Americano Atau Long Black Kenali Kopi Yang Anda Minum
Peminat cerita Korea mesti dah biasa dengan scene setiap kali pegi kafe, mesti pelakon akan order air Americano kan. Sedap sangat ke americano tu? Kalau tengok dalam gambar macam tak menggiurkan pun sebab dia cuma kopi yang dimesin dan air. Mesti pahit
Bagi peminat kopi pula, korang mesti dah tau macam mana nak bezakan latte, mocha, americano, long black dan pelbagai lagilah yang ada dekat pasaran sekarang. Bagi Juju pula, Juju sukakan kopi yang pahit. Macam street coffee dekat Vietnam tu ha. Boleh bau biji kopi yang dipanggang dekat air yang Juju minum tu. memang lain betul rasa dia
Tapi harini Juju tertarik nak share dengan korang pasal kopi
KUMPULAN KOPI
Terdapat 3 kumpulan utama menu kopi iaitu :➱Black Coffee – Kopi yang disediakan tanpa campuran susu, krim atau syrup
➱Milk Based Coffee – Kopi yang disediakan dengan campuran susu bagi menghasilkan aroma kopi yang lebih berlemak
➱Iced / Cold Coffees – Kopi yang disediakan sejuk sama ada diseduh dengan sejuk atau ditambah ais
Okeh, jom kita kenal satu-satu pula.
JENIS KOPI HITAM (BLACK COFFEE)Menu kopi dalam kumpulan black coffee kandungan kafeinnya lebih kuat membuatkan ia paling sesuai diminum pada waktu pagi atau bagi menghilangkan mengantuk
i) EspressoEspresso ialah kopi pekat yang dihasilkan daripada biji kopi yang disteam pada tekanan yang tinggi. Disebabkan ia sangat pekat, espresso hanya akan disediakan dalam cawan kecil 30 ml. Disebabkan kepekatannya, espresso sering digunakan sebagai base kepada minuman lain seperti Americano
Pertama kali Juju nampak kopi ni masa tengok cerita Vicenzo. Kalau korang pun perasan Song Jong Ki suka minum guna cawan kecil tu kan. Essenso lah dalam tu. Pahit yakmat
ii) DoppioDoppio pula bermaksud dua kali ganda dalam bahasa Itali. Dalam dunia kopi, ia bermaksud espresso double shot atau 2 sukatan espresso. Doppio juga disediakan dalam cawan kecil seperti espresso
Tak tergambar pahitnya minum doppio ni. Peminat hardcore kopi je yang boleh telan air ni
iii) AmericanoAmericano pula dihasilkan dengan mencampurkan air panas pada espresso bagi mendapatkan secawan kopi panas. Americano juga boleh disediakan secara sejuk dengan menambah ais. Kalau tengok sekali imbas macam kita minum kopi o je. Cuma nak nampak ekslusif sikit jadilah americano
Jangan pula korang minta americano dekat warung Pak Jabit. Naya kena kejar dengan Pak Jabit nanti. Okeh, ni gurau je
iv) Long BlackSama ada espresso atau air panas yang dituang dahulu, ada bezanya tau! Americano dibuat dengan mencampurkan air panas pada secawan espresso, Long Black pula dibuat dengan mencampurkan espresso pada secawan air panas
Lapisan espresso yang kekal di permukaan ataslah yang membuatkan Long Black rasanya lebih pekat berbanding Americano
PILIHAN KOPI SUSU (MILK BASED COFFEE)Juju percaya sangat ramai yang sukakan kopi susu. Ditambah pula sekarang ni ada macam-macam jenis kafe hipster. Lepas tu korang pun sedap je nak tambah whipped cream lah, extra caramel lah dan macam-macam topping semua ada
Antara menu milk based coffee yang popular di café ialah :
i) Flat WhiteFlat White tidaklah sama seperti White Coffee. Sebaliknya, Flat White disediakan dengan mencampurkan espresso dengan steamed milk. Rasa espresso masih mendominasi Flat White dengan susu menambahkan lagi rasa berkrim pada secangkir kopi ini
Yang ni pilihan Juju kalau nak order kopi. Juju suka rasa krim tu light-light je
ii) CappucinoCappucino juga mengandungi espresso dan susu. Namun, apa yang membezakannya ialah Cappucino mengandungi 1/3 espresso, 1/3 foamed/frothed milk dan 1/3 steamed milk. Sesetengah café juga menyediakan Cappucino dengan krim berbanding susu
iii) MacchiatoSecara ringkasnya, macchiato ialah espresso shot yang ditambah dengan sedikit susu. Seperti Doppio, macchiato juga dihidangkan di dalam cawan espresso yang kecil
iv) Caffè LatteCaffè Latte atau Latte pula ialah milk based coffee dengan kandungan susu paling tinggi antara semua jenis milk based coffee tetapi masih mengekalkan rasa espresso yang kuat
Sering disamakan dengan Flat White, Latte sebenarnya mempunyai lebih banyak kandungan foamed milk berbanding Flat White
Latte juga lebih popular kerana sering dikaitkan dengan latte art yang sangat cantik dilukis menggunakan foamed milk di atas permukaannya
v) Mochacchino / MochaMochaccino atau mocha ialah sejenis minuman daripada variasi Caffè Latte yang mengandungi double shot espresso, foamed milk, dan perisa tambahan seperti cocoa powder atau chocolate syrup
Rasanya yang tidak terlalu pahit menjadikan ia sesuai untuk yang baru berjinak-jinak untuk minum kopi
PILIHAN JENIS KOPI SEJUK (ICED / COLD COFFEE)Iced coffee pula sesuai bagi yang sukakan aroma kopi dengan rasa sejuk yang menyegarkan. Ada dua cara membuat iced coffee iaitu diseduh secara sejuk (cold brew) atau dibuat secara panas kemudian ditambah dengan ais, susu sejuk atau ais krim
i) Cold Brew CoffeeCold brew dibuat dengan mencampurkan air sejuk yang dicampurkan dengan serbuk kopi dan dibiarkan semalaman. Sesetengah café menjual cold brew coffee di dalam botol kaca. Cold brew coffee juga diminati ramai kerana kadar kafeinnya yang lebih rendah
ii) FrappeFrappe mengandungi serbuk kopi, ais, susu dan gula yang diblend dan ditambah whipped cream di atasnya. Frappe tidaklah sama dengan Frappucino yang dijual di Starbucks
Berbanding Frappe yang dibuat hanya menggunakan kopi sebagai asas, Frappucino Starbucks pula boleh dihasilkan daripada pelbagai base lain seperti coklat, vanilla, matcha dan sebagainya
iii) AffogatoAffogato pula sifatnya lebih kepada pencuci mulut berbanding minuman. Ia diperbuat daripada aiskrim vanilla yang dituang dengan espresso
Yang ni Juju tak pernah jumpa lagi. Kena try lah kalau jumpa dekat kafe nanti
KESIMPULANSo, korang suka yang mana? Juju suka flat white dan mocha. Rasa kopi pahit campur dengan manis coklat tu memang mesra sangat. Pahit dapat, manis pun dapat. Kadang-kadang tak keruan kalau sehari tak kena kopi
Ha, nak minum tu boleh. Kopi ni sebenarnya ada banyak kebaikan. Tapi kalau korang campur dengan gula dah hilang dah kebaikan kopi tu.
Sumber rujukan: SIRAPLIMAU
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kasihjuju.com/2023/06/beza%20americano%20dan%20long%20black.html