Ambil Iktibar Tapi Orang Politik Mana Faham Kan


“Ambil iktibar atas apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16”

Beberapa penganalisis politik yang dihubungi Bernama berkongsi pandangan yang sama apabila diajukan soalan, sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih mahu diadakan dalam tempoh terdekat

Kata-kata mereka itu sudah tentunya menjurus kepada perkembangan mutakhir penularan kes positif COVID-19 di negara ini

Semalam Isnin 5 Oktober, Malaysia mencatat sebanyak 432 kes baharu COVID-19 (429 kes penularan tempatan dan 3 kes import), angka tertinggi sejak wabak koronavirus itu melanda negara ini. Jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept , setakat ini sebanyak 235 kes

Trend peningkatan tiga angka kes baharu ini sudah tentunya mencemaskan rakyat khususnya. Untuk rekod, kes baharu COVID-19 semakin ketara tinggi sejak beberapa hari lalu, iaitu seperti berikut:- 293 kes (4 Okt), 317 kes (3 Okt), 287 kes (2 Okt), 260 kes (1 Okt),
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah pada sidang media Jumaat 2 Okt 2020 berkata trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khuatiri dan peringatkan semua pihak

Beliau juga mengingatkan jumlah kes positif baharu tertinggi 287 yang dicatat pada 2 Okt itu meletakkan Malaysia di peringkat awal gelombang ketiga penularan COVID-19 di Malaysia

Angka tertinggi pernah dicatat sebelum ini adalah pada 4 Jun lepas iaitu sebanyak 277 kes baharu dan penularan dalam kalangan warganegara tempatan hanya empat, berbanding dengan kes-kes yang direkod akhir-akhir ini


Utama kebajikan rakyat
Meskipun peningkatan kes yang berlaku ketika ini bukanlah semata-mata berpunca daripada mereka yang pulang dari PRN di Sabah, namun setiap anggota masyarakat terutama pemimpin politik diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan umum

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata golongan itu perlu bersikap rasional dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan berbanding agenda politik masing-masing

“Mengadakan pilihan raya apatah lagi PRU15 dalam tempoh terdekat ini hanya akan mengundang pelbagai risiko walaupun garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kempen dan proses pengundian ditetapkan

“Walaupun PRN Sabah bukanlah satu-satunya penyebab kepada berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang kembali menjadi kerisauan rakyat, namun tidak boleh dinafikan terdapat penularan kes yang berlaku disebabkan mereka yang terlibat dengan PRN berkenaan,” katanya kepada Bernama

Beliau menambah, kos perbelanjaan untuk PRU15 juga antara yang perlu diambil kira lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berhadapan bebanan kewangan yang wujud disebabkan pandemik ini

“Tekanan kewangan yang wujud akibat pandemik ini menuntut perbelanjaan yang lebih berhemah. Peruntukan perlu disalurkan antaranya menjaga kebajikan rakyat dan merancakkan kembali aktiviti ekonomi domestik negara,” katanya

Negara belum 'bersedia'
Mengulas perkara sama, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kes-kes tinggi COVID-19 yang melanda negara ketika ini menunjukkan negara ‘belum bersedia’ untuk berhadapan PRU15

Ini kerana, katanya, sebarang pilihan raya akan menyaksikan rakyat dan pemimpin ‘turun padang’, berhimpun dan berkempen untuk parti masing-masing di samping akan berlakunya pergerakan rentas negeri dan sempadan bagi tujuan pengundian

“Penjarakan fizikal dan mengelakkan bersentuhan antara satu sama lain adalah merupakan perkara yang amat sukar untuk dilakukan terutama ketika menjalankan aktiviti kempen pilihan raya. Kegagalan melaksanakannya akan mendedahkan masyarakat kepada penularan pandemik COVID-19. Itu belum diambil kira SOP-SOP lain yang turut diabaikan

“Setiap anggota masyarakat harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada PRN Sabah baru-baru ini. Bukan sahaja mereka yang terlibat berkempen yang dijangkiti pandemik ini, bahkan ahli keluarga terdekat dan orang sekeliling turut menerima akibatnya terutama apabila terdapat golongan yang mementingkan diri dan tidak melaksanakan kuarantin kendiri

“Untuk itu, PRU15 wajar ditangguhkan ke suatu tarikh yang ketika itu negara dan keselamatan rakyat dapat dipastikan dalam keadaan baik dan terkawal daripada krisis pandemik COVID-19,” tegasnya

Sudut perlembagaan
Dalam pada itu, menyentuh dari aspek perlembagaan, Nik Ahmad Kamal berkata selagi Parlimen tidak dibubarkan maka tidak timbul isu mengenai PRU15, walaupun ada pihak yang sengaja membangkitkan isu berkenaan

Beliau menjelaskan, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen (sekiranya beliau telah hilang majoriti di Dewan Rakyat), maka Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen atau tidak

Jika Baginda membubarkan Parlimen, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Parlimen dibubarkan, mengikut peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan

“Sungguh pun begitu, bagi mengelakkan berlakunya PRU, maka krisis politik adalah perkara utama yang perlu dielakkan kerana ia boleh membawa kepada pembubaran Parlimen

“Setiap ahli dan parti politik hendaklah mengambil kira kesan pembubaran Parlimen (sekiranya berlaku) ketika pandemik COVID-19 masih dalam keadaan tidak menentu dengan jumlah kes yang semakin meningkat

“Jadilah pemimpin yang matang… sebarang agenda gerakan parti politik yang boleh menyebabkan Parlimen terbubar perlu difikirkan dengan lebih mendalam demi kepentingan rakyat dan negara terutama ketika negara sedang fokus berjuang menentang pandemik ini,” katanya

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/10/ambil-iktibar-tapi-orang-politik-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tapi Laporan Diserah Kan Semula

Tapi Laporan Diserah Kan Semula

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 174 hits
ADAKAH TINDAKAN INI BERTENTANGAN DENGAN HASRAT RAKYAT Norman RadzuanKes Takiri simple je sebenarnya Kenapa tidak kuarantin tapi siasatan berlanjutan berbulan kerana yang sukar dalam siasatan terhadapnya adakah dia manusia atau burung hud hu...
Politik Sabah Masih Tidak Stabil Shafie

Politik Sabah Masih Tidak Stabil Shafie

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 211 hits
Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan keadaan politik di negeri ini masih tidak stabil walaupun Pilihan Raya Negeri sudah selesai semalam Ditanya pemberita sama ada beliau masih berharap dapat membentuk kerajaan...
Tak Campur Hal Politik Tengku Zafrul Tenang Luang Masa Dengan Anak2

Tak Campur Hal Politik Tengku Zafrul Tenang Luang Masa Dengan Anak2

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 248 hits
Ketika barisan kepimpinan negara fokus memberi perhatian terhadap Pilihan Raya Negeri Sabah Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjalani kehidupan seperti biasa Beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan PRN ja...
Kuasa Rakyat Dalam Mainan Politik

Kuasa Rakyat Dalam Mainan Politik

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 256 hits
MUKANYA cemas Keringat membasahi dahinya Perjalanan tanpa henti merentasi tanah yang kontang itu hampir menjemput kehadiran sakaratul maut Segala onak dan duri tidak diendahkan segala rintangan diabaikan demi tugas yang telah diamanahkan ke...
Kapolri Tegaskan Bakal Copot Anggota Yang Terlibat Politik Praktis

Kapolri Tegaskan Bakal Copot Anggota Yang Terlibat Politik Praktis

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 261 hits
Kalau ada yang melanggar perintah saya maka saya akan copot dan proses melalui propam baik disiplin atau pun kode etik
Mengapa Bila Ph Bertindak Istana Tidak Perlu Campur Urusan Politik

Mengapa Bila Ph Bertindak Istana Tidak Perlu Campur Urusan Politik

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 246 hits
AWI PKR Dalam Berita Harian muka depan telah menulis tajuk jangan heret istana Rakyat tidak lupa di Perak Johor dan Kedah bukankah kumpulan tertentu juga mendengar nasihat dan pandangan istana Keputusan istana rakyat akur Apabila mandat rak...
Golput Dan Politik Uang Ancaman Terbesar Pilkada Di Tengah Pandemi Covid 19

Golput Dan Politik Uang Ancaman Terbesar Pilkada Di Tengah Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 253 hits
Direktur Eksekutif Indikator Politik Indonesia Burhanuddin Muhtadi memprediksi pelaksanaan Pilkada 2020 yang berlangsung di tengah Pandemi Covid 19 memiliki dua ancaman
Hadi Awang Pencatur Politik Yang Bijak

Hadi Awang Pencatur Politik Yang Bijak

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 287 hits
Semalam saya menerima satu video dari rakan yang amat minat dengan politik malaysia saya ni takla minat mana cuma sekarang dilihat seolah olah politikus hanya mementingkan kantung sendiri Semalam Presiden PAS menjawab soalan wartawan dengan...
Pemimpin Perlu Rekonsiliasi Ketepi Ideologi Politik Selamatkan Sabah Kata Najib

Pemimpin Perlu Rekonsiliasi Ketepi Ideologi Politik Selamatkan Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 287 hits
Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin di Sabah supaya mengambil sikap rekonsiliasi mengetepikan perbezaan ideologi politik demi membangunkan dan membantu rakyat negeri itu Najib berkata rakyat Sabah sudah memberi kepercayaan kepada Gab...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket