Amri Yahyah Dedah Rahsia Masih Berbisa Di Usia 40 Tahun


Pada usia yang mencecah 40 tahun, bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah, masih produktif dalam liga tempatan dengan penyudah-penyudah menariknya bersama Sabah FC musim ini.
Amri Yahyah dedah Rahsia masih berbisa di Usia 40 Tahun!
Ketika Amri Yahyah membuat keputusan menyertai Sabah FC pada awal musim, mungkin ramai yang menjangka dia sekadar akan menjadi pelengkap dalam pasukan itu mengambil kira umurnya yang sudah mencecah 40 tahun. P emain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.

Ketika ditanya mengenai rahsianya itu, Amri berkata: "Rahsianya adalah sembahyang lima waktu. Selain itu, jaga pemakanan dan dengar cakap jurulatih. Jika jurulatih cakap duduk, duduk sahajalah, jangan berdiri pula.

"Kalau jurulatih beri 20 minit untuk bermain, mainlah betul-betul dan bukannya main-main.

"Dalam usia 40 tahun ini memang ramai yang mempertikaikan kemampuan saya untuk berlari dan sebagainya tetapi saya mahu membuktikan sesuatu agar semua orang dapat mencontohi apa yang saya buat dan supaya mereka tidak menunggu sehingga berumur seperti saya ini baru hendak 'meletup'.

"Memang bukan semua orang dapat bermain macam saya pada umur macam saya," katanya.

Berkongsi rahsia dia boleh bertahan lama dan kekal beraksi di pentas tertinggi Liga Malaysia kepada Nadi Arena
Tetapi bekas penyerang kebangsaan itu membuktikan dia masih mempunyai kualiti sebagai pemain kesebelasan utama, malah lebih dari itu sentuhan jaringannya juga mencuri tumpuan ramai.

Jika melihat gol kedua jaringannya menerusi tendangan voli akrobatik ketika Sabah FC menewaskan Melaka United, ramai yang akan bersetuju untuk mengatakan prestasi Amri Yahyah tidak melambangkan usianya.

Secara keseluruhannya selepas 13 perlawanan, pemain itu sudah meledak empat jaringan, dan merupakan penjaring tempatan terbanyak dalam saingan Liga Super 2021.

Tahun 2021 adalah tahun ke-21 pemain berasal dari Tanjung Karang ini mewarnai kancah Liga Malaysia, dia bermula dengan Selangor dan menyarung jersi pasukan itu selama 13 musim sebelum berpindah ke Johor Darul Takzim pada 2014.

Bersama JDT, dia menjulang Liga Super sebanyak tiga kali selain menjulang Piala AFC 2015 sebelum berhijrah ke Melaka United pada 2017 dan kembali semula ke Selangor pada tahun yang sama.

Selepas menyarung jersi Selangor selama tiga musim dia berpindah ke Sarawak United sebelum direkrut Sabah FC pada awal musim ini susulan kegagalan pasukan itu mendapatkan khidmat Rozaimi Abdul Rahman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2021/05/amri-yahyah-dedah-rahsia-masih-berbisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cekal Besarkan 6 Anak Oku Walaupun Usia Sudah Menjangkau 70 Tahun

Cekal Besarkan 6 Anak Oku Walaupun Usia Sudah Menjangkau 70 Tahun

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 292 hits
693 total views 693 views today Dungun Di sebalik senyuman mesra yang diberikan warga emas ini ketika menyambut kedatangan Bernama di kediamannya di Kampung Keliyu di sini tersimpan 1 001 kenangan pahit dan manis ketika membesarkan anak ana...
Hiburan Beli Mercedes Benz A180 Amg Scha Elinnea Bangga Miliki Kereta Mewah Di Usia 21 Tahun

Hiburan Beli Mercedes Benz A180 Amg Scha Elinnea Bangga Miliki Kereta Mewah Di Usia 21 Tahun

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 417 hits
Pelakon baru Scha Elinnea meluahkan rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri apabila dia berjaya membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz A18 AMG yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM200 000 pada usia 21 tahun Scha yang dihubungi medi...
Bangga Beli Kereta Mewah Pada Usia 21 Tahun

Bangga Beli Kereta Mewah Pada Usia 21 Tahun

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 411 hits
Scha Elinnea bersama kereta barunya FOTO Instagram Kuala Lumpur Pelakon Scha Elinnea mengakui bangga dengan diri sendiri apabila membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz A180 AMG yang dianggarkan bernilai lebih RM200 000 pada usia 21 tahun ...
Peniaga Barang Hari Raya Masih Terkial Kial Habiskan Stok Tahun Lalu

Peniaga Barang Hari Raya Masih Terkial Kial Habiskan Stok Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 415 hits
SINGAPURA Para peniaga bazar Hari Raya yang tahun lalu terperangkap dengan stok barangan berlebihan dek Circuit Breaker nampaknya mengalami nasib bercampur campur Ada yang masih terkial kial untuk menghabiskan stok Ada pula yang walaupun be...
Pendakwah Terkenal Indonesia Uas Selamat Nikahi Gadis Usia 19 Tahun

Pendakwah Terkenal Indonesia Uas Selamat Nikahi Gadis Usia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 510 hits
Pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Abdul Somad sah bergelar suami kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud hari ini lapor CNN Indonesia Menerusi laman Instagram pendakwah berusia 44 tahun itu berkongsi foto ...
Kurniawan Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun Dia Sangat Efisien Dan Efektif

Kurniawan Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun Dia Sangat Efisien Dan Efektif

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 400 hits
Jadi saya tidak mengatakan bahawa kita bertumpu kepada Amri kerana saya percaya pemain saya Tapi memang Amri ini pemain yang bisa mengubah perlawanan KDY Kurniawan Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun Dia Sangat Efisien Dan Efektif Kurniawan ...
Hiburan Hubungan 11 Tahun Musnah Bekas Teman Wanita Dedah Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena

Hiburan Hubungan 11 Tahun Musnah Bekas Teman Wanita Dedah Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 509 hits
Sakitnya dicurangi begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Syazuwan Hassan selama 11 tahun namun berakhir kerana bekas teman lelakinya itu berlaku curang Wanita yang m...
Sudah Tahun 2021 Masih Bertemu Jodoh

Sudah Tahun 2021 Masih Bertemu Jodoh

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 373 hits
Gambar hiasan Tahun 2020 telah melabuhkan tirai Maka sejarah permulaan tahun 2021 bermula dengan kesederhanaan Tetapi perbahasan tetap sama lagi Kenapa tak kawin lagi Nak jadi bujang terlajak ke Nak jadi anak dara tua ke Itu biasa Nak cari ...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan