Amanah Kedah Bangkit Melupai Kekhilafan



Mohd Asmirul Anuar ArisPANDANGAN PETANG

SAYA telah diberi satu laporan aktiviti Amanah Kedah 2023/2024 yang dibentangkan dalam konvensyen parti itu baru-baru ini yang dirasmikan oleh Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkifly Ahmad, yang juga Menteri Kesihatan.

Laporan disediakan berbeza, sungguh cantik dan menarik, kemas dan professional yang dipersembahkan seperti dalam bentuk majalah yang memudahkan untuk menghayatinya segala isi kandungannya.
Rasanya inilah laporan aktiviti tahunan sebuah parti politik yang dipersembahkan mengikut format majalah dicetak atas kertas berkualiti bergambar warna warni, penghuraian padat dan ringkas.
Melihat kepada material laporan ini sudah mencerminkan daya kreatif dan kesungguhan pelaksananya, barisan kepimpinan Amanah Kedah dibawah sdr Amirul Anuar Aris yang sekaligus menunjukkan parti itu tidak main-main dan serius menggerakkan parti.
Menerusi laporan sebanyak 24 muka surat bersaiz A4 itu, kita dapat mengetahui gerak kerja, perancangan untuk suatu tempoh, dan pembangunan serta hala tuju Amanah Kedah untuk tahun-tahun ke hadapan, tepatnya sebagai persiapan secara menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya ke-16 nanti dengan harapan Amanah menjadi parti menguasai Kedah.
Garis perjuangan dan pelan pembangunan Amanah Kedah tercermin dalam ucapan Amirul Anuar Aris yang menjelaskan bahawa Amanah Kedah bangkit penuh bersemangat, sepadu membawa politik baru, tanpa mempedulikan soal titik bengit sambil mengajak orang ramai mendukung parti berkenaan demi perubahan landskap politik Kedah. Tampaknya Amanah Kedah tampil membawa dimensi politik baru yang professional. Hal ini juga tergambar dalam penampilan barisan kepimpinannya yang kemas berbaju korporat berwarna kuning raja.
Barisan kepimpinan Amanah Kedah
segak bergaya.Kita tahu sebelum ini Amanah Kedah digoncang dengan krisis sehingga ada yang bertindak berundur daripada parti, dan ada yang mengambil sikap mendiamkan diri, tidak aktif. 
Peristiwa disebabkan kekhilafan pemimpin diperingkat pusat membuat perhitungan dan strategi salah meletak calon kroni pada pilhan raya lalu. Saya difahamkan konvensyen itu mendapat sambutan meriah dan dilaksanakan dengan penuh semangat musyawarah dan ta'wun, merupakan konvensyen Amanah peringkat negeri paling berjaya. Ia bukan sahaja berjaya membentangkan rangka dan menyusun masa depan parti, tetapi juga mempersatukan ahli parti dengan memberi keyakinan keberadaan Amanah.
Paling menarik dan bahagia pengerusi Amanah negeri sebelum ini Datuk Mahfuz Omar juga turut hadir. Lebih bermakna apabila Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan orang kuat Amanah, tetapi sudah tidak bersama parti lagi, ikut sama hadir meraikan konvensyen berkenaan.
 Kehadiran Phahrolrazi itu jelas menunjukkan jiwa besar bekas Exco kerajaan Kedah semasa Pas dan juga bekas Adun Amanah Alor Mengkudu dan Pengkalan Kundur itu, namun kehadiran itu melambangkan semangat kerjasama dan perubahan politik baru di Kedah sedang berlaku. Phahrolrazi waktu ini adalah Pengarah Pilihan Raya Keadilan Kedah.
Berbalik kepada laporan konvensyen bertemakan Mengangkat Agenda Perpaduan menggariskan beberapa mauduk besar yang menjadi fokus Amanah negeri jelapang padi itu. Antaranya, menekankan soal pengurusan agresif, transformasi pentadbiran Amanah negeri, membuka landskap politik Kedah, penyediaan pelan pengurusan politik baru dan mengemukakan harapan Amanah Kedah.
Perkara atau mauduk ini digaris jelas dan nyata dalam ucapan pengerusi sdr Amirul disediakan dalam laporan konvensyen berkanaan. 
Meneliti kesemua tema dan subjek menjelaskan Amanah Kedah bergerak dengan penuh azam dan tekad mahukan perubahan demi membawa pembaharuan politik di Kedah. 
Mengenai pengurusan agresif, ditekan bahawa Amanah perlu bersikap responsif, kritikal dan, berwawasan, dimana setiap keputusan hendaklah berdasarkan maklumat akurat dan keputusan dibuat secara konsensus.
Pelan pengurusan strategi politik baru pula menekan inisiatif memberdaya dan memperkasakan ahli, kepimpinan dan parti menghadapi pilihan raya ke-16. Pengurusan baru suatu model dan komitmen Amanah Kedah agar amalan berpolitik dapat dilaksanakan secara demokrasi, inklusif dan moderat yang berpaksikan trilogi parti Amanah, Amanah, Progresif dan Peduli.
Tidak dapat dinafikan Amanah Kedah adalah antara Amanah paling mantap dan berpengaruh berbanding dengan Amanah di negeri lain. Ini terbukti dalam pilihan raya ke-14 walaupun pertama kali menyertai, Amanah berjaya menguasai beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Kedah termasuk Mahfuz Omar menang di Pendang.
Bagaimana pun disebabkan berlaku sedikit kekhilafan dalam mengatur strategi pilihan raya khasnya bekerjasama dengan DAP disamping gagal memahami naluri pengundi ketika itu Amanah hilang beberapa kerusi dimenangi dalam pilihan raya ke-14 itu.
Mungkin kekalahan itu memberi kesedaran dan keinsafan untuk Amanah Kedah bangkit menebus kekalahan dalam pilihan raya akan datang. Kita yakin dan percaya kalau PH khsusunya, dapat meleletakkan seorang bertaraf menteri sebagai pengerusi PH di Kedah usaha dan azam Amanah ini akan berhasil dan pengaruh parti itu dan PH kian membuak-buak. Pemimpin nasional bertaraf menteri wajar menjadi pengemudi PH di Kedah, antara tokoh diperkirakan mampu membawa lonjakan ialah Datuk Saifuddin Nasution Ismail memandangkan beliau pernah menjadi Adun dan MP di Kedah.
Memahami inspirasi Amirul dalam ucapannya dan sekiranya berjaya membangkitkan Amanah tanpa mempedulikan soal titik bengit, disamping mengeratkan hubungan dengan UBN dan lain-lain ia suatu sikap terbaik.
Hanya dengan nekad, bersatu dan gigih bekerja saja dapat menjayakan Amanah mencapai maksud awalnya untuk jadi parti alternatif kepada Pas. Sebaliknya kalau amalan dan budaya kepuak-puakan dan kronis berlaku ia akan menjadikan Amanah punah ranah. Ciri-ciri yang sudah nampak kini hendaklah dipadam segera.
Sehubungan ini presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu perlu bersikap terbuka, professional serta tegas dan tidak mudah cair dengan bujuk bodek tertentu yang menjadikannya titian politik peribadi. Mohamad  harus menjadi dan meletakkan dirinya sebagai payung semua pihak dalam Amanah di semua peringkat.
Kalau Mohamad benar-benar mempraktikan sedutan ucapannya seperti tertera dalam laporan itu berbunyi “Semua ahli parti Amanah Negara (Amanah) perlu memain peranan membentuk pemikiran rakyat yang telah dicemari dengan persepsi Islam Terancam," insyaAllah parti itu berjaya. Apa harus ditambah oleh Mat disini, persepsi "aku sahaja betul hang hanya tidak betul", hendaklah dibuang dari kloni Amanah. Yang penting Mat tegas, berani dan harus terbuka.
Akhirukalam, syabas dikalungkan kepada barisan kepimpinan Amanah Kedah hari ini dibawah pimpinan sdr Mohd Amirul Anuar Aris yang merupakan seorang bekas Exco serta barisan pegawai eksekutif parti, sdr Basir Ismail selaku Setiausaha (Pengerusi Sekretariat Pentadbiran Amanah Kedah), dan tiga timbalannya Mohd Fuad Nawawi (Hal Ehwal Organisasi dan Keahlian), Aris Bahrom, (Hal Ehwal Dasar dan Perhubungan) Zamani Hanafi (Hal Ehwal Pembangunan Agensi Kerajaan dan Ngo), Ammar Imran Mohd Mahzar (Pegawai Tadbir Amanah Kedah) dan M. Huzaifah M. Azmi selaku pegawai media pengerusi Amanah. [wm.kl.4:59 pm 28/11/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/11/amanah-kedah-bangkit-melupai-kekhilafan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 138 hits
K PRAGALATHNovember 26 2024Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar dan ketua penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan pihak pihak yan...
Kedah Pondok Usang Tempat Seludup Migran Diserbu Polis 4 Tekong Darat Dicekup

Kedah Pondok Usang Tempat Seludup Migran Diserbu Polis 4 Tekong Darat Dicekup

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 103 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myBARANGAN yang dirampas susulan penahanan empat lelaki disyaki tekong darat di kawasan kebun getah di Bukit Tangga dekat Jitra FOTO Ihsan PolisJitra Polis menahan 10 warga asing termasuk empat daripadanya tek...
Kon Yeow Tells Sanusi To Prove His Claim Penang Belongs To Kedah In Court

Kon Yeow Tells Sanusi To Prove His Claim Penang Belongs To Kedah In Court

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 109 hits
Penang Chief Minister Chow Kon Yeow pointed out that under the Federal Constitution Penang is a sovereign entity Photo by Hari AnggaraGEORGE TOWN Nov 28 Penang Chief Minister Chow Kon Yeow today told Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammed ...
We Only Want What S Ours Says Sanusi On Kedah S Claim Over Penang

We Only Want What S Ours Says Sanusi On Kedah S Claim Over Penang

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA The Kedah government has commissioned a study on the relationship between Kedah and Penang with results to be presented next month says Datuk Seri Muhammad Sanusi Md NorThe Kedah Mentri Besar said although this involves a high...
Floodwaters Reach Kedah Mb S Official Residence

Floodwaters Reach Kedah Mb S Official Residence

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 125 hits
ALOR SETAR The floods that have devastated five districts in Kedah have not only impacted villages but have also reached the official residence of Mentri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor A non governmental organisation Khidmat Malays...
Kedah Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Kedah Muzium Arkeologi Lembah Bujang

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 215 hits
MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG Pembaca yang mengikuti blog ini sejak sekian lama pasti tahu bahawa aku suka juga ke muzium tapi muzium bertema Dalam lawatan Jejak Arkeo di Kedah kami dibawa ke satu satunya muzium di Malaysia yang mempamerka...
Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 365 hits
Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has been told to name the alleged mastermind plotting to sabotage investments in Kedah State Umno information chief Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin said he believed Sanusi s claim was...
Take Responsibility For Langkasuka Project Failure Kedah Govt Told

Take Responsibility For Langkasuka Project Failure Kedah Govt Told

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 163 hits
A still from the project video shows an artist s impression of the reclamation project at Padang Matsirat in Langkawi ALOR SETAR Kedah Umno has called for the state government to take responsibility for the failure of the mega Langkasuka La...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2024


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Jjcm Kuching Day 1 Bandar Kuching

Tempat Aborsi Legal Di Jakarta Dan Terpercaya

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Igp No Compromise Minister S Son Probed For Alleged Intimidation

Umno Tak Akan Masuk Kali Kedua Ke Lubang Biawak Pas Kata Puad

Pentingnya Sticker Label Dalam Meningkatkan Daya Tarik Dan Jualan Produk