Anak Berat Mulut Nak Bercakap Cepat Cepat Latih Ikut Langkah Ni


Lain anak lain perkembangan dirinya. Ada anak yang cepat bercakap namun ada pula anak yang sedikit lambat dalam pertuturannya. Semuanya bergantung kepada anak itu sendiri.
Namun jangan dibiarkan bila mana anak lambat bertutur walaupun usianya sudah pun berusia dua tahun. Ada perkara yang mak ayah mampu lakukan untuk merangsang anak.
Perkongsian tip dari OT, Aisyah Rozalli seperti yang dikongsikan semula oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di facebooknya ini mak ayah perlu praktikkan.

5 TIPS mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak Speech Delay dan late-talker yang dikongsikan oleh Occupational Therapist, Siti ‘Aisyah Rozalli:
1. PASTIKAN ANAK KENAL OBJEK, KATA KERJA & KATA SIFAT DALAM PENGURUSAN DIRI HARIANNYA
Waktu aktiviti pengurusan diri harian, adalah waktu yang paling banyak stimulasi bahasa dan komunikasi boleh diberikan kepada anak-anak ini.
Semasa anak mahu memakai baju contohnya, ibu boleh memberikan arahan “adik, ambil baju tu” (adik: kata nama, ambil: kata kerja). Ini boleh melatih kebolehan reseptif dan tumpuan anak pada ayat yang diberikan oleh ibu padanya.
Stimulasi berterusan akan menambahkan kosa kata anak-anak dan seterusnya meningkatkan kefahaman bahasa anak-anak. Informasi bahasa yang berterusan ini akan disimpan di dalam otak untuk menunggu masa yang sesuai bagi digunakan oleh anak-anak.

2. AJAR ANAK PERMAINAN MOTOR KASAR YANG BERSIFAT SOSIAL
“PERGERAKAN MENGHASILKAN PEMBELAJARAN”. Itu merupakan satu slogan yang saya pegang sejak belajar ilmu edu-kinesiology (BrainGym).
Telah ramai anak-anak yang saya nampak perkembangan positif mereka apabila pembelajaran diintegrasikan dengan pergerakan.
Bermain aktiviti motor kasar seperti teng-teng, panjat-panjat, main bola yang disertakan dengan stimulasi bersifat sosial seperti, menunggu giliran, menunggu arahan, dan sequencing (mengingat langkah-langkah aktiviti) akan memberikan stimulasi sosial, komunikasi dan bahasa yang pelbagai untuk anak-anak dalam keadaan yang menyeronokkan dan menepati fitrah anak-anak. Fitrah anak-anak terutamanya anak kecil adalah bermain dan bergerak, bukan duduk dan dengar.

3. BERADA PARAS MATA DENGAN ANAK SEMASA BERCAKAP DENGAN ANAK
Jika anak berdiri, rendahkan tubuh anda supaya wajah anda dan wajah anak berada di paras yang sama. Jika anak anda duduk, duduk sekali bersama anak anda. Jika anak anda baring, baring sekali bersama anak anda.
Berada paras mata dengan anak akan membantu anak fokus dengan lebih mudah pada ekspresi wajah anda, pergerakan mulut anda dan apa yang sedang anda perkatakan. Ingat. Komunikasi dan sosial bukan hanya pada pertuturan. Tetapi juga pada keupayaan anak untuk mengawal emosi, belajar faham orang lain dan perhatian pada perubahan persekitarannya.

4. MAIN PERMAINAN YANG BOLEH MENINGKATKAN DAYA TUMPUAN ANAK-ANAK
Daya tumpuan adalah penting bagi membolehkan anak-anak kekal pada konversasi yang sedang dilakukan oleh ibu bapa. Aktiviti motor kasar dan aktiviti motor halus yang terancang akan membantu meningkatkan daya tumpuan anak-anak.
Contoh aktiviti motor kasar termasuk: membaling bola ke dalam bakul, menendang bola ke dalam gol, menyambut bulu tangkis dengan raket badminton, teng-teng dan memanjat pokok. Antara aktiviti motor halus yang boleh membantu daya tumpuan dan fokus termasuk: memasukkan guli ke dalam botol bermuncung kecil, menganyam tali ke dalam lubang kasut, memasukkan syiling ke dalam lubang, dan memasukkan manik ke dalam tali.

5. GUNAKAN GALAKAN POSITIF SEMASA MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA ANAK
Galakan sosial positif seperti pujian, keberadaan anda semasa anak melakukan aktiviti, kata-kata rangsangan akan meningkatkan keyakinan anak untuk terus melakukan aktiviti bersama anda. Jangan lupa untuk memasukkan elemen bahasa semasa melakukan aktiviti bersama anak anda.
Contohnya: semasa anda minta “adik, masukkan manik merah”, dan anak anda boleh melakukannya (kenal apa itu manik merah), pujinya dengan suara yang paling ceria “wah! pandainya!” bila ayah pulang, ceritakan pada ayah “ayah tahu? adik dah kenal manik merah!” dihadapan anak tadi.
Anak yang berasa seronok akan terus termotivasi untuk melakukan aktiviti dengan ibubapanya.
Bagaimana, boleh tak praktikkan 5 tips ini di rumah? Jika dapat usahakan untuk amal tip-tip ini, InsyaAllah akan ada perkembangan positif dalam pencapaian anak-anak.
Semoga bermanfaat!
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
 

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Berat Mulut Nak Bercakap, Cepat-Cepat Latih Ikut Langkah Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-berat-mulut-nak-bercakap-cepat-cepat-latih-ikut-langkah-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 169 hits
Kebanyakan anak bila dah mula dapat kaki berat badannya makin menyusut Rata rata ibu susah hati Kadang dah buat macam macam menu pun anak makan sedikit sahaja Apa kata kali ini cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Norina Amylia Resepi ini...
Pandai Daddy Nak Korek Rahsia Dr Sheikh Muszaphar Trik Anak Sulung Macam Kawan Ramai Puji

Pandai Daddy Nak Korek Rahsia Dr Sheikh Muszaphar Trik Anak Sulung Macam Kawan Ramai Puji

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 229 hits
Mendidik anak perlu berbeza mengikut usia Bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dia punya cara sendiri mendidik anak sulungnya Apa yang menarik Dr Sheikh bijak mendekati anak sulungnya yang kini menginjak remaja dengan menjadikannya sebagai...
Maka Tutuplah Kilang Cukup 4 Anak Mua Bellaz Nak Fokus Besarkan Anak Dulu

Maka Tutuplah Kilang Cukup 4 Anak Mua Bellaz Nak Fokus Besarkan Anak Dulu

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 300 hits
Baru melahirkan cahaya mata keempatnya pada 29 Julai yang lalu MUA yang cukup dikenali MUA Bellaz kini mahu berehat dan memfokuskan untuk membesarkan keempat empat anaknya Tidak bercadang untuk menambah jumlah ahli keluarga lagi buat masa i...
Baby Susah Nak Tidur Makin Manja Menangis Ayda Jebat Risaukan Anak

Baby Susah Nak Tidur Makin Manja Menangis Ayda Jebat Risaukan Anak

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 217 hits
Diam tak diam anak selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir Ana Nayla kini sudah pun berusia 10 bulan Berkongsi perkembangan terbaru anaknya kata Ayda dia kini bimbangnya Ana Nayla yang kini susah untuk tidur Malah kata Ayda lagi bagi menidurka...
Saya Cuma Nak Curi Tali Tak Sangka Kambing Ikut Sekali Kata Pemuda

Saya Cuma Nak Curi Tali Tak Sangka Kambing Ikut Sekali Kata Pemuda

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 265 hits
Baru baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan seorang lelaki didakwa mencuri seekor kambing ditangkap oleh pihak polis Menerusi video yang tular di Twitter dan Instagram lelaki tersebut dilihat telah digari dan berada di dalam...
Rasa Penat Tak Semangat Cepat Cepat Peluk Suami Anak Banyak Manfaat

Rasa Penat Tak Semangat Cepat Cepat Peluk Suami Anak Banyak Manfaat

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 164 hits
Bukan mudah nak menggalas tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu Biarpun kita mampu melalui kehidupan seharian dengan pelbagai kerja kadang kadang rasa penat akan terasa juga Sampai tahap kita rasa tak ada semangat nak buat apa apa A...
Nak Marah Pun Tak Jadi Diam Diam Habis 9kg Tepung Anak Tabur Satu Rumah

Nak Marah Pun Tak Jadi Diam Diam Habis 9kg Tepung Anak Tabur Satu Rumah

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 193 hits
Dalam fasa anak membesar pelbagai momen indah pasti akan dilalui Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak anak dah bawa haluan masing masing Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak anak tanpa...
Nak Tumpang Tidur Lengan Wanita Menggeletis Di Ruangan Komen Atlet Angkat Berat Buat Netizen Geli

Nak Tumpang Tidur Lengan Wanita Menggeletis Di Ruangan Komen Atlet Angkat Berat Buat Netizen Geli

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 262 hits
Terdahulu atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat telah berjaya meraih pingat perak pertama pada temasya Sukan Komanwel 2022 pada 1 Ogos lalu Menurut laporan Berita Harian pingat naib juara Erry itu diperoleh menerusi acara 73 kilogram sel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa