Amalkan Urut Sauna Tangas Datin Anne Ngasri Turun 10kg Sebulan Lepas Bersalinkan Anak Kelima
Pelakon, Datin Anne Ngasri turun 10kg sebulan lepas bersalinkan anak kelima. Dia mendedahkan amalannya dalam pantang iaitu berurut, bersauna & bertangas.
Anne melahirkan anak kelimanya yang merupakan perempuan seberat 3.22kg pada 28 November 2018 lalu. Bayi ini merupakan anak keenam dalam keluarga besarnya dengan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan.
View this post on Instagram
Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family
Ps: everyone is waiting abang sulong @suffianhakiem cepat datang kiss baby… #ourbigfamily
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on Nov 28, 2018 at 5:56am PST
DAH HAMPIR HABIS PANTANG, TURUN 10KG
Dalam posting Instagram, Anne juga mengakui melakukan berurut, bersauna & bertangas sepanjang proses berpantang. Perkhidmatan perawatan pantang yang digunakan oleh Anne dalam pantang kali ini ialah makciknya sendiri.
annengasri_official Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya @bidan.anum.vouge ….terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg…
So mummy mama ibu mak diluar sana yang nak berpantang sambil “menguruskan” badan boleh lah call atau whatsap @bidan.anum.vouge & the team @zarraznannyscare . Memang saya sangat berpuas hati dengan “penjagaan” yang diberikan. Thank you aunty!
View this post on Instagram
Alhamdulillah syukur hampir tamat dah saya berpantang. Sebulan juga saya berurut, bersauna dan bertangas dengan makcik saya @bidan.anum.vouge ….terima kasih kerana berjaya buatkan saya hilang 10kg…
so mummy mama ibu mak diluar sana yang nak berpantang sambil “menguruskan” badan boleh lah call atau whatsap @bidan.anum.vouge & the team @zarraznannyscare . Memang saya sangat berpuas hati dengan “penjagaan” yang diberikan. Thank you aunty!
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on Dec 29, 2018 at 3:32pm PST
Sumber: annengasri_official
Bersama pengacara Pa&Ma Musim Ketiga, Shera dan Zahiri Selasa, 1 Disember 2019 membincangkan tajuk “Usah Pandang Ringan Influenza”. Dalam episod ini, banyak informasi tentang influenza akan dikongsikan. Maklumat daripada pakar, perkongsian pengalaman ibu bapa sangat membantu menambahkan pengetahun mama papa tentang influenza. Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
The post Amalkan Urut, Sauna & Tangas, Datin Anne Ngasri Turun 10kg Sebulan Lepas Bersalinkan Anak Kelima appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/amalkan-urut-sauna-tangas-datin-anne-ngasri-turun-10kg-sebulan-lepas-bersalinkan-anak-keenam/