Amaran Kepada Singapura Kesakitan Seribu Luka
Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin memberi amaran kepada Singapura berhubung pertikaian sempadan perairan. – Foto The Malay Mail
Mengulas laporan media Singapura Today Online, yang bertajuk: “Senior member of Mahathir’s party warns Singapore of ‘pain by a thousand cuts’ for its stance on maritime dispute” (Anggota kanan parti Mahathir beri amaran ‘kesakitan seribu luka’ kepada Singapura berhubung pertikaian maritim).
Isteri kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Ho Ching memberitahu Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin agar “bertenang”.
“Bertenang (Chill, man),” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.
Laporan Today Online berdasarkan ulasan Rais, yang disiarkan semalam oleh The Malay Mail.
Dalam ulasan itu, Rais berkata: “Tiada apa yang dapat diraih dengan memberi ancaman untuk menghalang kapal Malaysia di perairan malaysia atau Singapura. Apa yang akan mereka dapat adalah kesakitan akibat seribu luka”.
Bagaimanapun, isi kesuluruhan ulasan Rais tersebut adalah untuk membantah peningkatan ketegangan antara dua negara.
“Lebih baik pertengkaran tidak membawa kepada pergaduhan. Lepas itu apa? semua orang tahu peperangan hanyalah untuk menjadikan anak-anak yatim piatu.
“Tetapi jika Singapura merasakan pilihan raya 2019 negara itu adalah masa sesuai untuk menunjukkan kekuatannya, mereka patut tahu pertunjukan nasionalisme seperti itu akan menyebabkan Malaysia melakukan perkara sama,” katanya.
Terdahulu, Singapura mendakwa Malaysia mengubah sempadan Pelabuhan Johor Bahru dan menceroboh perairannya.
Malaysia bagaimanapun menafikan hal itu dan menegaskan kegiatan penambakan laut oleh Singapura tidak bermakna sempadannya juga dipanjangkan.
KLIK BACA: Arul Kanda ditangkap SPRM, didakwa bersama Najib esok pagi
DIKEMASKINI: Baca penjelasan terperinci skandal TH yang Najib cuba tutup?
KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.
KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
The post Amaran kepada Singapura, kesakitan seribu luka appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/190996/amaran-kepada-singapura-kesakitan-seribu-luka/