Amaran Nabi Supaya Berhati Hati Dengan Golongan Ar Ruwaibidhah
Assalamualaikum. Salam Jumaat
Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ
Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.
Antara yang dapat diambil kesimpulannya daripada hadith ini ialah :1. Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai ar-Ruwaibidah
2. Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1553-irsyad-al-hadith-siri-ke-7-maksud-al-ruwaibidhah-di-dalam-hadith-------------------------------------------------------------------
Suka saya nak berkongsi dengan semua tentang kupasan ciri-ciri golongan ruwaibidhoh yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Shamsuri Ahmad
Dari apa yang saya dengar, zaman yang kita sedang lalui sekarang memang telah terlalu ramai golongan ruwaibidhah! Kita perlu sangat berhati-hati dalam mencari ilmu, dan pastikan ilmu itu datang daripada mereka yang ahli dalam bidang tersebut
Pada pendapat saya, ciri-ciri yang Ustaz sebut tadi banyak yang berpadanan dengan mereka yang lantang memperjuangkan dakyah antivaksin. Mereka yang sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang tidak betul, dan mempromosikannya pula sehingga ramai yang tertipu dan mengambil ia sebagai pegangan dan pendirian, yang kononnya Islami
Golongan Antivaksin = RuwaibidhahBerat tuduhan tu! Cakap tidak boleh sebarang cakap. Adakah benar mereka ini antara yang tergolong dalam golongan yang Nabi pesan agar berhati-hati (Golongan Al-Ruwaibhidah)? Sejujurnya, saya tak tahu. Dan saya tidak layak untuk menentukannya. Wallahua`lam
Namun, saya senaraikan di sini, 7 ciri yang dinyatakan di dalam hadis tersebut, yang mana saya rasakan ciri-ciri berikut amat berpadanan dengan antivaksin
7 Ciri Golongan Antivaksini) Mereka bukan ahli. Tetapi berbicara berkaitan isu vaksin dan kesihatan. ii) Mereka bercakap berkaitan perkara umum yang bersangkut dengan semua orangiii) Mereka sangat pandai mempengaruhi orang dengan kata-kataiv) Ramai yang dengar dan percaya dengan apa yang mereka katakanv) Mereka mengkhianati golongan professional kesihatan yang amanah menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat. vi) Maaf sebut, banyak informasi yang menunjukkan mereka kurang ilmu (B*doh)vii) Telah banyak dibuktikan pembohongan dan tipudaya mereka.
Dalam keadaan sekarang ini, saya percaya ramai yang setuju kita kini telah berada di pengunjung zaman. Maka saya ambil ikhtibar dan saya ikut kata Nabi SAW, iaitu perlu berhati-hati dan peka dengan kewujudan golongan Al-Ruwaibhidah ini. Agar saya tidak ikut golongan ini, tidak mudah percaya dengan apa kata mereka dan bersekongkol dengan mereka menyebarkan informasi yang tidak betul yang kesannya boleh memudaratkan orang lain yang mengikutinya.
Akhir kalam, semoga Allah SWT jadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang berilmu, soleh serta sentiasa beramal dengan ilmunya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.annursyuhadah.com/2020/06/amaran-nabi-supaya-berhati-hati-dengan.html