Anak Bercakap Sendiri Suka Berlakon Tanda Dia Seorang Yang Bijak


“hello, ye..haaa, okay-okay” sambil bercakap sendiri seolah-olah sedang berinteraksi dengan orang lain di dalam telefon bimbit, tetapi tiada sesiapa. Ataupun sering kali pernah terlihat anak sedang bermain-main sendiri dan bercakap-cakap seolah ada kawan dihadapanya. Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai pengalaman pastinya rungsing jika hal ini terjadi pada anak sulung.
Tentu sekali pelbagai persoalan yang bermain diminda ibu ayah, “okay ke anak saya ni”, “kenapa dia bersikap begitu”, “perlu ke merujuk pakar ataupun mendapatkan rawatan?”

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail berkata, tidak dapat dinafikan, kebanyakan ibu bapa risau apabila melihat anaknya bercakap seorang sendiri terutama anak yang berumur 3-5 tahun.
Self-talking atau bercakap seorang diri dalam kalangan kanak-kanak adalah sesuatu yang normal. Sama ada mereka akan bercakap dengan diri sendiri atau bercakap dengan barang-barang seperti anak patung dan barang permainan.
Keadaan ini lazimnya wujud pada usia tertentu namun ibu bapa dinasihatkan supaya tidak panik dan terus bertindak tanpa mengetahui perkara ini dengan lebih jelas.
Bercakap sendiri selalu dikaitkan dengan perkembangan kognitif. Ia menunjukkan kanak-kanak itu berkomunikasi dengan dunia yang penuh dengan imaginasi.
kanak-kanak itu sendiri sedang berimaginasi dengan dunianya sendiri. Dalam dunia mereka, akan ada karakter yang wujud dan kadangkala sama seperti dunia sebenar termasuk sifat, perwatakan dan percakapan namun ada masa ia berlaku sebaliknya.

Kita akan lihat kanak-kanak itu akan menjadi diri sendiri atau menjadi seperti individu lain. Ini disebabkan mereka sedang memainkan watak atau karakter individu lain dan mereka cuba untuk meniru.
Kebiasaannya kanak-kanak juga akan memilih untuk bercakap dengan objek yang tidak bernyawa atau tiada tindak balas. Contoh terdekat adalah anak patung. Itu adalah salah satu cara untuk mereka meluahkan diri terutama perasaan dan berfikir. Ciri-ciri ini membantu mereka membiasakan diri dengan keadaan sekeliling seperti penggunaan bahasa dan tingkah laku.
Yakinlah, apabila ibu bapa melihat anak bercakap sendiri, si kecil tersayang anda sedang melalui fasa ini dan jangan khuatir kerana ia akan hilang secara semula jadi.
Kanak-kanak juga akan bercakap sendiri dengan intonasi yang kuat berbanding orang dewasa.
Terdapat banyak kebaikan kepada kanak-kanak yang gemar bercakap sendiri.
Ini kerana mereka tidak sedar atau tidak perasan dengan keadaan sekeliling disebabkan terlalu asyik berimaginasi. Atas sebab itu, sekiranya keadaan itu ditegur terutama ketika mereka sedang bercakap sendiri, mereka akan tersentak dan terus berhenti untuk bercakap.
Jika diperhati, kadangkala mereka bercakap seperti bersungguh-sungguh dan sedang berlakon. Penuh dengan eskpresi wajah, intonasi suara dan gaya. Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang baik!
Bercakap sendiri adalah sesuatu yang normal pada usia tiga hingga lima tahun dan jangan bimbang kerana kelakuan ini akan hilang.
Kebaikan bercakap sendiri
Banyak kajian sudah dijalankan berkenaan kebaikan bercakap dengan diri sendiri untuk kanak-kanak antaranya:
• Menunjukkan kebijaksanaan kanak-kanak itu. Lebih banyak kanak-kanak bercakap dengan diri sendiri, ia menunjukkan mereka akan menjadi lebih bijak pada masa akan datang.
• Kanak-kanak kecil sedang memahami konsep dunia sekeliling. Mereka akan memerhati, berkenalan dan membiasakan diri mereka sendiri.
• Mereka sedang meningkatkan keyakinan diri.
• Mengukuhkan perbendaharaan kata. Mereka menggunakan perkataan yang diketahui dan ‘memainkan’ semula ketika sesi bercakap dengan diri sendiri.
• Meningkatkan kreativiti. Ya, mereka akan jadi lebih kreatif. Mereka akan menyoal dan mereka jugalah akan menjawab persoalan itu. Jika didengari betul-betul, kadang-kadang kita sebagai ibu bapa sendiri tidak faham apa cerita mereka.
Kredit: Hazhari Ismail
k

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Anak Bercakap Sendiri & Suka Berlakon, Tanda Dia Seorang Yang Bijak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-bercakap-sendiri-suka-berlakon-tanda-dia-seorang-yang-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Layan Maryam Macam Anak Sendiri Isteri Fizo Omar Dipuji Kalau Semua Mak Tiri Macam Ni Aman Dunia

Hiburan Layan Maryam Macam Anak Sendiri Isteri Fizo Omar Dipuji Kalau Semua Mak Tiri Macam Ni Aman Dunia

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 303 hits
Isteri kepada pelakon iaitu Fazeera Nazri Azrai mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik video bersama anak tirinya Wan Maryam Menerusi hantaran di TikTok Fazeera dilihat rajin melayan celoteh anak sulung Fizo itu ketika menjaga a...
Hiburan Beri Pendapat Isu Softp Rn Filem Pulau Harith Iskander Dikecam Netizen You Bercakap Sebagai Seorang Islam Tak

Hiburan Beri Pendapat Isu Softp Rn Filem Pulau Harith Iskander Dikecam Netizen You Bercakap Sebagai Seorang Islam Tak

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 162 hits
Awal minggu ini hangat diperkatakan di satu Malaysia tentang trailer filem baru bertajuk Pulau yang diarahkan oleh Euho dan menampilkan pelakon seperti Alif Satar Ikmal Amry Amelia Henderson dan ramai lagi Namun ramai berpendapat filem ters...
Kek Unicorn Warna Warni Nak Buat Mudah Anak Mesti Suka

Kek Unicorn Warna Warni Nak Buat Mudah Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 325 hits
Hujung minggu ni jom isi waktu lapang anak anak dengan buat sendiri Rainbow Unicorn Cakes resipi paling mudah dan senang Anak anak confirm suka Salam anak anak mak Mak ajar kan kek yang menarik minat anak anak dan sedap lembut dimakan Mudah...
Agak Agak Anak Muda Suka Dia Tak Banyak Kes Lagi Rasanya Ni Adik Adik

Agak Agak Anak Muda Suka Dia Tak Banyak Kes Lagi Rasanya Ni Adik Adik

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 169 hits
Arau ni MP yang paaaling aku benci sekarang ni Tengok dia bercakap dalam parlimen pun cukup buat aku meluat Betullah apa yang Sany Hamzah katakan Dia cuma nak timbulkan kekecohan je Nak terbitkan persepsi tidak baik untuk PM Sedangkan Sany ...
Bincang Apa Serius Sangat Tu Gelagat Anak Bongsu Shuib Bercakap Di Telefon Cuit Hati Ramai

Bincang Apa Serius Sangat Tu Gelagat Anak Bongsu Shuib Bercakap Di Telefon Cuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 134 hits
Tidak din4fikan setiap apa yang dilakukan oleh anak kecil sering mencuit hati mereka yang melihat dan merakam gelagat mereka sebagai momen yang tidak akan dilup4kan Seperti perkongsian ibu kepada pelawak Shuib Sepahtu yang merakam momen cuc...
Video Lemah Lembutnya Dia Cakap Layan Maryam Macam Anak Sendiri Ramai Puji Isteri Fizo Omar

Video Lemah Lembutnya Dia Cakap Layan Maryam Macam Anak Sendiri Ramai Puji Isteri Fizo Omar

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 206 hits
Perkongsian isteri kepada pelakon Fizo Omar Fazeera Nazri Azri di TikTok menjadi bualan warganet selepas memuat naik sebuah video pendek bersama anak tirinya iaitu Wan Maryam atau lebih mesra dipanggil Cik Yam Rajin layan kerenah anak anakM...
Sri Mulyani Singgung Anak Muda Sekarang Nggak Suka Kerja Ke Kantor Apa Penyebabnya Ya

Sri Mulyani Singgung Anak Muda Sekarang Nggak Suka Kerja Ke Kantor Apa Penyebabnya Ya

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 153 hits
Ternyata pandemi yang sudah mereda nggak lantas membuat para pekerja bersedia kembali kerja ke kantor
Tamatkan Operasi Judi Retorik Pas Bercakap Sedangkan Mereka Sendiri Gagal

Tamatkan Operasi Judi Retorik Pas Bercakap Sedangkan Mereka Sendiri Gagal

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 251 hits
Apakah PAS tidak malu bercakap sebegini sedangkan ketika mereka menjadi kerajaan cabutan undi dinaikkan dan mereka tidak berani mengeluarkan sepatah perkataan mendesak PM8 dan PM9 untuk menghapuskan judi Apakah dengan hanya mencipta retorik...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital