Amalkan Minum Air Saffron Organic Setiap Pagi


Sebenarnya macam dah lama nak amalkan minum air saffron ni. Bagus katanya untuk kesihatan. Kita pun cubalah beli 1g Saffron untuk amalkan minum air saffron setiap pagi. 1g ni tahan 2-3 bulan macam tu. Untuk mendapat kebaikannya, kenalah konsisten.

Sebelum tu, jom kenali dulu saffron. Boleh baca info tentang saffron yang diambil dari petikan artikel Hello Doktor.
Apakah SaffronSaffron merupakan sejenis rempah iaitu bahagian stigma bunga yang bernama Crocus sativus yang banyak terdapat di sekitar Asia Tengah. Ia telah ditanam sejak ribuan tahun dahulu yang digunakan dalam masakan, perubatan, sebagai bahan pewarna dan juga perasa.

Stigma bunga saffron ini dikeringkan dan akan menjadai warna merah tua. Kemudian dia akan mengeluarkan warna kuning pekat apabila direndam di dalam air.

Saffron menjadi antara bahan wajib dalam masakan masyarakat di sekitar Timur Tengah dan juga Asia Tengah. Rempah ini juga dianggap sebagai antara jenis rempah yang paling mahal di dunia.

Harganya yang mahal ini disebabkan oleh proses untuk mendapatkannya yang agak sukar. Ini kerana kesemua kerja-kerja menuai stigma bunga saffron ini hanya dilakukan dengan tangan secara manual.

Kebaikan/ Manfaat Saffron1. Minum air saffron sebagai antioksidanSaffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan. Antara sebatian tersebut ialah seperti crocin, crocetin, safranal dan kaempferol. Crocin dan crocetin dikatakan mempunyai sifat antidepresan dan melindungi sel otak daripada kerosakan progresif.
Saffron diketahui mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini boleh membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang menjadi salah satu punca berlakunya kanser.

Dalam kajian makmal, saffron dan sebatiannya dilihat telah membunuh atau merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon secara selektif, tanpa membahayakan sel sihat yang lain.

Kesan ini juga dapat dilihat pada sel-sel kanser lain seperti sel kanser kulit, prostat, serviks, paru-paru dan payudara. Namun, masih banyak kajian lanjutan diperlukan memandangkan kajian ini masih lagi kurang dijalankan ke atas manusia.  
2. Membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badanBerdasarkan kajian yang telah dijalankan, antara kebaikan saffron ialah ia boleh membantu mengurangkan pengambilan snek dengan cara menyekat selera makan.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan selama lapan minggu, pengambilan suplemen saffron membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim tubuh, lilitan pinggang, dan jumlah jisim lemak.

Ada teori yang menyatakan bahawa saffron meningkatkan mood anda, sekali gus mengurangkan keinginan anda untuk mengambil snek

3. Membantu mengurangkan simptom PMSAda kajian yang menunjukkan bahawa saffron mungkin boleh membantu sindrom pra haid (PMS) wanita. Dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 45 tahun, pengambilan 30 miligram saffron setiap hari lebih berkesan berbanding plasebo dalam merawat sindrom PMS seperti sakit kepala, mudah marah dan rasa mengidam.

4. Memperbaiki moodDalam satu analisis ke atas lima kajian, suplemen saffron dilihat jauh lebih berkesan daripada plasebo dalam merawat gejala kemurungan ringan hinggalah ke tahap sederhana.

Selain itu, ada juga kajian yang mendapati bahawa pengambilan 30 miligram saffron setiap hari mempunyai kesan yang sama seperti ubat-ubatan bagi rawatan depresi.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan sebelum saffron ini boleh dicadangkan sebagai rawatan dalam merawat depresi

5. Memperbaiki memori pesakit AlzheimerAntara kebaikan saffron yang kurang diketahui ramai ialah manfaatnya dalam memperbaiki fungsi otak.
Kandungan antioksidan yang terdapat pada saffron berpotensi memperbaiki fungsi kognitif dan memori pesakit yang menghidap Alzheimer.

6. Bertindak sebagai bahan afrodisiakAfrodisiak merupakan bahan-bahan yang boleh membantu merangsang keinginan seksual seseorang individu. Kajian telah menunjukkan bahawa saffron mungkin mempunyai sifat afrodisiak, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil ubat antidepresan.

Selain itu, analisis enam kajian menunjukkan bahawa pengambilan saffron boleh meningkatkan fungsi ereksi, libido, dan kepuasan keseluruhan secara signifikan.

Motif nak amalkan minum air saffron ni adalah untuk kesihatan dan kalau dapat kurangkan selera makan dan kurus tu satu bonuslah kan. 
Saya beli di SM FOOD di TikTok dengan harga RM20 lebih untuk 1 g. Harga saffron memang mahal seperti yang diterangkan di atas



Cara minum air saffronBiasanya saya amalkan minum pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Apa yang saya tahu hanya perlu minum sekali sehari samada pagi atau malam. 
Saya suka minum suam di waktu pagi untuk keselesaan perut. Tuang air panas, lepas tu masukkan beberapa helai saffron dan biarkan air bertukar sehingga warna kuning. Anggaran masa 10-15 minit macam tu. Masa ni air panas tadi pun dah jadi suam. Boleh minum terus


Rasa air saffron ni hampir tiada rasa sebenarnya. Boleh minum dengan aman tanpa perlu menutup hidung. Bau dia pun tak ada sangat. 

Saya dah amalkan sebulan lebih kalau tak silaplah. Ye, memang ada kurang sikit selera nak makan manis-manis tu. Paling manis pun minum air kopi je lah. Tak craving manis tapi kalau ada depan mata, nak merasa sikit tu bolehlah

Sekarang pun tengah cut sugar untuk jaga kesihatan yang lebih baik selain amalkan brisk walk dan jogging. Tak terlalu mengharap sangat kesannya cuma kalau ada perubahan baik yang kita tak perasan tu kira eloklah amalkan.  Setakat ni tak ada kesan negatif, boleh terus minum

Cara nak tahu saffron original atau fakeSaffron original akan terapung. Manakala saffron fake dia akan tengelam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/01/amalkan-minum-air-saffron-organic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Saffron Elok Beri Anak Minum Setiap Pagi Bagus Untuk Otak Rugi Tak Amalkan

Air Saffron Elok Beri Anak Minum Setiap Pagi Bagus Untuk Otak Rugi Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 200 hits
Banyak khasiat terutama sekali untuk otak anak Elok diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang diambil sebelum ini Khasiat ialah untuk merangsang pertumbuhan sel sel otak manusia dan menguatkan ingatan Saffron sangat bai...
Kisah Pilu Anak Di Surabaya Disiksa Ibu Dipaksa Minum Air Panas Hingga Dicabut Giginya Pakai Tang

Kisah Pilu Anak Di Surabaya Disiksa Ibu Dipaksa Minum Air Panas Hingga Dicabut Giginya Pakai Tang

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 108 hits
Seorang ibu di Surabaya menyiksa anak kandungnya sendiri yang masih berumur 9 tahun secara sadis
Mama Tak Perlu Stres Kena Minum Air Gula Teknik Perlu Betul

Mama Tak Perlu Stres Kena Minum Air Gula Teknik Perlu Betul

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 159 hits
Proses minum air gula ketika pemeriksaan bulanan waktu hamil sering membuatkan bakal ibu rasa takut dan tidak bersedia Bimbang sebaik minum air gula dimuntahkan semula tanpa sengaja dan perlu minum sekali lagi Memang tak mampu Bimbang denga...
10 Khasiat Kunyit Hidup Dan Cara Minum Air Kunyit Yang Betul

10 Khasiat Kunyit Hidup Dan Cara Minum Air Kunyit Yang Betul

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 267 hits
10 KHASIAT KUNYIT HIDUP UNTUK KESIHATAN DAN CARA PENYEDIAAN JUS KUNYIT atau nama saintifik dikenali sebagai Curcuma longa merupakan tumbuhan herba yang dikenali juga sebagai turmeric dalam bahasa Inggeris Kunyit hidup telah lama digunakan d...
Skim Air Darul Ehsan 2024 Bil Air Percuma Setiap Bulan

Skim Air Darul Ehsan 2024 Bil Air Percuma Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 240 hits
Skim Air Darul Ehsan atau SADE terus diperkenalkan pada tahun 2024 oleh kerajaan negeri Selangor Melalui program bantuan ini lebih sejuta rakyat atau 285 673 akaun penerima air percuma itu menerima tanggungan kos yang meningkat RM1 60 kepad...
Pemandu Peribadi Didakwa Kelar Tangan Anak Tiri Paksa Minum Air Kencing

Pemandu Peribadi Didakwa Kelar Tangan Anak Tiri Paksa Minum Air Kencing

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 224 hits
BernamaSeorang pemandu peribadi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan iaitu mengelar tangan anak tiri lelakinya dan memaksa anak tiri perempuannya meminum air kencing R Segaran 38 bagaimanapun mengaku ti...
Cara Kreatif Simpan Air Tanpa Bekas Air

Cara Kreatif Simpan Air Tanpa Bekas Air

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Esok cuti bolehlah tidur lewat sedikit biarpun tidak baik untuk kesihatan Masa ini sahaja yang ada mood untuk menulis Oleh kerana seluruh negeri Pulau Pinang tiada air bermula 10 hingga 14 Januari 2024 maka ...
Akibat Mahu Ambil Air Di Sungai Wanita Warga Emas Cedera Parah Diserang Buaya

Akibat Mahu Ambil Air Di Sungai Wanita Warga Emas Cedera Parah Diserang Buaya

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 118 hits
Seorang wanita warga emas berusia 79 tahun dilaporkan cedera parah selepas diserang oleh seekor buaya dipercayai berlaku di Kudat Sabah Diserang Ketika Ambil Air Di Sungai Berdasarkan sumber Berita Harian difahamkan warga emas terbabit tela...
15 Menu Air Di Zus Coffee Boleh Cuba Kalau Tak Tahu Nak Order Apa

15 Menu Air Di Zus Coffee Boleh Cuba Kalau Tak Tahu Nak Order Apa

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 321 hits
Kalau nak beli zus coffee tapi tak tahu nk order ape nah senarai air yang korang boleh cube yang tak suke coffee boleh lah try air frappe dia Australian Chocolate Add On Chocolate drizzle and Whipped CreamCaramel Cream Frappe Add On Chocola...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket