Rm1 8 Bilion Di Sedia Dalam Bajet 2023 Untuk Projek Tebatan Banjir Di Pahang




KUANTAN - Sebanyak RM1.8 bilion disediakan menerusi Bajet 2023 untuk projek tebatan banjir dan baik pulih hakisan pantai di Pahang, kata Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bercakap dalam program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Pahang disini hari ini, Ismail turut menekankan pelbagai manfaat dalam Bajet 2023 untuk penduduk Pahang, antaranya yang utama ialah RM1.307 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyenggara jalan persekutuan di negeri itu.
“Ini sekaligus akan membuka kawasan baharu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.”
Katanya, kerajaan juga komited dalam melaksanakan pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang Kuala Krai, Kelantan ke Bentong sejauh 350km tanpa tol, dengan kos sebanyak RM8.7 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026.
Ismail berkata, RM572.8 juta diperuntukkan untuk projek pembinaan dan menaik taraf jambatan serta jejantas Pahang, manakala RM6.07 juta bagi projek perintis kawalan hakisan dan kelodak di kawasan bercerun Cameron Highlands.
Katanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut menyediakan RM3.32 bilion bagi 101 projek pembangunan di Pahang, dengan 39 daripadanya ialah projek baharu.
Dalam sektor pendidikan di Pahang, RM754 juta diketepikan untuk 40 projek baharu dan sambungan sekolah serta institusi pendidikan lain.
Dalam bidang kesihatan, dua klinik kesihatan sedang dibina di Raub dan Bera dengan kos RM40 juta yang dijangka siap pada tahun depan.
Penyandang Parlimen Bera itu berkata, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan bernilai RM5.3 bilion ke Pahang, yang akan mewujudkan lebih 3,300 peluang pekerjaan baharu di negeri itu.
Pemulihan ekonomi di landasan betul
Ismail berkata, pentadbiran kerajaannya yang berkesan menyaksikan negara berjaya mengatasi pelbagai cabaran seperti pandemik Covid-19, krisis geopolitik global dan perubahan iklim yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.
“Hari ini, prestasi ekonomi negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.9% pada suku kedua berbanding 5% pada suku pertama 2022.
“Kadar pengangguran pada Ogos 2022, iaitu 3.7% jauh lebih rendah berbanding Ogos 2021, iaitu 4.6%.
“Kadar inflasi negara juga mencatatkan penurunan kepada 4.5% pada September 2022 berbanding 4.7% pada Ogos 2022. Kadar ini lebih rendah berbanding negara serantau dan negara lain.”
Mengenai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Ismail berkata, Pahang merupakan destinasi terakhir sebelum pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/rm18-bilion-di-sediakan-dalam-bajet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerakan Tanah Air Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Di Negeri Pahang

Gerakan Tanah Air Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Senarai calon Gabungan Tanah Air untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke 15 bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pahang belum dimuktamadkan Timbalan Pengerusi GTA Pahang Ir Rosminahar Mohd Amin berkata perkara itu akan diput...
Sejarah Kutipan Hasil Cecah Rm1 Bilion Bukti Wan Rosdy Perlu Kekal Sebagai Mb

Sejarah Kutipan Hasil Cecah Rm1 Bilion Bukti Wan Rosdy Perlu Kekal Sebagai Mb

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Rakyat Pahang digesa terus memberikan kepercayaan dan sokongan padu kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini Ia kerana kerajaan negeri pimpinan beliau telah berja...
Mana Tender Terbuka Projek Janakuasa Rm9 Bilion

Mana Tender Terbuka Projek Janakuasa Rm9 Bilion

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 203 hits
Mana tender terbuka projek janakuasa RM9 bilion Posted By on October 28 2022Tindakan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengeluarkan Surat Hasrat supaya Tenaga Nasional Berhad dan Widad Business Group Sdn Bhd membina sebuah loji penjana kua...
Mb Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi Dun Jelai Pada Pru 15 Ini Nanti

Mb Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi Dun Jelai Pada Pru 15 Ini Nanti

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Jelai pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Bagaimanapun beliau berkata keputusan muktamad bergantung kepada keizinan dan pel...
Nak Tambah Anak Fikir Dulu Bukan Setakat Bajet Struggle Fasa Parenthood Kena Sedia

Nak Tambah Anak Fikir Dulu Bukan Setakat Bajet Struggle Fasa Parenthood Kena Sedia

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 177 hits
Memiliki jumlah anak yang ramai sememangnya satu kesenangan untuk kita dihari kemudian Namun menambah anak dalam tempoh waktu yang gawat ini memerlukan untuk kita duduk dan berbincang banyak perkara dengan pasangan Bersediakah kita Perkongs...
Kutipan Kompaun Rm1 83 Juta Di Kutip Kerana Kesalahan Merokok Di Pahang

Kutipan Kompaun Rm1 83 Juta Di Kutip Kerana Kesalahan Merokok Di Pahang

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM1 83 juta melalui operasi penguatkuasaan bersepadu larangan merokok bagi tempoh 1 Januari hingga semalam Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata jumlah itu ...
763 Hotspot Kawasan Banjir Di Negeri Pahang Tahun 2022

763 Hotspot Kawasan Banjir Di Negeri Pahang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 186 hits
Terbaru pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengeluarkan amaran lokasi hotspot banjir di negeri Pahang Diminta semua penduduk di negeri Pahang dapat membuat persediaan dengan rapi sebelum banjir benar benar berlaku Lokasi Hotspot Banj...
Waris Jamaluddin Jarjis Selesai Tuntutan Harta Sepencarian Berjumlah Rm1 Bilion

Waris Jamaluddin Jarjis Selesai Tuntutan Harta Sepencarian Berjumlah Rm1 Bilion

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Balu kepada bekas menteri Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis Puan Sri Kalsom Ismail bersama empat anak dan ibu mentuanya masing masing bersetuju berbincang bagi menyelesaikan secara baik tuntutan harta sepencarian berjumlah ...
Rentasan 1234 Gempar Bajet 2023 Hanyalah Satu Janji Pilihan Raya Dan Tak Bernilai

Rentasan 1234 Gempar Bajet 2023 Hanyalah Satu Janji Pilihan Raya Dan Tak Bernilai

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 235 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1234 1 BAJET GULA GULA PILIHAN RAYA RINGGIT TERUS JATUH 2 BERSATU BUKA PINTU UMNO TAK NAK MASUK 3 UMNO KATA PEMIMPIN PAS ADA GANGGUAN MENTAL 4 DR DZULKEFLY AKAN LAWAN TENGKU ZAFRUL Layari kami untuk mendapat berita da...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar