Amaran Ingat 4 Perkara Ini Bila Berada Di Stesen Minyak


Kalau sayang dekat diri sendiri dan sayang dekat orang-orang terdekat, korang kena baca, faham dan share benda ni. Mungkin sebelum ni kita ambil ringan dan pandang sebelah mata dengan perkara ni. Tetapi, percayalah. Risiko kecuaian kita dan kelalaian kita di stesen minyak mampu meragut nyawa kita dan orang sekeliling. Tak percaya? Korang tengoklah, saban hari pelbagai insiden yang tak diingini telah berlaku di stesen-stesen minyak. Antaranya, kenderaan terbakar. letupan kecil dan sebagainya. Persoalannya, mampukah kita nak elakkan diri dari kejadian seperti itu daripada berlaku kepada diri kita dan orang sekeliling?


Jawapannya adalah YA! Dengan syarat, korang patuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Jadi, untuk manfaart bersama. Meh, nak share 4 perkara yang korang perlu ingat dan patuhi bila berada di stesen minyak.

1. Matikan enjin sebelum mengisi bahan api
2. Jangan merokok, menyalakan mancis atau menggunakan pemetik api
3. Jangan menggunakan alat elektronik (smartphone)
4. Guna air untuk basuh bahagian yang tertumpah bahan api/ petrol




Alang-alang duk bercakap tentang keselataman di stesen minyak, aku nak kongsi serba-sedikit info tentang satu kempen langkah-langkah keselamatan Petrol Kiosk yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Petron bersama dengan Resorts World Genting yang diadakan di stesen Petron di Genting Highlands, Pahang.


Kempen kali ini dihadiri oleh Dato Mark bin Ujin (Pengerusi Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Afizan Azleen Abd Rahim (KPDNHEP Bahagian Ketua Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Abdul Mbin Ahmad (KPDNHEP Ketua Cawangan Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Khor Hai Peng (Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting), Katherine Chew (Naib President Komunikasi Resort dan Public Relations untuk Resorts World Genting), Sa’ado Sharif (Hubungan Kerajaan untuk Petron), Azizon binti Abdul Aziz (Wakil Pengurus Kawasan Petron). Kempen kali ini mendapat sambutan hebat dengan kehadiran lebih dari 100 hadirin yang terdiri daripada orang awam. Kmepen dirasmikan oleh Dato Mark bin Ujin dengan pertolongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Genting Highlands dengan simbolik menyalakan obor. 



Dah jadi macam kebiasaan untuk para penunggang motor atau driver kereta apabila singgah di stesen petrol pam untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing, selepas siap mengisi minyak, mereka terus meluncur laju ke destinasi masing-masing dan begitulah habit mereka. Tetapi, apa yang ramai para pemandu di luar sana tidak sedar bahawa terdapat peraturan keselamatan yang ada di setiap stesen petrol pam yang perlu dipatuhi. Antaranya, untuk berhati-hati dengan percikan api dari pelbagai sumber seperti penggunaan telefon bimbit ataupun nyaalaan api dari sepuntung rokok yang semestinya  boleh mengakibatkan kebakaran.


Dalam semangat untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pemandu, para pengguna dan juga operator di stesen petrol pam untuk lebih cakna tentang keselamatan di stesen-stesen petrol pam, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Sekuriti Negeri Pahang, Resorts World Genting dan juga peruncit minyak Petron bergabung dan bekerjesama untuk menjalankan Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum seperti ini




Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi demonstrasi etika dan prosedur yang betul di Petrol Kiosk dan juga sesi taklimat kesedaran keselamatan petroleum daripada ahli-ahli JBPM . Antara topik penting yang dikongsi adalah berkaitan langkah keselamtan bila ada situasi api yang amat membahayakan berlaku secara tiba-tiba. Orang awam dinasihatkn agar tidak perlu takut untuk memadamkan api pada akarnya. Contohnya, jika ada berlaku kebakaran yang tercetus di silinder gas, sebenarnya ia boleh dihentikan hanya dengan meletakkan jari di mulut outlet gas tersebut dengan penuh berhati-hati untuk serta menghentikan aliran gas. Yang penting, jangan cepat panik!


Ahli-ahli JBPM juga menjalankan demonstrasi dengan menggunakan lori bomba. Situasi yang membuktikan kereta tidak akan meletup jika terbakar semasa demonstrasi setidak-tidaknya dapat memberi pendedahan kepada orang awam untuk bertindak lebih berani. Dua orang lelaki terlibat dalam lakonan kemalangan tersebu sedang mengisi minyak sambil merokok dan bercakap menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen petrol pam. Tiba-tiba, kereta tersebut langsung terus terbakar dan dua orang lelaki tersebut terjatuh dan pengsan di atas lantai. Pasukan keselamatan memberi respon dengan pantas di tempat kejadian untuk memadamkan api dan juga memberi bantuan dari segi perubatan untuk dua orang lelaki tersebut sekaligus memberi contoh kepada orang awam untuk bertindak sekiranya kejadian seumpam ini benar-benar berlaku


Kewaspadaan amat penting bagi memastikan keselamatan masing-masing terjaga. Produk-produk petroleum kesemuanya mudah terbakar, dan sebuah stesen petrol pam sudah pastinya akan menyimpan stok petroleum dalam amaun yang banyak di tangki bawah tanah, ditambah lagi dengan wap gas yang terjadi disebabkan evaporasi (lebih mudah terbakar dari yang bentuk cecair). Terdapat juga benda lain yang amat mudah terbakar seperti minyak pelincir dan cecair gas petroleum (LPG).


Kesemua stesen petrol pam di Malaysia diwajibkan oleh undang-undang untuk mempamirkan peraturan dan regulasi keselamatan di stesen, namun kedegilan ataupun sikap tidak cakna sesetengah pengguna dalam mematuhi peraturan keselamatan yang ada tetap mewujudkan risiko terjadinya kemalangan. Selain kena patuh dengan peraturan keselamatan apabila sedang mengisi petrol, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menekankan kepentingan servis kenderaan secara berjadual, langkah-langkah keselamatan di atas jalan raya, dan juga peranan operator harta seperti Resorts World Genting dalam menjaga keadaan jalan raya. Acara ini amatlah penting untuk mengajar dan mendidik para pengunjung terutamanya apabila sudah berada di kemuncak ketinggian 6000 kaki, terdapat bilangan kenderaan yang amat banyak seperti bas, kereta, motorsikal dan kenderaan-kenderaan lain yang memberi kesan terhadap jalan raya ketika bercuti di Genting Highlands. Pada tahun 2017 sahaja, Resorts World Genting mencatatkan rekod 24 juta pengunjung. 

Menekankan kepenting acara tersebut, Dato Mark bin Ujin berkata “Acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Kesedaran dalam kalangan umum perlu ditingkatkan lebih lagi, ini adalah kerana sesetengah rakyat Malaysia cuai dan sering membiarkan enjin kereta hidup ketika mengepam petrol. Semasa demonstrasi tersebut hari ini, kita dapat saksikan apa yang berlaku jika kita tidak berhati-hati di persekitaran yang penuh dengan produk petroleum.” 

Khor Hai Peng, Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting menambah, “Selain dari memastikan para pengunjung kami dapat menikmati Resorts World Genting dengan sepenuhnya, ia merupakan komitmen kami juga untuk memastikan keselamatan para pengunjung dan juga staff kami terjamin. Melalui acara ini, saya berharap kesedaran betapa pentingnya keselamatan petroleum ini akan tersebar dalam kalangan staf dan pelanggan kami terutamanya ketika mengepam petrol. Saya harap mereka akan belajar hari ini bahawa setiap orang memainkan peranan. Keselamatan dalam kebakaran merupakan salah satu risiko yang tertinggi di sini dan kami amat bertuah untuk mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang teguh dengan 200 ahli boleh memberi respon jika terdapat apa-apa krisis. Kami berharap dengan bekerjasama dengan Petron, rakyat umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia akan lebih berwaspada tentang isu ini."

Selain sesi demonstrasi, ada juga sesi kuiz ‘Pengguna Bijak’ yang telah diadakan dengan menawarkan hadiah cenderamata ditaja oleh Petron dan KPDNHEP di mana para penonton bersuka ria dalam menjawab soalan. Aktivtii yang dianjurkan oleh pihak Resorts World Genting ini wajar dipuji dalam mendidik orang awam tentang Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum, Kempen seumpama ini bukan sahaja penting untuk orang awam di Pahang, tetapi perlu disebarkan kepada semua pengguna stesen minyak di seluruh Malaysia.


Beringat sebelum kena!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2018/11/amaran-ingat-4-perkara-ini-bila-berada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FeBUqd+%28VISIBLE+VOICE%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Di Acu Parang Dalam Kejadian Samun Di Stesen Minyak

Wanita Di Acu Parang Dalam Kejadian Samun Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 422 hits
KUANTAN Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan di sini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Y...
Kepala Lutut Terkeluar Ini 7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Sayangkan Lutut Anda

Kepala Lutut Terkeluar Ini 7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Sayangkan Lutut Anda

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1231 hits
Kepala lutut anda tiba tiba terkeluar Mesti ngeri apabila selepas terjatuh anda tiba tiba perasan lutut anda membengkak macam gambar di bawah Haaaa jangan terkejut Ini la yang terjadi pada En Suami 16 September 2017 lepas Alkisahnya dia ter...
Diperiksa Kpk Eks Sekretaris Ma Nurhadi Dicecar Aliran Dana Suap Perkara Di Pn Pusat

Diperiksa Kpk Eks Sekretaris Ma Nurhadi Dicecar Aliran Dana Suap Perkara Di Pn Pusat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 253 hits
Nurhadi sebelumnya sempat diperiksa KPK pada 24 dan 30 Mei 2018 serta pada 3 Juni 2018 Pada pemeriksaan kali ini Nurhadi mengaku ditelisik soal aliran suap kasus pemulusan perkara di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat
Tak Payah Ke Jepun Nak Tahu Atau Belajar Perkara Macam Ini Najib

Tak Payah Ke Jepun Nak Tahu Atau Belajar Perkara Macam Ini Najib

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 335 hits
Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini Tapi sebab terlalu hebat mengkaji beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 la...
Anti Social Social Club X Bt21 Akan Berada Di Pasaran Hujung Minggu Ini

Anti Social Social Club X Bt21 Akan Berada Di Pasaran Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 576 hits
Pengumuman yang amat mengembirakan buat peminat kumpulan K Pop terkenal BTS baru sahaja dibuat oleh Anti Social Social Club semalam di Instagram rasmi mereka Sudah pasti kolaborasi dengan kumpulan K Pop yang mempunyai kumpulan kelab peminat...
Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 393 hits
Semua ibu bapa mahu anak masing masing membesar dengan bijak Tolong elakkan daripada buat perkara perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplora...
Kecam Tun M Campur Urusan Umno Kerajaan Kini Najib Lakukan Perkara Sama

Kecam Tun M Campur Urusan Umno Kerajaan Kini Najib Lakukan Perkara Sama

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 342 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diberi peluang dan ruang sembilan tahun menjadi PM seharusnya berehat dan menumpukan kes mahkamah beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor Foto Nikkei Asian Review oleh Shahbudin Husin Di sebalik bermul...
Sebulan Bapanya Mencari Rupanya Gadis Cantik Ini Berada Dalam

Sebulan Bapanya Mencari Rupanya Gadis Cantik Ini Berada Dalam

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1019 hits
Misteri kehilangan seorang gadis cantik warga China selama hampir sebulan yang didakwa bapanya sebelum ini terjawab semalam apabila dia sebenarnya berada dalam tahanan Jabatan Imigresen Zhou HanKetua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komision...
Kpdnhep Buka Tender Sistem Agihan Subsidi Minyak

Kpdnhep Buka Tender Sistem Agihan Subsidi Minyak

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 255 hits
KEADILAN DAILY Kerajaan membuka tender bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini Menurut anggota Parlimen Baya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara