Anak Dan Menantu Geli Balik Kampung Sebab Atok Berbau Busuk



'Mak tak nak balik, geli bau tahi atok' - Ibu terkilan, menantu berubah selepas suaminya jatuh sakit13Di awal perhubungan mereka, segalanya baik. Ketiga-tiga menantunya dilayan sama rata, tiada dibanding beza sehingga mereka menjadi begitu akrab dan bahagia. 'Mak tak nak balik, geli bau tahi atok' - Ibu terkilan, menantu berubah selepas suaminya jatuh sakit
Tetapi, segalanya berubah selepas bapa mertua jatuh sakit dan tidak lagi berkemampuan bergerak seperti orang normal. Sedikit demi sedikit, timbul rasa kurang selesa di kalangan menantu. Suami mereka pula tetap taat menjaga bapa yang tidak sihat, meskipun isteri masing-masing adakalanya enggan bersama pulang ke kampung atas alasan jijik.


Perkara itu diceritakan oleh si cucu kepada neneknya, membuatkan wanita warga emas itu terkilan. Dia terpaksa berpura-pura tidak mengetahui semua itu dan tetap melayani menantunya seperti biasa. Sehingga kemuncak.. segalanya sudah tidak dapat dibendung lagi


ASSALAMUALAIKUM...Cucu makcik kata di sini boleh meluahkan perasaan. Kalau makcik luahkan depan anak menantu, bimbang mereka terasa hati. Makcik harap, apa yang makcik taip sampailah pada anak menantu makcik. 
Makcik ada tiga anak lelaki, tiga menantu, cucu ramai. Dulu makcik kerja, sekarang dah pencen. Suami masih hidup lagi. Makcik layan menantu lebih dari anak sendiri sebab mereka datang dalam hidup makcik, galas tanggungjawab makcik menjaga anak-anak makcik, melahirkan cucu makcik

Makcik tak pernah anggap menantu tak sama, semuanya sama. Kalau masuk dapur, hendaknya semua masuk dapur. Tak pandai masak pun makcik tak kisah, makcik ajar. Makcik buat macam kawan. Bila mereka bersalin, makciklah yang menjaga pantang mereka, cuci luka, cari herba mandian. Makcik nak kenangan semasa hidup ini diingat menantu. 


Selepas kahwin, makcik tetap bantu anak-anak makcik di kala duit tak cukup di hujung bulan sebab makcik pernah rasa permulaan hidup. Kalau tidak ibu bapa, siapa lagi nak bantu anak menantu? Kami hidup harmoni. Setitik pun makcik tak masuk campur hidup anak menantu. Kecuali kalau mereka perlukan bantuan makcik barulah makcik tolong. Makcik selalu pesan pada anak lelaki makcik, "kamu kawin dengan orang yang masih ada ibu bapanya. Jangan sesekali larang isteri balik rumah ibu bapanya. Sebiji beras pun kamu tidak pernah bagi untuk membesarkan isteri kamu melainkan ibu bapanya."Keluarga mereka aman harmoni dan doa saya tak pernah putus. Tapi sejak suami makcik sakit, entah kenapa hilang seri kasih sayang yang dulu pernah menantu makcik berikan. Anak makcik kadang balik seorang. Kadang dengan cucu makcik. Cucu makcik bercerita maknya tak nak balik,
"Geli bau tahi atok. Nanti abah suruh mak buat, mak geli katanya". 
Ada juga cucu lain mengadu, sejak abah diorang kerap balik waktu cuti melawat dan jaga atok, mak diorang bergaduh. Katanya tak ada masa untuk dia dan anak-anak. Bukan seorang dua cucu makcik bercerita. Berlinangan air mata makcik dengar

Bila makcik tatap anak-anak yang balik jaga abah dia, makcik jadi sebak. Dia kena kerja cari rezeki anak bini, bila cuti balik sini jaga abah dia. Kerana kami rumah tangga yang dulu aman kini tegang. Bergaduh depan anak-anak. 

Duit makcik tak kisah. Makcik dan pakcik ada duit pencen. Makcik nasihatkan tiga anak makcik untuk tidak balik dah. Jaga keluarga itu keutamaan. Tapi 3 beradik tu dengan alasan yang sama,
"Selagi mak dan ayah masih hidup, selagi itu kami nak bahagiakan". 
Hati makcik sayu dengar. Tapi hati ibu takkan biarkan anaknya hidup dalam keadaan tersepit. Makcik cakap, makcik nak upah orang untuk jaga ayah diorang. Dan memang ada orang jaga pakcik. Tapi anak makcik petang Jumaat je tiga orang mesti balik juga. Kadang bergilir Jumaat - Sulung, Sabtu - Anggah, Ahad - Bongsu

Mereka tak nak benarkan orang yang diupah mandikan abah diorang. Diorang nak buat. Kalau sulung yang jaga abah, angah tebas rumput luar rumah, bongsu mop sapu lantai cuci tandas dapur. Begitulah mereka bergilir-gilir. 

Kalau menantu ikut balik sekali, semua wajah mereka nampak muram. Makcik tetap masak macam selalu. Ajak berborak bagaikan tidak tahu apa yang jadi. Tapi akhirnya satu malam, Angah tertinggi suara depan isterinya. Makcik ingat hanya Angah, rupanya Along dengan Ucu pun sama marahkan isteri masing-masing. Mereka baling beg isteri diorang keluar. Makcik lari turun tangga halang menantu makcik pergi. Jangan kerana makcik pakcik, anak mereka hilang mak. Jangan kerana syurga ibu, cucu makcik hilang seri syurga ibu bapa

Makcik pakcik dah sepakat, demi anak menantu cucu, kami nak masuk rumah orang tua. Cuma makcik nak tahu. Ada tak rumah orang tua yang tidak memisahkan tilam bantal suami isteri? Makcik tak nak tidur tanpa suami makcik. Umur makcik bila-bila masa saja. Biarlah setiap saat makcik dan pakcik bersama. 
Kalau ada rumah orang tua yang tidak pisahkan makcik pakcik, tolong beritahu ye. Nanti cucu nenek baca jawapan dari telefon dia sebab lepas makcik taip ni, dia buang benda ni sebab nak balik rumah dia nanti dia nak buka Facebook dia
Salam kemaafan andai ada yang tak faham cerita makcik



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/10/anak-dan-menantu-geli-balik-kampung.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Pandai Dikahwinkan Dengan Pemandu Lori Wanita Kesal Ibu Bapanya Dikutuk Orang Kampung Kerana Pilihannya

Anak Pandai Dikahwinkan Dengan Pemandu Lori Wanita Kesal Ibu Bapanya Dikutuk Orang Kampung Kerana Pilihannya

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 3104 hits
Jodoh itu rahsia Tuhan Siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya Apatah lagi bercakap mengenai pilihan orang Baru baru ini seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai perkahwinannya dengan pemandu lori dikutuk oleh orang kampung membuatka...
Lika Liku Di Balik Pembuatan New Daihatsu Sigra Karya Anak Bangsa

Lika Liku Di Balik Pembuatan New Daihatsu Sigra Karya Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 297 hits
PT Astra Daihatsu Motor selaku agen pemegang merek Daihatsu di Indonesia meluncurkan New Astra Daihatsu Sigra pada pertengahan September 2019 Mobil Low Cost Green Car itu mengalami minor change atau facelift yang membuat tampilannya terliha...
Gadis 16 Tahun Diduga Gugurkan Kandungan Di Dalam Masjid Ditemukan Lemas Dan Berbau Busuk

Gadis 16 Tahun Diduga Gugurkan Kandungan Di Dalam Masjid Ditemukan Lemas Dan Berbau Busuk

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 291 hits
Seorang gadis berinisial RS ditemukan lemas tak berdaya setelah diduga menggugurkan kandungannya di di dalam Masjid Sirotal Mustakim Desa Mangalli Kecamatan Pallangga Kabupaten Gowa Rabu Gadis tersebut ditemukan tak berdaya setelah sejumlah...
Potret Islami Keluarga Wiranto Dari Anak Belajar Islam Dan Menantu Berjenggot

Potret Islami Keluarga Wiranto Dari Anak Belajar Islam Dan Menantu Berjenggot

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 320 hits
Menteri Koordinator bidang Politik Hukum dan Keamanan Wiranto menjadi korban penusukan di Pandeglang Banten pada Kamis siang 10 Oktober 2019 Polisi menyebut pelaku penyerangan diduga terpapar ISIS Padahal sebenarnya keluarga Wiranto sangat ...
Cantiknya Tudung Awning Scuba Ini Boleh Hadiahkan Untuk Anak Anak

Cantiknya Tudung Awning Scuba Ini Boleh Hadiahkan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 470 hits
Cantiknya Tudung Awning Scuba Ini Boleh Hadiahkan Untuk Anak Anak Comel sungguh apabila melihat kanak kanak perempuan mengenakan tudung Memang dari mereka kecil lagi perlu diasah untuk belajar memakai tudung Jadi memandangkan sesetengah ibu...
Ingat Wanita Yang Suaminya Direbut Anak Sma Dan Pamer Foto Syur Begini Kehidupannya Sekarang

Ingat Wanita Yang Suaminya Direbut Anak Sma Dan Pamer Foto Syur Begini Kehidupannya Sekarang

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 379 hits
Viral pada tahun 2017 lalu wanita bernama Merry suaminya direbut oleh anak SMA dan pamer foto syur begini kehidupan Merry sekarang Sebuah kasus di tahun 2017 viral sebuah kasus yang melibatkan pelakor Kisah ini bermula dari postingan Merry ...
Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

Steam Egg With Vege Buatkan Saiz Kecil Comel Macam Ni Anak Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 571 hits
Sebenarnya tak susahpun nak bekalkan anak dengan sumber protein Telur adalah makanan yang paling mudah dan paling disukai anak anak kita Namun sebagai ibu kita harus bijak mempelbagaikan menu daripada telur ini Cuba berkreatif sebaik mungki...
Hanya Kerana Pisang Anak Sembelit Teruk Hampir Kena Operate Kerana Usus Penuh Najis

Hanya Kerana Pisang Anak Sembelit Teruk Hampir Kena Operate Kerana Usus Penuh Najis

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 370 hits
Pastinya ramai yang tahu pisang banyak khasiatnya dan jika diambil ketika susah nak buang air besar dikatakan sangat membantu Bukan itu sahaja pisang juga dapat memberikan tenaga Dengan harga yang murah dan senang dapat ia juga antara pilih...
Masa Besarkan Anak Mak Ayah Penat Berbaloi Sangat Itu Tandanya Allah Sayang

Masa Besarkan Anak Mak Ayah Penat Berbaloi Sangat Itu Tandanya Allah Sayang

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 535 hits
Dalam mendidik anak anak kita perlu komitmen yang tinggi Kita perlu devotion terhadap peranan kita terhadap anak anak kita Jika kita menyangkakan membesarkan anak anak ini mudah dan tiada cabaran sebenarnya kita telah tersalah sangka Anak a...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage