Amanah Dituduh Kuda Tunggangan Perkara Biasa Kata Mat Sabu


BernamaDiterbitkan Hari ini 2:52 tengahari

Tindakan pihak menuduh Amanah sebagai kuda tunggangan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) menunjukkan seolah-olah mereka cemburu dengan kejayaan parti itu yang sudah mula mendapat sokongan rakyat.

Menyifatkan tuduhan parti itu sebagai perkara biasa, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata apa yang penting adalah parti itu semakin meningkat naik dengan mencatatkan pertambahan jumlah anggota, membuktikan sokongan rakyat terhadap Amanah.

"Walaupun baru tiga tahun ditubuhkan, Amanah telah dapat mengumpul lebih 100,000 anggota di seluruh negara dan jumlah itu meningkat dengan pantas selepas PRU ke-14 Mei lalu, " katanya kepada pemberita di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditemui selepas merasmikan pembukaan pusat pameran dan pusat servis Honda Impian X 2019 di sana.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Keiichi Yasuda; Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd Datuk Seri Tan Hui Jing; Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Amer Mahmud Abdul Rahman dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata paling mengejutkan apabila Kelantan yang menjadi kubu kuat parti PAS merupakan negeri tertinggi menyumbang kepada peningkatan anggota iaitu seramai 5,000 orang sebulan.

"Bulan lepas sahaja kita terima 5,000 keahlian dari Kelantan dengan 40 peratus daripada jumlah berkenaan berasal daripada PAS, manakala bakinya daripada pelbagai parti lain," katanya.

Katanya Amanah sedang berkembang begitu pesat di seluruh negara kerana sebelum PRU14, keanggotaan parti itu dianggarkan kira-kira 80,000 orang tetapi kini jauh melepasi 100,000 orang.

"Kami sedang memacu (parti) dan keahlian bertambah, selain dasar kekal dengan Islam dan bersifat inklusif… Ini juga secara tidak langsung menunjukkan penerimaan rakyat kepada kerajaan PH di mana Amanah adalah parti komponen di dalamnya," katanya.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/amanah-dituduh-kuda-tunggangan-perkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah A Ph Pawn They Re Just Jealous Says Mat Sabu

Amanah A Ph Pawn They Re Just Jealous Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 296 hits
Amanah president Mohamad Sabu says allegations his party is just a pawn in Pakatan Harapan are normal KEPALA BATAS Amanah considers allegations that it is just a pawn in Pakatan Harapan as normal its president Mohamad Sabu said He said the ...
Mat Sabu S Lawyer To Send Letter Of Demand To Khairy

Mat Sabu S Lawyer To Send Letter Of Demand To Khairy

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 387 hits
Mohamad Sabu s lawyer will send a letter of demand to Umno s Rembau MP Khairy Jamaluddin over his claim that the defence minister had used government assets for the by election Mohamad s press secretary Amin Shah Iskandar said the minister ...
After Mat Sabu Snub Army Veterans To March On Parliament

After Mat Sabu Snub Army Veterans To March On Parliament

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 277 hits
Army veteran group Malaysian Army Veterans Reformation Movement is planning to hold a rally to highlight matters related to veterans welfare after a letter sent to the defence minister was purportedly ignored The group s chairperson Azizan ...
Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kj

Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Kj

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang undang terhadap Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia untuk berkempen ...
Kes Anak Mat Sabu Polis Tunggu Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Kes Anak Mat Sabu Polis Tunggu Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 374 hits
January 26 2019 12 11 AMPETALING JAYA Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes anak lelaki Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang ditahan kerana disyaki positif ganja 5 Januari lepas lapor bernama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazla...
Peguam Mat Sabu Akan Hantar Notis Tuntutan Pada Kj

Peguam Mat Sabu Akan Hantar Notis Tuntutan Pada Kj

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 364 hits
MALAYSIAKINI Peguam Mohamad Sabu akan menghantar notis tuntutan undang undang kepada MP Rembau Khairy Jamaluddin mengenai dakwaannya bahawa menetri pertahanan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen pada pilihan raya kecil Cameron High...
Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations