Amaran Kepada Gerakan Mahu Jatuhkan Tun Mahathir Khairuddin


Astro Awani | Disember 23, 2018 KHAIRUDDIN: Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan dan sedang berusaha untuk menjatuhkan Dr Mahathir. - Gambar BERNAMA  KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang tidak mahu mengiktiraf kerja kuat Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan tidak membuat sebarang langkah biadab untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, semua pihak perlu melihat kerja keras Dr Mahathir kini untuk membangunkan semula negara yang dirosakkan oleh kerajaan dahulu.

Jelasnya, ia bukan hanya hanya perlu diletakkan di atas bahu Dr Mahathir namun tanggungjawab serta tindakan kolektif dari semua pihak dalam PH.

"Jangan asyik hendak salahkan Dr Mahathir seorang diri sahaja. Tolong jangan kurang ajar. Dr Mahathir ke luar negara bukan bercuti tetapi lawatan rasmi untuk mendapatkan keyakinan dunia luar bagi membangunkan semula negara.

"Imej Malaysia amat teruk di luar negara serta di seluruh dunia kerana kerakusan kepimpinan kerajaan dahulu yang merompak khazanah dan duit rakyat sehingga kita dikenali sebagai pencetus skandal kewangan yang terbesar di dunia. "Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan dan sedang berusaha untuk menjatuhkan Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

BACA: Teguran supaya kita jadi lebih baik - Mahfuz

BACA: 'Perbalahan terbuka' ahli politik fenomena positif - Yusmadi

Pada Sabtu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin-pemimpin PH agar menghentikan segera perbalahan terbuka di antara parti, dan sebaliknya memberi tumpuan kepada ekonomi negara.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyeru supaya kesemua pemimpin dalam gabungan itu supaya meredakan suasana dan mengelak dari kenyataan-kenyataan negatif.

“ Jangan asyik hendak salahkan Dr Mahathir seorang diri sahaja. Tolong jangan kurang ajar. ” - Khairuddin   Dalam pada itu tegas Khairuddin yang juga penyelaras Parlimen Jasin, golongan berkenaan perlu melihat sebarang tindakan Dr Mahathir bukan keputusan yang dibuat sendiri.

"Segalanya melalui sistem musyawarah untuk membuat keputusan secara kolektif. Janganlah buat andaian yang tidak berasas dan melulu.

"Sekarang bukan masa untuk berbalah dan merebut jawatan, walaupun tanpa jawatan, pelbagai tanggungjawab boleh dipikul secara terbaik mungkin kerana semua kita mempunyai peranan yang tersendiri," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairuddin mahu 'parasit' dalam gabungan itu dibersihkan sebelum ia menjadi barah di dalam PH.

"Sekali lagi dalam apa jua keadaan; secara peribadi saya sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan bagi mematahkan perancangan jahat mereka untuk menjatuhkan kepimpinan Dr Mahathir.

"Selepas ini seandainya saya 'terhidu' niat serta gerakan jahat puak 'parasit' ini; pada waktu itu, saya akan mendedahkan sesuatu yang kemungkinannya bakal menggemparkan dunia sekali lagi!! Saya akan perangi mereka habis-habisan," tegasnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2018/12/amaran-kepada-gerakan-mahu-jatuhkan-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerakan Meminta Ahmad Zahid Hamidi Berundur Adalah Untuk Memenuhi Agenda Tun Dr Mahathir

Gerakan Meminta Ahmad Zahid Hamidi Berundur Adalah Untuk Memenuhi Agenda Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 401 hits
oleh Ab Jalil Backer Gerakan meminta Ahmad Zahid Hamidi berundur adalah untuk memenuhi agenda Tun Dr Mahathir Dr Mahathir mahu Zahid dikeluarkan dari jawatan Presiden Mahathir sedar hubungan baik Zahid dengan Anwar Ibrahim akan menjejaskan ...
Memang Ada 2 Mp Pas Jumpa Dengan Tun Mahathir

Memang Ada 2 Mp Pas Jumpa Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 830 hits
KOTA BHARU Pas akui dua daripada ahli parlimennya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ia tanpa pengetahuan parti Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertemuan dengan Dr Mahathir...
Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 625 hits
Kecuali dirinya sendiri tidak ada sesiapa yang lain yang betul betul pasti apa yang ada dalam hati dan pemikiran Tun Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim Tun Siti Hasmah Mohd Ali pegawai pegawai Tun ...
Pulanglah Umno Ke Pangkuan Dr Mahathir Kata Khairuddin

Pulanglah Umno Ke Pangkuan Dr Mahathir Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 365 hits
Foto oleh Astro AwaniSemua pemimpin pemimpin UMNO yang baik kini harus segera pulang ke pangkuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan...
Demonstrasi Tidak Dapat Jatuhkan Kerajaan Mahathir

Demonstrasi Tidak Dapat Jatuhkan Kerajaan Mahathir

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 410 hits
11 Disember 2018 7 59 PM KUALA LUMPUR Demonstrasi tidak akan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad B
Sudah Ujud Susunan Awal Satu Grand Design Untuk Gulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Menjadi Perdana Menteri

Sudah Ujud Susunan Awal Satu Grand Design Untuk Gulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 394 hits
Kalangan yang tidak mahu mengikhtiraf kerja kuat tun dr mahathir mohamad tolong jangan kurang ajar dan usah melebih sangat Perdana menteri yang sedang bertungkus lumus siang dan malam untuk membangunkan semula negara yang dirosakkan oleh ke...
Hamzah Zainuddin 36 Ahli Parlimen Bn Sokong Tun Mahathir

Hamzah Zainuddin 36 Ahli Parlimen Bn Sokong Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 757 hits
KUALA LUMPUR Seramai 36 Ahli Parlimen Barisan Nasional sudah menandatangani surat akuan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam s...
Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan

Upiak Isil Sado Maha Chord

Budget 2026 To Be Tabled In Parliament On Oct 10 Mof

Public Healthcare Under Pressure Budget 2026 Must Boost Workforce Upgrade Facilities

Fisheries Dept Urges Halt On Shellfish Harvest In Pd Following Elevated Biotoxin Levels