Anak Buah Menantu 1 Lagi Pernikahan Di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Seusai subuh dan terus bersiap, kami berdua suami isteri gerak ke lokasi pernikahan anak buah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anak buat pertama, Anak buah terpaling sulung lelaki, anak sulung kepada abang sulung saya yang telah dilangkah bendul oleh adik dan adik sepupu lain. 
Alhamdulillah, bertemu jodoh dengan orang dekat. Selangor Kuala Lumpur itu berjiran kan. Kali terakhir jejak Masjlid Wilayah Persekutuan ni masa sepupu encik suami nikah di sini tahun 2015. Tahun 2022 berpeluang menyaksikan akad nikah anak buah pula.

Sebahagian keluarga saya menginap di bilik Inapan dan Asrama Perempuan terletak di aras satu Anjung D/E Masjid Wilayah Persekutuan KL ni. Baru saya tahu ada masjid ni ada tempat bermalam. Saya tak turut menginap disana memandangkan Seremban-KL boleh dikira dekat lagi.

Kami gerak dari Seremban lebih kurang pukul 7:00 pagi dan sampai di lokasi pada pukul 7:45 pagi macam tu. Mujur juga pagi pagi jalan tak sesak walaupun banyak kenderaan. Sementara menunggu majlis dan bakal pengantin bersiap-siap. Kami lepak di bilik inapan sementara.
Sempatlah bersarapan dan mengambil beberapa keping gambar. Baju nikah dengan warna off-white  warna putih simbolik hubungan suci dan keikhlasan cinta antara dua mempelai yang bakal menjalani kehidupan sebagai suami isteri. 


Berbalik kepada keadaan bilik inap, biliknya selesa ada air condition dan kemudahan yang lain. Taklah saya belek betul-betul, sibuk berbual dan tolong bakal pengantin bersiap. Tapi boleh dikatakan selesa lah.

Anak buah pula ceritalah pak Guard macam tak sangka ada orang menginap di situ. Tempatnya keras katanya. Ahh ghisau...Entah apalah yang pernah berlaku...Kalau seorang dua mungkin ada 'hal' kot. Dah ramai ramai ni agaknya susah nak kena kacau. Mujurlah tak berlaku apa-apa.

Majlis pernikahan pukul 9:30. Tapi kena lah siap sedia awal supaya tak kelam kabut. Tak ramai ahli keluarga yang hadir. Majlis nikah ringkas je dan ada jamuan kecil berdekatan dengan rumah pengantin perempuan. 
Majlis kenduri besar nanti bulan depan, Disember. Masa majlisnya nanti barulah ramai yang akan hadir. Majlis nikah ni mana yang ada dan dekat dekat je lah hadir memeriahkan majlis


Majlis nikah di Masjid besar ni ada SOP dia. Majlis setengah jam je. Ada pasangan lain menunggu lagi. Jadi tak boleh berlamaan di dalam dewan. Nak bergambar bersama pengantin ke memang tak dapat melainkan photographer je yang berkesempatan ambil gambar moment yang indah ni.
Dulang mas kahwin, seutas gelang dan sebentuk cincin sahaja boleh dibawa masuk ke dalam dewan pernikahan. 

Hantaran-hantaran lain tak dibenarkan dibawa masuk, jadi terpaksalah letak di luar dewan pernikahan. Mereka memilih hidden hantaran sama macam adik dia bertunang sebelum ni. Senang buat hidden hantaran ni, anak buah buat sendiri je. Sesekali orang lelaki berseni, mengapa tidak

Tema kain pelekat dari pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki, kain batik dari pihak pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki. Corak yang pelbagai menarik juga selain yang biasa kita tengok seragam sama semuanya

Kain batik dan kain pelekat boleh gunapakai nanti selepas kahwin. Tak perlu dah beli kain batik dan kain pelekat lagi. Kan! Tak membazir


Alhamdulillah dengan sekali lafaz, bertukar status dari bujang menjadi suami isteri yang sah. Automatik anak buah menantu +1 lagi. Kita panggil anak buah menantu eh? 

Dah tak boleh bergambar di pelamin dalam dewan, kita bergambar sakan di luar dewan sekitar Masjid Wilayah Persekutuan yang cukup indah ni. 

Bergambar bersama pengantin baru. Kita je kemetot kat sini. Masing masing tinggi melangit. Dah macam tangga je gayanya tu kalau ikut ketinggian. 

Pengantin lama nak tumpang bergambar juga. Cuaca mendung, tak dapatlah nak gambarkan langit biru dan awan putih. 

Alhamdulillah selesai majlis nikah. Maka dengan itu, anak buah menantu yang kelima hadir. Akan bertambah juga cucu-cucu NekCu. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Menanti majlis kenduri besar pada bulan depan. Ke Selangorlah kita pula nanti

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni antara masjid yang cantik dengan design dan seni binanya. Pakej perkahwinan Masjid Wilayah yang mudah untuk berurusan kata anak buah

Masjid menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap dalam dewan tu. Ada pelamin, ada air cond, ada karpet dan juga kerusi. Mudah, tinggal datang je bawa apa yang penting





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/11/anak-buah-menantu-1-lagi-pernikahan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Suasana Malam Di Kampung Baru Kuala Lumpur

Menikmati Suasana Malam Di Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 354 hits
Lewat petang semalam hari Ahad 6 November 2022 saya dan encik suami selamat tiba di KL Bukanlah acara jalan jalan makan angin tapi atas urusan kerja encik suami Alhamdulillah perjalanan kami dari rumah di PP lancar kecuali bila masuk KL tu ...
Seorang Meninggal Beberapa Cedera Termasuk Bayi Dihempak Pokok Tumbang Di Kuala Lumpur

Seorang Meninggal Beberapa Cedera Termasuk Bayi Dihempak Pokok Tumbang Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 269 hits
BORHAN AHMADSeorang meninggal dunia manakala beberapa yang lain cedera parah apabila sebuah pokok besar tumbang di berhampiran Restoran Ameer Ehsan Taman Maluri Cheras lewat petang tadi Calon Pakatan Harapan Titiwangsa Khalid Samad yang keb...
Dinner At Concorde Hotel Kuala Lumpur

Dinner At Concorde Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum Hi korang Okey last entry untuk program last week minggu ni akan ada program lain plak minggu ni ada family day kami nanti SA update plak pasal tu buat julung julung kali ada family day lama x berkumpul kali ni staycation te...
Mullah Munafik Iran Ber Girlfriend Tak Tutup Kepala Di Kuala Lumpur Pula

Mullah Munafik Iran Ber Girlfriend Tak Tutup Kepala Di Kuala Lumpur Pula

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 392 hits
Bekas General Islamic Republican Guards Corps lagi Munafik betul New Delhi Iran transport minister Rostam Qasemi with unveiled girlifriend Qasemi now serving as transport minister of Iran Qasemi also ex top Islamic Revolutionary Guards comm...
Park Eunbin Bakal Adakan Acara Perjumpaan Peminat Di Kuala Lumpur Disember Ini

Park Eunbin Bakal Adakan Acara Perjumpaan Peminat Di Kuala Lumpur Disember Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 229 hits
Nampaknya Park Eun bin bakal menemui peminat di Malaysia tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penganjur Trumpet International telah mengumumkan bahawa Park Eun bin bakal mengadakan acara perjumpaan peminat Eun Bin Note Binkan Fanmeet di ...
Cma Run Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022

Cma Run Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 260 hits
Salam Haii Semalam berlangsungnya selama 2 hari iaitu event larian terbesar di Kuala Lumpur Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020 Tapi disebabkan Pandemik Event ni postponed CMa mcam biaselah...
Anak Senator Nigeria Dituduh Berkomplot Curi Buah Pinggang Gelandangan

Anak Senator Nigeria Dituduh Berkomplot Curi Buah Pinggang Gelandangan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 152 hits
LONDON Anak perempuan kepada seorang senator Nigeria dituduh menyeludup masuk seorang lelaki gelandangan ke Britain sebelum mengambil organ miliknya untuk diberikan kepada defendan lapor akhbar Metro UK semalam Sonia Ekweremadu 25 dibicarak...
Bunga Keutamaan Saya Cucu Kini Dalam Carta Nombor Satu Sheila Rusly Mahu Bantu Anak Menantu

Bunga Keutamaan Saya Cucu Kini Dalam Carta Nombor Satu Sheila Rusly Mahu Bantu Anak Menantu

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 204 hits
KEHADIRAN Bunga Elhaq nyata membawa impak yang besar dalam hidup Sheila Rusly Jika dahulu banyak masa Sheila dihabiskan di lokasi penggambaran namun kini penerbit dan juga pelakon terkenal itu lebih gemar duduk di rumah bersama cucu sulungn...
Guna Air Buah Delima Sahaja Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak Cepat Sembuh

Guna Air Buah Delima Sahaja Ibu Kongsi Tip Rawat Batuk Anak Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 234 hits
Anak anak kecil sememangnya kerap jatuh sakit demam selesema dan batuk disebabkan antibodi yang masih lemah Ibu mana yang tak risau bila anak mula jatuh sakit lebih lebih lagi masih kecil dan tiada ubat yang sesuai Sebenarnya anak anak bole...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Best Way To Spend Your Much Awaited Vacation

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Mangsa Banjir Johor Terus Meningkat

Agreeableness

Floating Market Pulau Suri Tumpat Kelantan Seronok Jalan Jalan Cari Makan Kat Sini