangis lagilah ada abang & kakak. Saya jenis sensitif hati tisu, kakak saya pula karakter “strong willed” memang kena buli ajelah.
Memang masa anak kecil, kita nampak anak jenis banyak menangis dan “gembeng” ini nampak lemah, nampak mudah dibuli-bulikan sahaja.

Tetapi percayalah, ia bukanlah menandakan anak kita lemah atau mudah putus asa. Tetapi ia menunjukkan anak pandai “buang” perasaan negatifnya.
Bila dah “buang”, baru rasa lega dan boleh teruskan hidup seperti tak ada apa yang berlaku. Tak kiralah anak perempuan atau lelaki. Sentiasa percaya yang setiap orang ada kelebihannya tersendiri.
Anggaplah sikap “gembeng” itu satu kelebihan yang Allah beri, berbanding kelemahan. Nasihat saya buat mak ayah lain yang ada anak jenis sensitif:
1. Percaya kebolehan anak.
2. Beri ruang dan masa untuk anak menangis, jangan marah anak menangis tak kiralah anak perempuan atau lelaki.
3. Sentiasa “highlight” kebolehan anak supaya keyakinan diri mereka meningkat.
4. Adil jika ada adik beradik lain, janganlah disebab anak jenis sensitif senang bertolak ansur kita sentiasa menangkan anak yang susah bertolak ansur.
5. Ajar anak cara selesaikan masalah dan konfik mengikut situasi.
6. Tolong jangan “victim blaming”, sentiasa tekankan yang orang lain yang salah sebab membuli dan bukannya anak salah menyebabkan diri dibuli.
7. “Backup” anak jika memang anak berada di pihak yang betul, jangan biarkan ada campur tangan ahli keluarga lain.
8. Sentiasa ambil tahu tentang perihal di sekolah dan kawan-kawan.
Saya rasa kalau cerita tentang ini memang boleh jadi satu buku sebab nak cerita tentang pengalaman sebagai anak jenis sensitif dalam masa yang sama ada anak jenis sensitif juga. Kerja dengan anak orang lain yang jenis sensitif juga.
Fuhh berapa banyak perkataan sensitif Ada mak ayah yang sekapal dengan saya?
Menarik: “Kita Dah La Cepat Nervous” Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Flight Bawa Aishah
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Jenis Sensitif, Selalu Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Mak Ayah Bantu Anak Bina Keyakinan Diri! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-jenis-sensitif-selalu-jadi-mangsa-buli-di-sekolah-mak-ayah-bantu-anak-bina-keyakinan-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Anak Picky Eater Jangan Ikutkan Saja Ini Mak Ayah Kena Buat

Bila Anak Picky Eater Jangan Ikutkan Saja Ini Mak Ayah Kena Buat

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 195 hits
Susah jadinya bila anak terlampau memilih makanannya sendiri Hanya mahu makan satu menu sahaja dan langsung tidak mahu mencuba makanan baru Mak ayah jadi pening Bila anak semakin membesar mak ayah semakin pening setiap kali hendak makan di ...
Hidung Anak Berdarah Jangan Cemas Mak Ayah Cepat Cepat Buat 3 Langkah Ni

Hidung Anak Berdarah Jangan Cemas Mak Ayah Cepat Cepat Buat 3 Langkah Ni

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 158 hits
Bila hidung anak berdarah bukan hanya anak sahaja yang cemas bahkan mak ayah sekali pun turut cemas bila melihatkan keadaan anak Jangan begini sebaliknya tenangkan diri Menurut Pakar Bedah Telinga Hidung Tekak Dr Ezairy M Sallih tenangkan d...
Nampak Rendah Dari Rakan Sebaya Ini Makanan Mak Ayah Kena Ambil Nak Bagi Anak Tinggi

Nampak Rendah Dari Rakan Sebaya Ini Makanan Mak Ayah Kena Ambil Nak Bagi Anak Tinggi

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 173 hits
Kita mulalah runsing bila saiz badan anak kecil dan rendah berbanding rakan sebayanya Tak tinggi tinggi buat kita bertambah risau Apa sebabnya Sebenarnya pemakananlah paling penting untuk menambah ketinggian anak dan seimbang pada usianya M...
Kpm Cadang Tambah Guru Kaunseling Jika Kes Buli Di Sekolah Meningkat

Kpm Cadang Tambah Guru Kaunseling Jika Kes Buli Di Sekolah Meningkat

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 230 hits
KEMENTERIAN Pendidikan bercadang untuk menambah bilangan guru bimbingan dan kaunseling sekiranya gejala buli di sekolah di bawah seliaan kementerian itu meningkat Dewan Rakyat diberitahu hari ini Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying ber...
Dekat Aku Ayah Tak Bagi Duit Dekat Anak Janda Abah Bagi Rm100 Abah Sanggup Heret Aku Ke Mahkamah Untuk Angkat Sumpah

Dekat Aku Ayah Tak Bagi Duit Dekat Anak Janda Abah Bagi Rm100 Abah Sanggup Heret Aku Ke Mahkamah Untuk Angkat Sumpah

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 176 hits
Setahun aku dengan mak berpisah Salah satu cara nak jumpa mak cuma naik keretapi Hari jumaat pergi johor dan balik hari ahad Korang tau setiap bulan aku cuma naik berdua dengan abang aku dia darjah 5 Abah bekalkan kami RM20 RM30 sahaja Aku ...
Nana Datang Rumah Baru Ayah Menyambut Hari Lahir Di Pusara Bapa Video Anak Arwah Ridzuan Hashim Membuat Ramai Sebak

Nana Datang Rumah Baru Ayah Menyambut Hari Lahir Di Pusara Bapa Video Anak Arwah Ridzuan Hashim Membuat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 279 hits
Baru baru ini puteri kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim telah berkongsi sebuah video yang menyayat hati pengguna TikTok Dikenali sebagai Diyana atau Nana itu telah memuat naik rakaman dirinya menziarahi kubur arwah ayahnya Dalam hant...
Video Celetukan Jokowi Saat Beri Hadiah Sepeda Ke Anak Sekolah Mahal Bisa Ditukar Mobil

Video Celetukan Jokowi Saat Beri Hadiah Sepeda Ke Anak Sekolah Mahal Bisa Ditukar Mobil

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 196 hits
Presiden Jokowi juga berkelakar kalau sepeda tersebut bisa ditukar mobil Karena ada tulisan hadiah Presiden Jokowi
Mak Mertua Sibuk Salahkan Family Kami Sebab Ada Darah Kotor Sampai Dapat Anak Oku

Mak Mertua Sibuk Salahkan Family Kami Sebab Ada Darah Kotor Sampai Dapat Anak Oku

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 314 hits
Anak autism adalah anak yang sangat istimewa dan ibu bapa yang direzekikan anak anak ini amatlah besar pahalanya kerana perlu menjaga amanah allah yang paling susah Dari segi penjagaan amatlah berbeza dengan kanak kanak lain malahan dari se...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap