Kredit foto: Pexels
Anggur adalah antara buah-buahan yang memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan. Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya anak lebih berminat untuk mencubanya.
Kredit foto: Pexels
Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif. Caranya dengan mengisar epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?
Kredit foto: Pexels
Sesetengah sayuran seperti tomato mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan. Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi. Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!
Kredit foto: Pexels
Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan anak. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kemudian kacau. Bolehlah beri anak minum. Wahh, memang menarik minat anak-anak, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!
Kredit foto: Pexels
Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan. Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak yang kurang makan.
Kredit foto: Pexels
Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman. Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam yang lebih beraroma.ermm semestinya dapat membangkitkan selera anak-anak.
Kredit foto: Pexels
Taburkan sedikit lada hitam dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’. Lada hitam dapat membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan. Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |