Amboi Dah Jadi Model Dr Amalina Syukur Tengok Perkembangan Si Comel Ainul
Buah hati rakyat Malaysia yang viral tahun lepas, Ainul Mardhiah kini semakin sihat membesar. Si comel ini sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak dari awal kisahnya disiarkan sehinggalah kini.
Terbaru Pa&Ma berkesempatan menemui Ainul dan keluarganya untuk shooting cover edisi khas anak istimewa. Untuk edisi kali ini sisi hidup adik Ainul akan dikongsikan dari kedua ibu bapanya sejak Ainul disahkan sakit sehinggalah perkembangan terbarunya sekarang.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia dah tahu kesakitan yang Ainul lalui kerana menghidap Germ Cell Tumor sejak dia dilahirkan siapa sangka ada rezeki Ainul di sebalik kesakitannya itu.
Ketika tumor tersebut semakin membesar semasa usianya 9 bulan, kisah Ainul ini telah mendapat perhatian daripada Dr Nur Amalina Che Bakri.
Dr Amalina dianggap wira oleh rakyat Malaysia kerana melalui dialah Ainul berjaya menemui pakar perubatan di London untuk melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram yang berada dalam mulutnya.
Kini setelah 8 bulan Ainul berjaya membuang tumor tersebut, perkembangan Ainul dari sehari ke sehari semakin positif dan sangat baik.
Memandangkan ada beberapa step yang Ainul delay sebelum ini kerana kesakitannya itu, dia kini sedang dalam proses untuk belajar bersama terapis dan banyak perkara baru dah mula dipelajarinya.
Ainul dah pandai salam, bye-bye dan nak ajak orang main. Paling kagum dengan Ainul dia tak banyak ragam dan mudah dijaga.
“Amboi, Ainul dah jadi model…”
Apa yang membuatkan buah hati rakyat Malaysia ini menjadi perhatian selepas shooting cover Pa&Ma in, Dr Amalina telah memberi maklum balas positif di twitternya.
Dia yang banyak membantu Ainul sepanjang berada di London tak sangka rezeki si comel ini. Dengan memuat naik caption “Amboiii, Ainul dah jadi model” jelas nampak kegembiraannya setelah berjaya memberi sinar baru dalam hidup Ainul.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh walid dan mama Ainul melalui laman Instagram mereka. Semua kisah adik Ainul Mardiah bakal menemui pembaca sempena edisi istimewa Pa&Ma pada bulan April nanti.
Terima kasih Dr Amalina!
Disebabkan perkongsian dan kata-kata Dr. Amalina tersebut, ramai netizen yang tak putus-putus mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu dan berusaha untuk mengembalikan keceriaan si comel ini dan keluarganya.
Sumber: Twitter Dr Amalina.
The post “Amboi Dah Jadi Model.” Dr Amalina Syukur Tengok Perkembangan Si Comel Ainul appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/amboi-dah-jadi-model-dr-amalina-syukur-tengok-perkembangan-si-comel-ainul/