Anak Ashaari Nafi Gisbh Amal Kepercayaan Al Arqam Aurad Muhammadiah


bharian.com.my
Oleh Norzamira Che Noh 
[email protected] Oktober 14, 2024 
Khaulah Asaari pada sidang media mengenai kontroversi GISBH di Shah Alam. - NSTP/ FAIZ ANUAR
SHAH ALAM: Salah seorang pengarah anak syarikat GISB Holdings (GISBH) memaklumkan kumpulan itu tidak lagi mengamalkan ajaran serta kepercayaan Al-Arqam yang difatwakan sebagai sesat sebelum ini.

Khaulah Ashaari, 38 yang juga anak kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad, berkata kumpulan itu konsisten tidak mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah selepas mengikuti kursus dan proses istitabah anjuran Jabatan Agama Islam Negeri.

"GISBH sendiri konsisten tidak lagi mengamalkan apa-apa ajaran yang dikatakan sesat atau salah.

"Rasa ada yang mengetahui kita (bekas pengikut Al-Arqam) mengikuti kursus daripada pihak berkuasa termasuk jabatan agama sendiri dan kita sendiri menjalani proses istitabah (taubat).

"Kita setelah itu berkomitmen untuk tidak lagi mengamalkan apa-apa yang telah dilakukan sebelum ini daripada zaman Al-Arqam dan selepas itu," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, selepas proses istitabah pada 2013, mereka sentiasa dipantau pihak agama sendiri dalam memastikan tidak berlaku pengulangan amalan tersebut.

Katanya, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali juga sering mengingatkan bahawa semua ahli dan pengikut GISBH perlu mengikut fatwa yang sudah ditetapkan jabatan agama.

Ditanya jika masih terdapat kumpulan kecil yang masih mengamalkan ajaran terdahulu, Khaulah berkata, beliau tidak pasti mengenainya tetapi menegaskan secara dasar GISBH tidak mengamalkannya.

"Kita sebelum ini sudah mengikuti kursus di bawah kendalian jabatan agama Islam selama 500 jam.

"(Bagaimanapun untuk kumpulan kecil) yang itu saya tidak tahu, namun secara dasarnya kita tidak amalkan dengan sentiasa dipantau jabatan agama sendiri. Kita hendak fokus betul-betul kepada perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, wanita itu menjelaskan klip video yang mengagungkan Ashaari atau Abuya yang tular sebelum ini adalah klip video lama pada 2011.

"Itu adalah video lama sebelum kami menyertai proses kursus, istitabah dan sebagainya," katanya.

Ketika ditanya mengenai silibus pendidikan di sekolah kendalian GISBH, Khaulah memaklumkan mereka mengikut apa yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Dalam pengetahuan saya, sekolah yang ada lesen memang mengikut silibus dan pihak JAIS sentiasa datang memantau apa silibusnya," katanya.

Dalam pada itu, wanita itu berkata, dia sebelum ini direman selama 18 hari selepas ditangkap bersama 24 individu pengurusan tertinggi GISBH di kondominium di Jalan Imbi Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 19 September lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/anak-ashaari-nafi-gisbh-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Serbu Rumah Amal Milik Gisbh Jumpa Lagi Bahan Berkaitan Al Arqam

Polis Serbu Rumah Amal Milik Gisbh Jumpa Lagi Bahan Berkaitan Al Arqam

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 388 hits
Polis Kelantan menemui pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam selepas menyerbu rumah amal serta sekolah milik Global Ikhwan amp Services Berhad Holdings di Gong Kulim Pasir Puteh hari ini Buku tersebut ditemui disembun...
Gisbh Penjaga Rumah Amal Didakwa Rotan Budak 6 Tahun

Gisbh Penjaga Rumah Amal Didakwa Rotan Budak 6 Tahun

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 435 hits
MalaysiakiniSeorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak kanak lelaki di Bandar Country Homes Rawang Mohd Syahid ...
Danish Hakim Minta Maaf Nafi Tak Selesa Dipanggil Anak Norman Amp Abby Abadi

Danish Hakim Minta Maaf Nafi Tak Selesa Dipanggil Anak Norman Amp Abby Abadi

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 201 hits
Anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim minta maaf kepada orang ramai atas kenyataan ditulisnya di Threads baru baru ini Jelas Danish Haki dia hanya menulis kenyataan tersebut secara spontan di platform...
P Pinang Sedia Kompleks Darul Hidayah Pulih Akidah Anak Gisbh

P Pinang Sedia Kompleks Darul Hidayah Pulih Akidah Anak Gisbh

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 259 hits
Menerusi Op Global awal September lepas polis menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH dan menyelamatkan seramai 572 individu termasuk kanak kanak dan remaja TASEK GELUGOR Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang...
Saya Nak Jumpa Anak Sendiri Pun Tak Boleh Bekas Pengikut Gisbh

Saya Nak Jumpa Anak Sendiri Pun Tak Boleh Bekas Pengikut Gisbh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 364 hits
Aizat Sharifam hmetro com myKangar Sudahlah saya dipisahkan dengan anak saya dan hendak bertemu pun saya mesti mendapat kebenaran penjaga pusat jagaan terlebih dahulu malah ada ketikanya saya tidak dibenarkan untuk berjumpa walhal saya ada ...
Kertas Cadangan Kebajikan Anak Asuhan Gisbh Ditangguh

Kertas Cadangan Kebajikan Anak Asuhan Gisbh Ditangguh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 406 hits
JOHOR BAHRU Kertas cadangan melibatkan kebajikan anak asuhan GISB Holdings Sdn Bhd merangkumi pelan jangka pendek sederhana dan panjang ditangguhkan dahulu sebelum dibentangkan ke Kabinet Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat D...
Gisbh Anak Sulung Abuya Tunjuk Lokasi Kurungan Di Batu Hampar Esok Kpn

Gisbh Anak Sulung Abuya Tunjuk Lokasi Kurungan Di Batu Hampar Esok Kpn

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Anak sulung kepada bekas pemimpin Al Arqam Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah akan menunjukkan lokasi di mana dia didakwa dikurung selama kira kira sebulan Ketua Polis Negara Tan Razarudin Husain berkata wanita berusia 41 tahun...
Gisbh Kerajaan Bukan Selamat Anak Kami Tapi Rampas Ibu Bapa

Gisbh Kerajaan Bukan Selamat Anak Kami Tapi Rampas Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 234 hits
malaysiakini comKetua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz tampil sebagai jurucakap sekumpulan 96 ibu bapa yang ditahan dalam operasi terhadap Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings baru baru ini Tun Faisal pada sidang medi...
Kabar Duka Marissa Haque Meninggal Dunia Sang Anak Ungkap Keinginan Ibunya Soal Pemakaman

Kabar Duka Marissa Haque Meninggal Dunia Sang Anak Ungkap Keinginan Ibunya Soal Pemakaman

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 453 hits
Tak ada tanda tanda sakit sebelum meninggal Marissa bahkan masih aktif mengajar sehari sebelumnya
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan