Ambrin Arah Semua Salinan Dilupus Kecuali Satu Disimpan Salwani


 Hidir Reduan Abdul Rashid & Hariz Mohd
   
KES PINDA AUDIT 1MDB | Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau mengarahkan semua salinan laporan audit asal 1MDB dilupuskan kecuali satu salinan.

Beliau berkata salinan yang tidak dimusnahkan itu bagi membolehkan pegawainya Nor Salwani Muhammad, yang merupakan penyelaras bagi laporan itu, menyimpannya.

Beliau berkata laporan asal, di mana 60 salinan telah dicetak, tidak lagi boleh digunakan kerana ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mahukan perubahan dibuat.

"Selepas perbincangan dengan Arul Kanda, pasukan audit meminta kebenaran saya tentang perubahan yang boleh dibuat berdasarkan justifikasi bahawa ia telah diteliti.
 "Oleh itu, laporan audit 1MDB Jabatan Audit Negara (JAN) yang sudah dicetak tidak lagi boleh digunakan kerana perubahan.

"Saya mengarahkan semua laporan audit 1MDB yang sudah dicetak untuk dilupuskan kecuali satu yang disimpan Nor Salwani," katanya semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya,
Rozaliana Zakaria dalam kes perbicaraan Perdana Menteri Najib Razak dan Arul Kanda melibatkan pindaan audit 1MDB.
Ambrin menegaskan beliau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan itu walaupun dokumen itu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

"Saya telah terima certification di bawah undang-undang. Peraturan bawah OSA, anda perlu dapatkan pensijilan dokumen pemegang OSA. Jadi saya boleh mengendalikan, menyimpan untuk kegunaan dalaman," katanya.

Salinan tunggal laporan 1MDB yang asal dan tidak dilupsukan itu dijadikan sebagai bukti utama dalam perbicaraan itu.

Ambrin berkata perubahan kepada laporan audit itu dibuat berikutan maklum balas Arul Kanda dalam dua mesyuarat sebelumnya, pertama dengan Najib pada 22 Feb 2016 dan satu lagi pada 24 Feb 2016 dengan Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan beberapa pegawai kerajaan lain.

"Mesyuarat (pada 24 Feb) memberi tekanan pada JAN untuk mempertimbangkan pendengaran atau menerima maklum balas yang diberikan oleh pengurusan 1MDB walaupun tempoh masa yang panjang sudah diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata laporan audit asal itu tidak mengandungi maklum balas 1MDB kerana syarikat itu tidak pernah memberi maklum balas atas permintaan tersebut.

Dalam pertemuan itu, yang hadir ialah Ali, Arul, Setiausaha sulit kanan kepada Ali, Norazman Ayob,
Dzulkifli Ahmad yang mewakili Jabatan Peguam Negara ketika itu,Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Isa Hussain, wakil Kementerian Kewangan Asri Hamidon, dan Setiausaha Sulit Najib, Shukry Mohd Salleh.

Dzulkifli Ahmad dilantik mengetuai SPRM lima bulan kemudian.
Ambrin, yang dipanggil oleh Ali, berkata beliau membawa seluruh pasukan audit 1MDB ke mesyuarat di pejabat Ali tetapi hanya dua individu - Ambrin dan Saadatul Nafisah - dibenarkan masuk.

"Ahli-ahli lain pasukan audit 1MDB terpaksa tunggu di luar bilik mesyuarat dengan dokumen mereka dan kertas kerja," katanya.

Ambrin, yang kemudiannya disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram, juga mempertahankan langkah Salwani meletakkan perakam suara dalam bekas pensil Saadatul sebelum dia masuk ke mesyuarat itu.

Gopal bertanya Ambrin jika perbuatan itu merupakan pelanggaran tatalaku.

Namun Ambrin berkata perakam itu untuk membantu Salwani, yang merupakan penyelaras audit, mengambil nota kerana dia tidak dibenarkan masuk ke mesyuarat berkenaan.

"Dia tidak langgar kerana dia boleh mengambil nota - untuk kegunaan dalaman (JAN)," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/ambrin-arah-semua-salinan-dilupus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Mak Mertua Yang Baik Pun Satu Rezeki Bukan Semua Menantu Dapat Rasa

Dapat Mak Mertua Yang Baik Pun Satu Rezeki Bukan Semua Menantu Dapat Rasa

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 432 hits
Perkahwinan menjadi satu fasa yang sangat bermakna dalam kehidupan seseorang walau pelbagai dugaan yang perlu ditempuh untuk mengekalkannya Sebelum sampai ke fasa itu setiap pasangan sudah semestinya perlu mengenali satu sama lain dengan me...
Seperti Bbm Bos Bulog Ingin Ada Beras Satu Harga

Seperti Bbm Bos Bulog Ingin Ada Beras Satu Harga

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 206 hits
Direktur Utama Perum Bulog Budi Waseso optimis beras sebagai komoditas pangan utama masyarakat Indonesia bisa satu harga seperti Bahan Bakar Minyak yang sukses satu harga pula di seluruh wilayah termasuk Papua
Penggunaan Ubat Cacing Satu Keperluan Atau Kemestian

Penggunaan Ubat Cacing Satu Keperluan Atau Kemestian

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 234 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bilakah kali terakhir anda mengambil ubat cacing Mesti ramai yang mengaku pernah mengambil ubat cacing semasa kanak kanak Penggunaan ubat cacing adalah perkara yang lazim dalam kalangan kanak kanak berban...
Kapal Elisa Putri Terhempas Di Pantai Sancang Satu Nelayan Hilang

Kapal Elisa Putri Terhempas Di Pantai Sancang Satu Nelayan Hilang

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 387 hits
Kapal nelayan tersebut diketahui hendak berlabuh Namun karena kondisi cuaca buruk kapal itu terhembas Posisi perahu yang melintang sehingga arus gelombang menerpa badan perahu
Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 465 hits
Keputusan PRK Tg Piai memang memeranjatkan semua pihak sama ada kerajaan mahu pun pembangkang sendiri Apa yang ramai tak sedari ialah keputusan PRK Tg Piai membuatkan baik Dr Mahathir mahu pun Lim Kit Siang semakin terdesak untuk mencantas ...
Tolak Uji4n Dna Menurut Sumber Istana Tapi Rihana Oksana Tepis D4kwaan Itu Dengan Satu Bukti

Tolak Uji4n Dna Menurut Sumber Istana Tapi Rihana Oksana Tepis D4kwaan Itu Dengan Satu Bukti

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 685 hits
Sumber istana hari ini memberitahu p0rtal berita DailyMail UK bahawa model Russia Rihana 0ksana Petra 27 yang engg n menjalankan ujian DNA seperti dikehendaki mantan suaminya Sultan Muhammad V dan bukan sebaliknya Tolak Uji4n DNA Menurut Su...
Google Site Kit Wordpress Plugin Analisa Website Dalam Satu Tampilan

Google Site Kit Wordpress Plugin Analisa Website Dalam Satu Tampilan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 297 hits
Merasa penasaran Blogger Borneo langsung mencari informasi mengenai fitur Google Site Kit ini Salah satu referensi informasi diperoleh dari laman website centerklik com Dalam salah satu postingannya yang berjudul Penjelasan dan dijelaskan s...
Simpan Satu Sebagai Kenangan Semasa Mengandung

Simpan Satu Sebagai Kenangan Semasa Mengandung

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 400 hits
Simpan satu sebagai kenangan semasa mengandung Jenis yang tak suka bergambar sebenarnya Ina ni Tetapi bila dah bersalin mula lah terasa ohh ruginya tak ambil gambar semasa mengandung 3 orang anak sebelum ni semasa mengandung memang takde sa...
Aplikasi Anak2u Versi Terbaru Satu Sistem Pengurusan Tadika Taska

Aplikasi Anak2u Versi Terbaru Satu Sistem Pengurusan Tadika Taska

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 778 hits
Sekejap jer masa berlalu pejam celik pejam celik dah nak masa setahun dah tahun 2019 dan beberapa hari lagi akan masuk tahun 2020 Usia Seri Wangi pun dah meningkat dalam ketegori warga Emas haaaaa Jom kita berperibahasa dulu sebelum Seri Wa...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid