Ammar Seolah Faham Dia Tiada Harapan Risau Tengoknya Selalu Termenung


Mohd Ammar Dhani Mohd Azuan, 6, anak lelaki tunggal dari empat orang adik beradik kini semakin sampai ke penghujung perjuangannya bila doktor memaklumkan bahawa dari segi sains dan teknologi perubatan, sudah tiada lagi kaedah yang mampu diusahakan untuk merawat Ammar yang disahkan menghidap kanser darah sejak usianya 2 tahun.
Disebabkan itu, Ammar dibenarkan pulang dan memerlukan sebuah mesin oksigen untuk menyokong sistem pernafasannya.
Kesihatan semakin merosot
Ammar kini semakin lemah. Sebelah tangan dan sebelah kakinya mulai longlai selain pendengarannya yang kian merosot. Matanya juga kelihatan bengkak sebelah. Ini terjadi kerana sel kanser telah merebak ke otaknya.

Mesin bantuan oksigen telah pun selamat ke penerimaan Ammar dan itulah talian hayat Ammar buat masa ini. Tanpa mesin itu, pernafasan Ammar mula tersekat dan bacaan SPO Ammar juga menurun.
Doktor yang datang melawat Ammar di rumah mendapati sebelah paru-paru Ammar sudah tidak berbunyi dan menasihatkan Ammar untuk ke hospital.
Namun dia seakan mengerti. Ammar berkeras enggan ke hospital lagi sejak doktor memaklumkan yang dia sudah tiada harapan lagi.
Cuba penuhi segala permintaan Ammar
Dalam saat terakhir ini kedua ibu dan ayah Ammar berusaha memenuhi apa saja permintaan dan hajat anak kecil ini. Maka itu permintaan Ammar untuk tidak ke hospital juga dipenuhi.
Ammar sudah hilang selera makan. Baru-baru ini, Ammar menyatakan hajat teringinkan buah durian. Ayah Ammar berusaha mencari durian yang dihajatkan. Sekarang bukanlah musim durian tetapi alhamdulilah, rezeki Ammar dapat juga buah durian. Tetapi Ammar hanya makan seulas saja.
Ammar minat sekali dengan robot tranformers. Dulu ibu dan ayah tidak mampu belikan sangat sebab berapalah pendapatan ayah. Tapi kini semua itu bukan lagi alasan. Yang penting, senyuman di wajah Ammar yang kian hilang itu terukir kembali.
Kerap termenung
Kebelakangan ini Ammar kelihatan banyak termenung. Takut sekali kedua ibu dan ayah hendak bertanya apa yang difikirkan Ammar. Takut kelak hancur hati mendengar jawapan dari Ammar.

Sedekah Jumaat permudahkan urusan Ammar
Alhamdulillah dengan wang hasil sumbangan Sedekah Jumaat yang dikumpulkan sebelum ini, membolehkan kita membayar harga mesin bantuan oksigen untuk Ammar.
Kita juga menyerahkan sejumlah wang tunai buat kedua ibu dan ayah Ammar bagi mempermudahkan segala urusan mereka ke atas Ammar dalam meniti hari-hari terakhirnya termasuklah memenuhi apa saja kehendaknya. Sumbangan itu disambut dengan linangan air mata oleh kedua pasangan muda itu.
Sebelum sakitnya tiba-tiba menyerang pada 9 November lalu, Ammar ada meminta dibelikan pelampung. Dia berhajat sangat untuk mandi di kolam dengan menggunakan pelampung itu.
Bagi memenuhi hajatnya, Ammar dan keluarga akan diberi peluang untuk berehat selama tiga hari dua malam di sebuah hotel yang ada kolam mandi di dalam bilik. Inilah saja yang mampu kita lakukan utk menggembirakan hati si anak kecil yang hebat diuji ini.
Mudah-mudahan ia akan terpahat sebagai salah satu kenangan terindah buat keluarga ini.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah berkati dan rahmati kalian semua.
Ke hadrat Illahi kita panjatkan doa, semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Ammar dan semoga Allah angkat seluruh kesakitan dari tubuh kecil ini serta permudahkan segala urusan ke atasnya.
Kredit: Natipah Abu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Ammar Seolah Faham Dia Tiada Harapan. Risau Tengoknya Selalu Termenung” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ammar-seolah-faham-dia-tiada-harapan-risau-tengoknya-selalu-termenung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Selalu Rasa Hebat Tapi Kini Saya Berasa Semakin Kecil Ramai Risau Dengar Luahan Gu Hyesun

Saya Selalu Rasa Hebat Tapi Kini Saya Berasa Semakin Kecil Ramai Risau Dengar Luahan Gu Hyesun

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 284 hits
Kini kembali aktif dalam dunia seni ramai yang menganggap bahawa Gu Hye sun sudah pun membuka lembaran hidup baru selepas penceraiannya dengan Ahn Jae hyun Dalam rancangan Point Of Omniscient Interfere yang ditayangkan baru baru ini ia tela...
Ydp Selalu Sebut Faham Tapi Sebenarnya Tak Faham Anwar

Ydp Selalu Sebut Faham Tapi Sebenarnya Tak Faham Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 264 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mempersoalkan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab menteri dalam sesi penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan Kata Anwar ia menyebabkan beberapa soalan ahli parlimen tidak dapat dija...
Risau Sakit Lama Amalan Sepanjang Hamil Doa Mudah Bersalin Ini Boleh Amalkan

Risau Sakit Lama Amalan Sepanjang Hamil Doa Mudah Bersalin Ini Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 605 hits
Apabila diri disahkan hamil tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut seorang ibu kecuali Alhamdulillah Tanpa sedar air mata kegembiraan ini mengalir secara tiba tiba Lagi lagi yang memang dah menantikannya Namun fasa setiap kehamilan dan ...
Jadi Ibu Kena Selalu Sihat

Jadi Ibu Kena Selalu Sihat

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 270 hits
Esok pagi ai kena sihat juga lah nampaknya ni Kasihan anak3 kalau mamanya tak sihat Bila difikir balik syukur lah anak3 dah besar Time mereka kecik2 dulu demam2 pun Mama terpaksa sihat untuk mandikan mereka dan sebagainya Sekarang yg paling...
Jika Jumlah Ini Muhyiddin Harus Risau

Jika Jumlah Ini Muhyiddin Harus Risau

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 164 hits
HorasAdakah Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia pada hari Khamis hadapan 26 November ini atau adakah beliau akan menjadi perdana menteri dengan penggal terpendek dalam sejarah negara Dia tidak akan menjadi p...
Penternak Tidak Lena Tidur Risau Haiwan Ternakan Lemas Akibat Banjir

Penternak Tidak Lena Tidur Risau Haiwan Ternakan Lemas Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 262 hits
BernamaSebahagian rumah di Kampung Gadek di sini dinaiki air ekoran banjir yang melanda berikutan hujan lebat sejak malam tadi BERNAMA ALOR GAJAH Dah beberapa malam sejak musim tengkujuh tidur saya tidak lena Risau banjir berlaku pada waktu...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti