Amaran Banjir Monsun Timur Laut Bermula November Sehingga Mac 2023 Semak Lokasi Yang Berisiko
AMARAN BANJIR : MONSUN TIMUR LAUT(MTL) BERMULA NOVEMBER SEHINGGA MAC 2023 | SEMAK LOKASI YANG BERISIKO . Maklumat terbaru daripada Jabatan meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan bermula pada 7 November dan ia akan berterusan sehingga emas tahun 2023.
Menurut ketua pengarah Malaysia Muhammad Helmi Abdullah keadaan itu dijangka membuatkan negara kita menyaksikan empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku sepanjang tempoh yang dinyatakan.
Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai seperti musim-musim yang lalu
Dan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar boleh jadi risiko kejadian banjir boleh meningkat.
AMARAN BANJIR : MONSUN TIMUR LAUT(MTL) BERMULA NOVEMBER SEHINGGA MAC 2023 | MAKLUMAN DARI MET MALAYSIA
Menurut map Malaysia kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh :
6 hingga 11 dan 22 hingga 27 November ini.
7 hingga 12 dan 22 hingga 26 Disember
6 hingga 10 dan 21 hingga 25 Januari 2023
Tiupan angin timur Laut yang secara berterusan dan kencang semasa musim tengkujuh juga akan menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China selatan.
Orang ramai dinasihatkan agar bersiap-sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Kepada rakyat Malaysia anda juga diminta untuk untuk mengambil cakna akan lokasi titik panas yang JPS senaraikan agar anda dapat membuat persediaan dan berhati-hati dengan keadaan banjir. Rujuk mengikut negeri:
Senarai Kawasan Hotspot Mengikut Negeri Tahun 2022
Persediaan Menghadapi Banjir Besar
Banjir kilat boleh berlaku secara tiba-tiba dan semestinya rakyat Malaysia mestilah melakukan persediaan yang rapi dan secara serius kerana kita sekarang sudah berada di bulan 11 yang mana kita kenal sebagai musim tengkujuh.
Berbeza untuk tahun ini yang mana Malaysia telah memaklumkan bahawa akan berlaku air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang akan menyebabkan kejadian banjir besar-besaran boleh berlaku di beberapa negeri sama ada di bandar dan di luar bandar.
Kali ini kita perlu mengambil langkah yang lebih serius bagi memastikan banjir yang akan kita hadapi dapat diuruskan dengan baik dari segi pengurusan diri, keperluan dan kepentingan peribadi.
Lakukan Persediaan Banjir
Penting untuk rakyat Malaysia melakukan langkah langkah persediaan dalam menghadapi banjir. Ini adalah kerana penting memastikan apa-apa keperluan kita boleh “sedia kan payung sebelum hujan”.
Langkah-langkah persediaan dalam menghadapi banjir
SEBELUM BANJIR
Simpan dokumen penting atau barang berharga ke dalam bekas kalis air
Simpan air bersih untuk kegunaan mandi dan minum
Pastikan lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan yang terdekat
Sediakan peralatan kecemasan secukupnya
Sediakan powerbank untuk kegunaan kecemasan
Bersiap sedia untuk berpindah jika mendapat arahan daripada pihak berkuasa
SEMASA BANJIR
Jangan kembali ke rumah tanpa arahan pihak berkuasa
Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir
Elakkan menyentuh barangan elektronik
Awasi kanak-kanak dan elakkan daripada bermain dengan air banjir
Jika terdapat risiko banjir kilat di kuala di lokasi anda, segera berpindah
Minum air masak atau ayam berbungkus sahaja
SELEPAS BANJIR
Jangan hampiri talian elektrik yang putus atau jatuh
Elakkan makan makanan yang sudah terdedah
Elakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit melalui bawaan air
Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi
Buang makanan yang sudah rosak termasuk makanan dalam tin yang sudah terendam
Masuk rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.
Berikut telah dikongsikan kepada anda mengenai persediaan banjir yang anda boleh membuat persediaan sejarah awal dan sedar.
Ikuti juga info amaran dara bala banjir kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang kerajaan:
https://publicinfobanjir.water.gov.my
Semoga perkongsian mengenai banjir ini akan dapat memudahkan urusan para rakyat Malaysia bagi menghadapi banjir yang dijangka berisiko kerana Monsun Timur Laut bermula November ini hingga Mac tahun hadapan.
Ikuti makluman semasa dan info yang akan kami update dari semasa ke semasa di dalam telegram sistem guru online :
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/11/amaran-banjir-monsun-timur-laut.html