Anak 2 Orang Je Ke Tak Nak Tambah


Anak 2 Orang Je Ke? Tak Nak Tambah? | Ini soalan yang selalu orang bangkitkan kepada pasangan yang telah ada anak tapi lepas tu tak tambah-tambah dah, betul tak? Tapi Alhamdulillah tak ramai yang bertanya soal tambah anak dengan Sha. Kalau ada pun ketika bersembang pasal anak, adalah suara nakal.. hah Fathia dah besar bolehlah jadi kakak! Ehehehe
 
Anak 2 Orang Je Ke? Tak Nak Tambah?


Maaflah, bukan tak nak tapi belum sedia lagi nak tambah. Setakat ini cukup dah dengan 2 orang yang ada. Tambah dah sepasang


Begitulah jawapan Sha kalau ada yang bertanya.


Soal tambah anak ini bagi Sha terpulang pada individu atau pasangan yang terbabit sahajalah yang mana lebih memahami keadaan diri mereka.
Antara Sebab Tak Nak Tambah Anak


" Heyyy... janganlah risau, kan setiap anak tu dijanjikan rezekinya "
dan bermacam lagi.
Tak nak tambah anak bukanlah soal tak percaya dengan rezeki Allah SWT nak bagi tapi lebih kepada beberapa sebab yang lebih berat. Maklumlah anak-anak merupakan amanah yang Allah SWT hadirkan dalam kehidupan suami-isteri. Bila sebut amanah tu bukan sesuatu yang ringan.



Diri sendiri sebagai ibu belum dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak sedia ada. Untuk ini Sha berpendapat sebagai seorang ibu yang bekerja di luar rumah. Jadi bila bekerja mengikut waktu pejabat memang tak ada banyak waktu untuk bersama anak-anak. Itu belum lagi jika ada kerja waktu luar pejabat yang mengambil masa beberapa hari. Suami pula ada masa perlu bekerja mengikut shif. Di sini agak payah untuk menjadualkan diri.
Demi menjaga kesihatan mental. Ya, pada zaman kini Sha percaya ramai ibu-bapa diluar sana mempunyai sebab yang sama. Cuma mungkin tak ramai yang meluahkan. Isu mental ini bagi Sha bukan isu ringan, kerana tak semua orang boleh mengawal pelbagai situasi yang menekan. Tak semua orang punya kesabaran tinggi !


Isu kewangan juga kadang-kadang memainkan peranan dalam kelangsungan hidup. Kadang terfikir apa guna bekerja jika separuh daripada gaji sendiri diperuntukan untuk membayar pengasuh setiap bulan. Maklumlah upah pengasuh sekarang bukan murah. Kos sara hidup lain juga makin bertambah. Baik berhenti kerja sahaja. Tapi nak berhenti kerja bukanlah sesuatu yang mudah! Banyak benda kena setel dulu.


Menjaga perhubungan suami isteri. Bukan kata bila ada ramai anak kita tak ada masa dengan pasangan tetapi inilah realitinya. Bila jadi ibu, kadang-kadang tak sedar rutin harian sibuk dengan pelbagai kerja dan masa berlalu begitu sahaja. Tambah pula suami-isteri masing-masing ada tugas sendiri. Selalu terfikir, macam manalah orang atasan membahagikan masa mereka dengan keluarga mereka. Apa yang pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu kan?
Faktor keselamatan. Setakat ini mampu pakai kereta sedan sahaja, jadi tempat duduk terhad. Alasan apakah ini? ahahahaha.. Tapi itulah realitinya. Contohnya suami Sha sendiri memang jenis tak suka bawa penumpang melebihi kapasiti sepatutnya. Jadi kalau ada rezeki beli kereta besar mungkin ada peluang tambah anak lagi ! hihihihi



Masih belajar berlaku adil pada anak-anak. Sha sendiri masih belajar menjadi ibu walaupun dah menyandang gelaran ibu hampir 10 tahun lamanya.

"Ibu ni asyik main dengan Abang, dengan Adik tak nak main "

" Sayang, semalam Abang mengadu dia dah lama tak tidur peluk Ibu.. "

"Abang jelaa hensem, Adik tak cantik"
Ya Allah.. kadang-kadang dah jaga sehabis baik pun macam tulah.. Antara dialog yang Sha terima walaupun Sha cuba berlaku adil. Memanglah kita takkan mampu berlaku adil 100% pada anak-anak, tapi kalau boleh kita tak nak dengar anak-anak merungut walaupun kadang-kadang diaorang bergurau je. Masing-masing masih nak berebut perhatian.
IBU TAK SIHAT? TIPS JAGA ANAK



Banyaknya Alasan, lemak! Ehhhh lemah!
Ahahaha.. masing-masing punya pendapatkan. Bukan setakat pendapat tetapi hasil setelah megukur badan sendiri. Sebenarnya ada banyak contoh keluarga keluarga besar yang berjaya. Sha sangat kagum dengan mereka. Tapi kebanyakan latar belakang yang bukan calang-calang. Sha yang biasa-biasa bercakap dari segi kehidupan biasa sahajalah.


Perancangan Keluarga Yang Jelas

Apa yang penting setiap ibu-bapa jelas dengan perancangan keluarga sendiri. Masing-masing jelas dengan tanggungjawab yang bakal dipikul sepanjang membesar dan membimbing anak-anak. Bila masing-masing jelas dan yakin InsyaAllah baik-baik sahaja. Kalau tak jelas, pandai-pandailah rancang keluarga sendiri mengikut kemampuan.


Cara Hidup Dari Kecil

Macam mana nak anak ramai? Adik beradik sendiri pun tiga orang sahaja. Tapi itulah adik-beradik sikit ni tak meriah sebenarnya.. ahahahaha... Dulu tak rasa sebab masa sekolah sibuk dengan sekolah, dapat main dan lepak dengan sepupu sepapat pun dah ok. Bila dah besar dan berkeluarga, setiap kali hari raya atau berkumpul terasa juga.
 
Ukur Baju Di Badan SendiriBak pepatah di atas, membuatkan Sha dan suami masih dengan keputusan yang kami capai bersama. Walaupun !
Walaupun naluri Sha sebagai ibu untuk menimang bayi comel lagi memang ada. Baru-baru ini pun suami ada cakap bila dengar anak jiran menangis....


"Sayang..... ayah ada rasa teringin nak baby lagi, tapi bila dengar anak jiran kita menangis setiap hari... ayah cancel lahhhh...."
Ahahhahaha... umur dekat 40 tahun ni,,mampu lagi kah jaga baby?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2022/01/anak-2-orang-je-ke-tak-nak-tambah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 195 hits
Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak Sosej nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita Mengapa Ini yang dikongsikan oleh Berpada pada ...
Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

Cikgu Kongsi Ini Situasi Anak Tahun 1 Masuk Tandas Nak Mudah Ajarlah Awal

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 235 hits
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk Tahun 1 tak lama lagi dah boleh mula ajar beberapa perkara penting terutama aspek pengurusan diri ketika berada di sekolah Ini untuk pastikan anak dah bersedia berdepan cabaran ketika di alam persekolahan ...
Anak Bini Kami Pun Nak Makan Penjaga Gol Kebangsaan Kini Jadi Buru4n Pihak Bank

Anak Bini Kami Pun Nak Makan Penjaga Gol Kebangsaan Kini Jadi Buru4n Pihak Bank

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 208 hits
Majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi bvruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober tahun lalu
Tambah Lagi Geng Ibu Isteri Nubhan Bersalin Anak Ke 3 Secara Indius

Tambah Lagi Geng Ibu Isteri Nubhan Bersalin Anak Ke 3 Secara Indius

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 242 hits
Alhamdulillah bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga Pastinya perasaan syukur dan teruja itu diluahkan penyanyi Nubhan apabila isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu Bayi perempuan seberat ...
Isu Sekolah Vernakular Pemimpin Seolah Takut Nak Bela Hak Anak Bangsa

Isu Sekolah Vernakular Pemimpin Seolah Takut Nak Bela Hak Anak Bangsa

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 279 hits
BANGI Tidak mustahil rakyat akan memberontak dan menunjukkan kuasa mereka sekiranya kerajaan berterusan dengan sikap tidak acuh dalam isu isu penting negara Kerajaan seharusnya memiliki pendirian tegas dan adil selain mengutamakan keperluan...
Niat Nak Hadiahkan Anak Untuk Suami Dalam Setahun 3 Kali Gugur Beratnya Dugaan

Niat Nak Hadiahkan Anak Untuk Suami Dalam Setahun 3 Kali Gugur Beratnya Dugaan

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 226 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri kehidupan rumahtangga Namun tak semua pasangan yang bernasib baik ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya ada juga yang berhabis ribuan ringgit hanya untuk menda...
Sbenarnya Nak Cari Duit Utk Anak

Sbenarnya Nak Cari Duit Utk Anak

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 253 hits
Masalahnya sini dia hanya tumpu pada jaga penampilan diri saja usaha habiskan duit untuk putih pakaian jenama serta produk komestik semua Ya saya tak kisah min saya tau dia buat suma tu untuk saya tapi saya str3ss min dia tak jaga makan pak...
Ibu Pening Anak Teringin Nak Rambut Biru Tapi Semua Ini Hanya Sementara Daddy Dia Macam Tak Bagi

Ibu Pening Anak Teringin Nak Rambut Biru Tapi Semua Ini Hanya Sementara Daddy Dia Macam Tak Bagi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 321 hits
GENERASI dahulu dan sekarang cukup berbeza Kecanggihan teknologi menjadikan dunia pada masa kini tanpa sempadan Ini secara tidak lansung mended4hkan generasi muda kepada trend budaya malah fesyen yang lebih pelbagai Berkongsi video anaknya ...
Nak Elak Anak Jatuh Sakit Luangkan Masa Buat Perkara Ini

Nak Elak Anak Jatuh Sakit Luangkan Masa Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 240 hits
Ada ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit Pastinya tiada bukan Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat Cara mencegah penyakit Pencegahan penyakit adalah bahagian penting...
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala

Video Gelagat Syed Saddiq Mahu Bella Astillah Lepas Rambut Netizen Terhibur Kenapa Orang Tepi Tu Serius Sangat

Spacex Kongsi Video Eksklusif Kilang Yang Hasilkan 15 000 Starlink Sehari