Ambil Alih Glc Niat Dan Cara Wajib Bersih


A Kadir Jasinبِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِMUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.Ladang Felda: penyusunan semula FGV wajib telus dan lengkap
RENCANA ini saya padankan daripada tulisan saya dalam edisi Ahad Sinar Harian 29 Disember dengan memasukkan beberapa fakta dan hujah baru.
Seperti saya katakan sebelum ini, apa juga usaha menambah baik Felda atau mana-mana juga agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hendaklah selaras dengan dasar dan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Selain Felda, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah menjalani proses pemulihan, ada beberapa buah lagi agensi, GLC dan projek kerajaan yang sedang menjalani proses serupa.
Antaranya termasuklah Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), lebuh raya bertol dan Malaysia Airlines Berhad (MAS).
Kemudian ada pula percubaan atau cadangan sukarela oleh pihak swasta untuk mengambil alih GLC yang tidak ditawarkan untuk dijual seperti UEM Sunrise Berhad.
Walaupun jual-beli aset adalah urusan biasa agensi-agensi pelaburan berkaitan kerajaan, namun begitu ia wajiblah dilakukan dengan niat yang baik, cara yang betul dan melibatkan orang yang bersih.
Kita tidak sekali-kali mahu konco-konco Barisan Nasional (BN) yang terlibat rosakkan agensi terbabit menjadi agen komisen (commission agents) dalam urusan menyusun semula agensi yang mereka jahanamkan!
Kita tidak mahu manipulasi era kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak berulang. Sebab itu kita pertikai pembabitan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (JAG) dalam cadangan pengambilan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Walaupun kerajaan PH telah peruntukkan RM6.3 bilion untuk mengatasi masalah kewangan Felda namun begitu banyak lagi yang perlu dibuat untuk kembalikan agensi itu kepada keadaan asal setelah dirogol beramai-ramai oleh Najib dan konco-konconya.
Ada beberapa usaha besar sedang dilakukan. Pertama, kembalikan aset strategik Felda yang kerajaan BN pajak kepada FGV pada tahun 2012. Dua aset paling besar yang digadai adalah ladang seluas 350,000 hektar (kira-kira 864,868 ekar) dan 65 buah kilang perahan kelapa sawit.
Kedua, meminta usahawan Indonesia Tan Sri (Kehormat) Peter Sondakh laksanakan “put option” dengan membeli balik 37 peratus saham Eagle High Plantations (EHP) yang dia jual kepada Felda pada harga hampir 100 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.
Peter Sondakh adalah sahabat karib Najib. Saya difahamkan rundingan ke arah itu sedang berjalan. Hal ini perlu segera diselesaikan kerana Sondakh juga banyak berhutang dengan Bank Pembangunan.
Ketiga, menyusun semula FGV supaya lebih lestari dan mampu membuat keuntungan.
Dokumen dan surat berkaitan pembelian saham EHP oleh Felda saya lihat dengan jelas membabitkan Johari ketika dia menjadi Menteri Kewangan II. Johari masih menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan.
Kurang Ketelusan
Yang jadi masalah dengan cadangan susun semula Felda dan FGV adalah kurangnya butir tentang apa yang hendak dilakukan dengan FGV setelah ladang dan kilang diberi balik kepada Felda.
Kita kena ingat, walaupun ladang dan kilang dibagi balik, pembabitan Felda dengan FGV tidak berakhir malah dijangka menjadi lebih besar.
Ikut apa yang saya tahu setakat ini, pemilikan saham oleh Felda dan Koperasi Pelaburan Felda Berhad (KPF) dalam FGV akan jadi lebih besar setelah FGV diambil alih oleh pelabur swasta dan dirombak.
Sekarang Felda memegang 33.67 peratus saham dalam FGV dan Koperasi Pelaburan Felda (KPF) 5.25 peratus menjadikan jumlah besarnya 38.92 peratus.
Saya difahamkan apabila disusun semula, pegangan Felda dan KPF akan naik kepada 49 peratus. Maksudnya peluang, cabaran dan risiko kepada Felda lebih besar.
Jadi kita hendak tahu apa rancangan pihak swasta untuk pulihkan FGV supaya Felda dan KPF tidak rugi sekali lagi. Yang ini saya minta peneroka Felda dan wakil-wakil mereka faham betul-betul. Jangan main tembak dalam gelap saja.
Baguslah kalau Felda dapat balik ladang dan kilang. Tapi kita nak tahu juga, dapat balik dengan percuma atau kena bayar pampasan. Kalau kena bayar pampasan, jumlahnya mungkin sampai beratus juta ringgit. Mana Felda nak cari duit? Saya harap Felda cari jalan supaya dapat balik dengan percuma.
Kita bukan hendak sekat mana-mana pihak yang banyak duit dan banyak kepakaran untuk buat cadangan ambil alih GLC.
Yang kita tak mahu adalah pihak-pihak terlibat guna kerajaan, agensi awam dan GLC untuk kepentingan korporat masing-masing.
Ikut apa yang saya tahu, apabila FGV diambil alih oleh pelabur swasta, ia akan ditukar jadi syarikat sendirian berhad dan dikeluarkan daripada Bursa Malaysia.
Lepas itu boleh jadi dibuat tawaran awam permulaan (IPO) sekali lagi. Inilah cara orang korporat cari modal dan buat duit cepat.
Kalau FGV untung besar, dividen kepada Felda pun besar tapi kalau rugi, kerugian Felda pun lebih besar juga. Kita kena ingat, Felda telah rugi besar dalam pelaburan dengan FGV setakat ini. Kalau tidak silap, Tabung Haji pun ada saham dalam FGV.
Maaf cakaplah kalau saya kata, dalam masa 50 tahun saya jadi pemberita dan menulis mengenai ekonomi, saya sudah tengok banyak usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera jadi kaya raya dalam sekelip mata kerana kontrak, projek dan konsesi kerajaan.
Saya tengok mereka naik mencanak kerana sokongan kerajaan dan jatuh merudum apabila sokongan ditarik balik atau apabila berlaku krisis ekonomi. Ini adalah kerana mereka bukanlah pandai sangat berniaga, tapi nampak kuat kerana disokong oleh kerajaan.
Malangnya apabila perniagaan mereka jatuh merudum, yang terpaksa tanggung beban adalah kerajaan dan rakyat jelata. Mereka sendiri tetap hidup senang-lenang dengan kekayaan peribadi yang melimpah-ruah.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/12/ambil-alih-glc-niat-dan-cara-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Puasa Senin Kamis Tata Cara Keutamaan Dan Manfaatnya

Niat Puasa Senin Kamis Tata Cara Keutamaan Dan Manfaatnya

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 281 hits
Puasa Senin Kamis memiliki keutamaan istimewa dan manfaat luar biasa Bagaimana tata cara dan niatnya serta apa saja keutamaan dan manfaatnya Berikut ini pembahasannya Puasa Senin Kamis hukumnya sunnah Dalam Fikih Manhaji ditegaskan dalil su...
Tata Cara Shalat Gerhana Matahari Niat Dan Sunnah Sunnahnya

Tata Cara Shalat Gerhana Matahari Niat Dan Sunnah Sunnahnya

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 1219 hits
Shalat gerhana matahari disyariatkan ketika terjadi gerhana matahari Apa hukumnya bagaimana tata cara dan niatnya adakah doa khusus dan contoh khutbah dari Rasulullah Berikut ini pembahasannya Hukum Shalat Gerhana Gerhana merupakan salah sa...
Cara Mendapatkan Kuda Di Harvest Moon Back To Nature

Cara Mendapatkan Kuda Di Harvest Moon Back To Nature

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 593 hits
Cara Mendapatkan Kuda Di Harvest Moon Back To Nature Uniknya dari game harvest moon back to nature adalah selain memiliki hewan peternakan kita juga bisa mendapatkan kuda Kita bisa menaiki kuda yang telah didapatkan kita bisa berjalan jalan...
Cara Cuci Sinki Paling Berkesan Lepas Ni Tak Payah Panggil Tukang Paip Lagi

Cara Cuci Sinki Paling Berkesan Lepas Ni Tak Payah Panggil Tukang Paip Lagi

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 558 hits
Kalau biasanya anda curahkan air panas yang tengah sedang menggelegak ke lubang sinki tetapi kali ini nak kongsi cara lain yang lebih berkesan Cara Cuci Sinki Paling Berkesan Lepas Ni Tak Payah Panggil Tukang Paip Lagi
Jom Kita Tengok Moderator Najib Ajar Beliau Cara Sumpah Lahanat

Jom Kita Tengok Moderator Najib Ajar Beliau Cara Sumpah Lahanat

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 472 hits
Dengar cite Najib nakkan mufti wilayah atau imam masjid negara yang bersama dia siang tadi waktu buat sumpah Tapi mereka taknak masuk campur Nak cari ulamak ulamak umno pun semua tak berani termasuk jamil dan samsul debat Cuba pulak usha Hj...
Orang Melayu Dengan Cara Orang Melayu

Orang Melayu Dengan Cara Orang Melayu

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 412 hits
Perhatian kepada Dong Jiao Zong timbangkan kesan jika ingin meneruskan kongres yang dirancang mengenai pengajaran Jawi di sekolah sekolah vernakular Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Jika ingin membawa cara orang Cina ing...
Bio Life Pynocare Cara Atasi Masalah Tona Kulit Tidak Sekata

Bio Life Pynocare Cara Atasi Masalah Tona Kulit Tidak Sekata

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 363 hits
Cara Atasi Masalah Kulit Tidak Sekata Hai korang Happy weekend Dah seminggu mommy cuba produk baru dari Bio Life iaitu Pynocare Tertarik untuk mencuba produk ni untuk kembalikan tona kulit yang tidak sekata akibat masalah pigmentasi dan par...
13 Cara Paling Sweet Untuk Beritahu Suami Yang Anda Hamil Comel Sungguh

13 Cara Paling Sweet Untuk Beritahu Suami Yang Anda Hamil Comel Sungguh

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 341 hits
Anda dan suami pastinya sudah lama menantikan perkhabaran yang cukup istimewa ini dengan penuh kesabaran Tapi sekarang hidup anda pasti bertambah gembira setelah melihat ujian kehamilan positif Jadi bagaimanakah caranya untuk memberitahu ke...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Dr Sheikh Muszaphar Tak Pernah Merungut Walau Jadual Harian Padat Sejak Umur 3 Tahun

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia