Amelia Henderson Bahagia Hidup Solo



PERJALANAN yang ditempuh pelakon Amelia Henderson selepas episod kegagalan dalam perkahwinan pada 2018 bukan satu perkara yang mudah untuk dihadam sekelip mata.
Namun, kematangan wanita berusia 26 tahun itu dalam mendepani setiap dugaan hidup perlu dipuji kerana berjaya keluar daripada segala perasaan duka dan kecewa.
Siapa sangka, jelitawan berdarah campuran Sri Lanka-Scotland itu kini bahagia melayari kehidupan solonya tanpa komitmen atau berdepan tekanan hidup.
"Saya seronok melayari kehidupan sekarang sebab saya tak perlu nak fikir apa-apa masalah. Lagipun jadual kerja saya sentiasa padat dan ada saja perancangan baharu yang saya ingin lakukan.
"Masa yang terluang saya isi dengan perkara yang menyeronokkan seperti membuat panggilan video dengan rakan-rakan, bermain TikTok serta meluangkan waktu bersama keluarga.
"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tiada sedikit pun perasaan sunyi. Saya ada kawan-kawan yang sangat menyokong dan akan memastikan saya berada dalam keadaan yang baik.
"Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ada sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki. Saya selasa dengan kehidupan solo ini," katanya.
Mengakui kehidupan yang dinikmati kini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang daripada orang sekeliling, Amelia juga seronok menyusun waktu terluang dengan melakukan perkara berfaedah.
Terbaharu, Amelia mula terbabit dengan aktiviti melukis sekiranya ada waktu terluang.
Biarpun melukis bukan minat utamanya, namun sejak arwah bapanya meninggal dunia tiga tahun lalu, dia cuba mengikuti jejak langkah bapanya itu.
"Sebenarnya saya tak pernah minat melukis, tapi sejak ayah meninggal tiga tahun lalu saya cuba belajar perlahan-lahan. Ayah saya sebelum ini adalah arkitek dan dia sangat pandai melukis.
"Melihat hasil lukisannya yang hebat, saya dapat inspirasi dan sekarang cuba belajar. Saya percaya dengan cara ini saya akan rasa dekat dengannya walaupun dia sudah tiada. Saya juga suka melukis setiap kali saya 'stress', ia akan membantu saya jadi lebih tenang," katanya.
Amelia turut berkongsi hasil karya lukisannya akaun Instagram khas iaitu artmeliath.
"Sejujurnya saya tiada perancangan untuk menjual lukisan yang saya buat. Saya belum rasa cukup berbakat untuk melukis. Saya akui kena banyak lagi berlatih dan membuat lukisan yang pelbagai sebelum nak fikir ke arah itu," katanya.
Seronok jadi sukarelawan di PPV
Biarpun kerjaya seninya terdedah dengan populariti dan glamor, namun Amelia tetap merendah diri dan mahu berbakti kepada masyarakat.
Baru-baru ini, Amelia berkhidmat membantu negara menangani penularan virus Covid-19 selepas berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Amelia berkata, dia menganggap pengorbanan kecilnya itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilakukan bersama-sama petugas barisan hadapan berjuang menghapuskan virus Covid-19 yang semakin meruncing ketika ini.
"Mulanya ada kenalan di PPV UKM ajak saya untuk jadi sukarelawan di sana. Sebaik saya tiba, ada pula kawan-kawan artis yang turut sama berbakti dan menghulurkan bantuan.
"Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana ini adalah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu menangani Covid-19.
"Saya bakal mendapat dos kedua vaksin pada 14 Julai ini. Saya akan meneruskan aktiviti sukarelawan dengan lebih kerap jika diberi peluang lagi. Saya tahu yang PPV sekarang ini tidak cukup tangan. Mereka memerlukan bantuan untuk menguruskan proses pemberian vaksin," katanya.
Kata Amelia, ketika menjadi sukarelawan dia cuba mengambil peluang untuk menenangkan orang ramai yang hadir untuk menerima vaksin.
"Saya sangat menyokong pengambilan vaksin kerana langkah ini dapat membantu negara untuk kembali pulih.
"Jadi, saya akan pastikan rakan-rakan dan ahli keluarga wajib mengambil vaksin. Malah, ketika di PPV pun, saya cuba tenangkan orang ramai yang menunggu giliran kerana mereka kelihatan takut dan bimbang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Amelia tidak sabar untuk kembali menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Kisah Cinta Kita yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/07/amelia-henderson-bahagia-hidup-solo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lebih Selesa Hidup Solo Belum Fikir Nak Ada Komitmen Amelia Henderson

Hiburan Lebih Selesa Hidup Solo Belum Fikir Nak Ada Komitmen Amelia Henderson

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 314 hits
Kegagalan dalam perkahwinan pada tahun 2018 bukan suatu perkara yang mudah pelakon jelita Amelia Henderson untuk melupakannya dengan sekelip mata AdvertisementNamun kematangan yang ditunjuk oleh pelakon tersebut dalam menghadapi segala duga...
Hiburan Tinggal Kondo Mewah Kerana Ingin Hidup Bersama Mentua Niena Baharun Akui Lebih Bahagia

Hiburan Tinggal Kondo Mewah Kerana Ingin Hidup Bersama Mentua Niena Baharun Akui Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 250 hits
Pelakon Datin khabarnya kini selesa dan gembira apabila dapat tinggal serumah dengan mentua berbanding tinggal hidup berempat di kondominum mewah Ujar Niena dia telah tinggal bersama keluarga suaminya itu sejak berkahwin pada tahun 2018 yan...
Dsv Bahagia Hidup Dengan Anak Anak Dari Kahwin Biawak Hidup

Dsv Bahagia Hidup Dengan Anak Anak Dari Kahwin Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 332 hits
Hampir empat tahun bercerai jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui kini hidup selesa bersama anak anak meskipun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi Kata Vida lagi lebih membimbangkan jika bertemu dengan pasangan yang salah terut...
Orang Mati Masuk Keranda Boleh Hidup Kembali

Orang Mati Masuk Keranda Boleh Hidup Kembali

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 290 hits
Nenek tua yang berumur 101 tahun ini hidup lagi dari kematian setelah ia dimasukan ke dalam keranda kejadian ini membuat keluarga dan orang yang menghadiri pengebumian menjadi heboh dan terkejut Nenek tua asal China yang bernama Peng Xiuhua...
Luncurkan Video Musik Berisik Dere Gambarkan Bagaimana Manusia Semestinya Hidup

Luncurkan Video Musik Berisik Dere Gambarkan Bagaimana Manusia Semestinya Hidup

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 377 hits
Melalui video musik ini Dere menegaskan kepada pendengar bahwa melanjutkan peradaban bisa dilakukan tanpa mengganggu kelangsungan alam
Sayu Terpaksa Gadai Cincin Kahwin Hilang Kerja Sejak Puasa Sengsaranya Hidup Mengenang Nasib

Sayu Terpaksa Gadai Cincin Kahwin Hilang Kerja Sejak Puasa Sengsaranya Hidup Mengenang Nasib

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 257 hits
Keadaan semasa semakin menghimpit kita semua Tidak dinafikan ramai di luar sana yang sudah jatuh terduduk apabila mengenang nasib akan datang yang tidak pasti Rata rata mereka sedang penat menghadapi dugaan hidup
Cucu Tipu Nenek Selama 20 Tahun Bahawa Anaknya Masih Hidup

Cucu Tipu Nenek Selama 20 Tahun Bahawa Anaknya Masih Hidup

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 253 hits
Hanya kerana mahu menjaga hati seorang wanita dari negara China yang dikenali dengan nama Cheng Jing terpaksa menipu neneknya tentang kematian anak perempuannya Lebih menyedihkan apabila hasrat wanita itu untuk bertemu dengan anak tunggalny...
Agenda Awani Endemik Hidup Bersama Covid 19

Agenda Awani Endemik Hidup Bersama Covid 19

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 230 hits
Epidemik pandemik endemik Apa perbezaan ketiga tiga terma ini Bersediakah Malaysia menuju ke arah endemik Diskusi Nazri Kahar bersama Prof Datuk Dr Syed Mohamad Aljunid Syed Junid Pakar Kesihatan Awam SUB
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu