Anak Bongsu Ridzuan Hashim Terkilan Tak Sempat Belikan Ayah Scooter Permintaan Terakhir Dia
Sedangkan terpisah buat sementara pun boleh terasa kehilangan, apatah lagi orang yang kita sayang pergi selamanya.
Itulah yang dirasai oleh anak bongsu kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim, Diyana Ridzuan apabila masdih tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa kesayangannya itu sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Diyana berkongsi di laman instagram miliknya luahan hatinya mengenang kembali segala memori bersama Allahyarham yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Khamis.
Dalam perkongsian tersebut, Diyana berkata dia terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan bapanya sebuha skuter elektrik (yang digunakan untuk orang s@kit bergerak) seperti mana yang dihajatkan Allahyarham sebelum ini.
“Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nan jumpa ayah selalu okay? Ayah dah tak penat dah sekarang. Tiada dah ayah call Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah s@kit perut berak-berak, tiada yah (ayah) and i am happy for you.
“Tapi sorry yah. tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat” tulis Diyana di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Diyana R (@diyanardzn_)
Dalam perkongsian itu juga, Diyana berkata ayahnya merupakan punca kekuatan untuk dirinya terus bekerja lebih keras sebelum ini demi berbakti kepada Allahyarham.
“Punca kekuatan nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah. Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana.
“Lepas ni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi? Siapa nak tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?” luah Diyana lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Diyana R (@diyanardzn_)
Allahyarham Ridzuan, 62, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis akibat serangan jantung di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang popular menerusi watak King dalam filem KL Gangster sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pengacara, Didie Alias pada 1991 namun bercerai pada tahun 2002.
Hasil perkahwinan, Allahyarham dikurniakan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Mohd Dhanial, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.
Sumber : Instagram @diyanardzn
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/HKeWd32
via Sinar Viral Network
Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2023/05/anak-bongsu-ridzuan-hashim-terkilan-tak.html