Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal Degil Selalu Bawa Masalah


Anak dua pusar di kepala dianggap nakal, degil dan selalu ‘bawa’ masalah. Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap.
Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal “Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.

Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.
Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala, Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan.
Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Dan Banyak Akal
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.
Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.
Degil & Selalu ‘Bawa’ Masalah Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.
Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya,  tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.
 
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.

Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.
Apabila anakku semakin membesar,  aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya.  Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.
Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya,  anakku juga tidak terkecuali.  Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.
Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.
Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak,  cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.

Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.
Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?
Menilik Rahsia Tahi Lalat
Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?
Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi  individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘
Setiap langkah kerenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar,  maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar,  maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?
Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak,  aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.
Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak.  Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.
Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.
Sumber/ Foto : Blog Aminah Hafizah, cerpen.co.id
Baca artikel lain juga: Anak Sering Tak Sihat Bila Mula Masuk Tadika, Taska, Begini Cara Atasi
Saiful Nizam, Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Dah Besar-besar Anaknya
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
The post Anak Dua Pusar Di Kepala Dianggap Nakal, Degil & Selalu ‘Bawa’ Masalah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-dua-pusar-di-kepala-dianggap-nakal-degil-selalu-bawa-masalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 150 hits
AFPPointe Pitre Perancis Seorang wanita ditahan dan dimasukkan ke hospital psikiatri pada Selasa selepas dua anaknya yang masih kecil ditemui dipenggal di wilayah Caribbean di luar negara Perancis di Guadeloupe kata seorang pendakwa raya Ka...
Hetty Sarlene Semakin Berseri Seri Sejak Jadi Ibu Dua Anak Lelaki

Hetty Sarlene Semakin Berseri Seri Sejak Jadi Ibu Dua Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 127 hits
Hetty Sarlene semakin berseri seri sejak jadi ibu dua anak lelaki Hetty Sarlene penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu berkongsi gambar bersama suami dan anak anaknya Hetty Sarlene Semakin Berseri seri Se...
Shuib Bawa Anak Anak Tunai Umrah Mohon Maaf Jika Ada Khilaf

Shuib Bawa Anak Anak Tunai Umrah Mohon Maaf Jika Ada Khilaf

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 91 hits
Usahawan dan pelawak sensasi Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak anaknya Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya bapa kepada empat cahaya mata ini ju...
Perkeso Ambil Dua Beradik Yatim Piatu Jadi Anak Angkat

Perkeso Ambil Dua Beradik Yatim Piatu Jadi Anak Angkat

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 93 hits
Perkeso ambil dua beradik yatim piatu jadi anak angkat Nasib dua beradik perempuan yang menjadi yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapa dan abang sulung mereka maut dalam kemalangan ngeri di Lojing Gua Musang Kelantan pada Jumaat lalu ter...
Rindu Seorang Anak Selepas Dua Dekad Terpisah Wanita Ini Rayu Bantuan Cari Ibu Kandung

Rindu Seorang Anak Selepas Dua Dekad Terpisah Wanita Ini Rayu Bantuan Cari Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 152 hits
Bayangkan rasa rindu yang tidak terucap selama dua dekad Seorang wanita Nor Hazimah Abdullah dengan harapan dan air mata memohon bantuan warga maya untuk mencari ibunya Norhayati Mohamed yang sudah terpisah sejak 20 tahun lalu Nor Hazimah k...
Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

Hak Penjagaan Anak Jatuh Kepada Fazura Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 99 hits
Terkini pelakon Fattah Amin dikhabarkan bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya Nur Fatima Aisya kepada bekas isteri Nur Fazura Ditemui media peguam mewakili Fattah Puan Syamimi Ab Rahman berkata keputusan itu dibuat setelah kedua ...
Sah Ina Naim Bakal Bernikah Dengan Duda Anak Dua 8 November Ini

Sah Ina Naim Bakal Bernikah Dengan Duda Anak Dua 8 November Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 108 hits
Bakal suami berusia 41 tahun dan betul dia duda anak dua Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan cara arwah Suhaimi mengajar anak anak Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya Pada mulanya saya tidak ...
Kari Kepala Ikan Hidangan Buat Faiq

Kari Kepala Ikan Hidangan Buat Faiq

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 145 hits
Minggu lepas anak anak semua tiada di rumah kecuali Juita Jadi saya menanyakan Juita kalau nak jemput Faiq tunang Juita untuk datang makan tengahari di rumah saya akan memasak Biasa kalau hari anak anak tiada di rumah saya malas nak memasak...
Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 92 hits
Sering Sakit Kepala Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke Doktor Perkongsian asal adalah oleh Public Health Malaysia Terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik punca dan rawatan yang berbeza Di bawah ini ki...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Make A Deposit For Slot Thailand Online Gambling On Trusted Site

Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni