Amaran Defcon Tahap Tinggi Kepada Pemimpin Ph



Pakatan nasionalisme dan agama UMNO dan Pas sudah pun bersekedudukan dan telah menghasilkan dua “cahaya mata” iaitu Parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor.

Jadi tidak mengejutkan kalau MCA dan MIC mengambil keputusan untuk keluar pintu belakang dengan tujuan mencari pasangan baru.

Sama ada Umno dan Pas berkahwin secara sah atau sekadar bersekedudukan, MCA dan MIC tidak ada tempat lagi di dalam rumah bernama Barisan Nasional (BN) itu.

Malah nama BN tidak sesuai lagi digunakan oleh Umno dan Pas kerana gabungan mereka bukan berasakan kepelbagaian bangsa dan agama tetapi berupa kesepakatan di antara Melayu nasionalis dan Melayu agama.

Gabungan mereka lebih merupakan parti perkauman agama. Umno parti perkauman kerana ia mewakili hanya orang Melayu dan Pas pula parti yang berasaskan Islam.

Soalnya, apakah maslahat (muslihat) yang akan mereka guna untuk menghalalkan gabungan mereka dan menyamak najis yang mereka campakkan ke arah satu sama lain selama ini?

Pas pernah menuduh Umno assabiyah dan Abdul Hadi sendiri mengeluarkan amanat yang mengatakan, lebih kurang, bahawa darah orang Umno sah ditumpahkan dan orang Pas yang terbunuh melawan Umno adalah syahid.

Kelebihan Abdul Hadi berbanding pemimpin Pas sebelum beliau adalah kesediaan menggunakan apa saja maslahat demi menghalalkan tindak-tanduknya. Dia banyak maslahat dan banyak akal.

Umno pula memerlukan suntikan keagamaan dan cap Islam setelah tenggelam dalam kekayaan dunia dan hanyut dalam arus kehidupan hedonis untuk sekian lama.

Pada zaman bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, Umno telah membina jambatan yang menghubungkannya dengan Pas atas dasar “cash is king”.

Ia telah “mengkorupsikan” pemimpin tertentu PAS dengan memperkenalkan mereka kepada gaya hidup mewah melalui sogokan yang dikatakan bernilai hingga RM90 juta.


Pekung Makin Gatal

Hal itu terbongkar dan menjadi sahih apabila Pas dan para sahabatnya baru-baru ini membayar RM1.4 juta kepada Ketua Pengarang Sarawak Report, Claire Brown, supaya menggugurkan kes saman malu di mahkamah sivil London.

Kesenangan dunia yang ditawarkan oleh Umno itu akhirnya memerangkap Pas. Pas sedang hilang akal - lebih kurang macam orang yang seleweng agama akhirnya jadi gila isim - gila dan insane. Dua kali gila.

Pas yang lantang meneriakkan slogan Darul Islam dan Hudud tetapi pergi ke negara kafir untuk menggunakan undang-undang kafir bagi menutup pekung di dadanya.

Kesudahannya pekung makin terdedah dan berjuta duit ahli habis dibelanjakan untuk saman Sarawak Report. Bila Sawarak Report lawan balik, Pas upah Claire Brown supaya selesai luar mahkamah.

Soalnya bolehkah orang Melayu/Islam mempercayai dua buah parti - yang sebuah memperalatkan bangsa Melayu dan sebuah lagi memperalatkan agama Islam - untuk membela mereka?

Setelah kalah pilihan raya umum 9 Mei lalu dan diceraikan oleh parti-parti sekutu BN, Umno hilang keyakinan dan dalam kesunyian.

Mencari pasangan baru bukan mudah apabila ahlinya sendiri keluar parti dan banyak pemimpinnya dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

Tiba-tiba, macam orang Utara kata, dok tak dok mai Pas. Pas tidak macam Umno. Menikah cerai perkara biasa dalam amalan politiknya.

Kalau janda, kita bolehlah sifatkan Pas sebagai seorang  janda yang banyak pengalaman bernikah cerai dan boleh memadu cinta berahi dengan sesiapa saja.

Pas asalnya dari Umno. Kemudian keluar Umno. Antara 1974 dan 1977 menikah balik dengan Umno dan duduk di dalam rumah besar BN. Kemudian pada tahun 1977 kena cerai apabila Perdana Menteri masa itu, Almarhum Tun Hussein Onn menuduhnya curang.

Lepas itu Pas bernikah cerai dengan macam-macam parti termasuklah dengan parti yang paling dibencinya sekarang, iaitu DAP.

Jadi ada jugalah baiknya kalau Umno mengahwini atau bersekedudukan dengan Pas. Setidak-tidaknya bolehlah ia merasai kenikmatan berdua-duaan dengan sebuah parti yang sangat banyak pengalaman dalam hal nikah cerai politik.

Dan adalah menjadi kesilapan besar bagi Pakatan Harapan (PH) jika ia memandang ringan perkongsian Umno-Pas ini apatah lagi pada ketika semakin ramai rakyat jelata yang mengundinya 9 Mei lalu tidak puas hati dengan prestasinya.

Cameron Highlands dan Semenyih sudah lebih daripada cukup untuk memberi amaran “defcon” tahap paling tinggi kepada para pemimpin PH.

Wallahuaklam.

A Kadir Jasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/amaran-defcon-tahap-tinggi-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Jangan Buat Kenyataan Ekstrem Sheikh Omar

Pemimpin Dap Jangan Buat Kenyataan Ekstrem Sheikh Omar

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 363 hits
Oleh Ifwan Tun TuahSetiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali dan Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming Foto Zain Ahmed Muhaizan YahyaJOHOR BAHRU Pemimpin DAP diminta supaya tidak membuat kenyataan keterlaluan berkaitan isu politik...
Pemimpin Wajib Teladani Akhlak Nabi

Pemimpin Wajib Teladani Akhlak Nabi

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 494 hits
Oleh Hafizah MaidinRasulullah SAW menjadi ikon dan teladan yang terbaik sepanjang zaman malah empat sifat wajib bagi nabi serta rasul perlu diletakkan sebagai ciri penting yang perlu diikuti umat Islam Firman Allah SWT Demi sesungguhnya ada...
Perhimpunan Lgbt Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin Ph

Perhimpunan Lgbt Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 826 hits
Perhimpunan LGBT yang di hadiri lebih 1 000 orang yang mengamalkan cara hidup dan budaya songsang mendapat kecaman dari pelbagai pihak Ketua Wanita Umno Dato Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpul...
Bekas Pemimpin Mic Lapor Sprm Terhadap Samy Vellu

Bekas Pemimpin Mic Lapor Sprm Terhadap Samy Vellu

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 521 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Bekas ketua bahagian MIC Sungai Siput M Lokanathan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai pembelian tanah di Sungai Siput di bawah harga pasaran oleh bekas presiden MIC ...
Ma Ruf Amin Pilpres Bukan Perang Tetapi Mencari Pemimpin Terbaik

Ma Ruf Amin Pilpres Bukan Perang Tetapi Mencari Pemimpin Terbaik

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 239 hits
Ma ruf sepakat bergandengan tangan dengan generasi muda untuk menjaga keutuhan bangsa dengan mengawal pilpres yang bersih dari fitnah hoaks dan ujaran kebencian
Pemimpin Ph Diingat Tidak Letus Api Kaum

Pemimpin Ph Diingat Tidak Letus Api Kaum

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 388 hits
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJOAMARAN dilaungkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama PAS Umno merupakan ancaman yang dikatakan sebagai perang kepada rakyat bukan Islam adalah bersifat hasutan Ia boleh mengundang gugatan terhadap k...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

English Uasa Year 3

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Comment On Sewa Motor Di Kota Kinabalu Sabah 3 Jenis Motor By Victor Stanley Joseph

Deqnee Dusongnyo Bola Bola Bola Chord