Amalkan Madu Saffron Iran Untuk Meningkatkan Imuniti Badan
Amalkan Madu Saffron Iran Untuk Meningkatkan Imuniti Badan
Sekarang ni kalau kat belah pantai timur, musim hujan. Bila musim hujan jer mudah sangat penyakit datang. Kena hujan jer dah demam, batuk, selesema dan sakit kepala. Bila sistem imun tak kuat mudah sangat dapat penyakit.
Sebab tu sebagai isteri dan ibu, KakYa akan berikan yang terbaik untuk suami dan anak anak KakYa. Bagi meningkatkan sistem imuniti badan diaorang KakYa pastikan suami dan anak anak ambil satu sudu Madu Saffron Iran sebelum pergi kerja dan ke sekolah. Kita bila jadi isteri dan mak mak orang kena lebih prihatin pada kesihatan ahli keluarga.
Pengambilan madu, sepertimana yang kita semua tahu dapat membantu dalam meningkatkan dan menguatkan imuniti badan serta melawan jangkitan virus dan juga bakteria jahat (yang jahat kita tak nak, kita nak yang baik baik ajer) . Fakta ini sememangnya telah terbukti secara saintifik, madu adalah makanan paling berkhasiat di muka bumi Allah ini. Dah terbukti terang lagi bersuluh, jadi korang tak perlu ragu ragu untuk amalkan pengambilan madu dalam pemakanan harian.
Jom sama sama kita tingkatkan imuniti tubuh badan, dengan mengamalkan madu. Madu terbukti mengandungi pelbagai khasiat penting yang bertindak sebagai anti bakteria dan anti oksida yang mampu membantu meningkatkan imuniti badan.
Sekarang ni Covid dah timbul balik korang, musim sekarang ni adalah penting untuk kita mengambil inisiatif meningkatkan ketahanan badan dan imunisasi diri dengan mengamalkan pemakanan semulajadi yang mampu menjadi “Immune Booster” untuk kita setiap hari. Amalan pengambilan madu amatlah digalakkan untuk perlindungan kesihatan diri dan keluarga.
Madu Saffron Iran
Madu terbaru yang KakYa amalkan,Madu Saffron Iran. Madu ini terhasil daripada beberapa campuran madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi dan di import daripada Iran. Selain daripada itu, ianya turut di campur dengan beberapa jenis herba terpilih dan juga air zam zam tulen.
Madu Saffron Iran sangat sesuai untuk kanak kanak dan juga orang dewasa. Ianya telah terbukti di hasilkan daripada 100% Madu hutan asli, 100% Pati saffron asli, 100% Saffron berkualiti dari Iran dan paling penting sekali produk ini adalah perasa asli tanpa ditambah dengan apa apa perasa tambahan.
Khasiat Dan Kebaikan Madu Saffron Iran
Untuk korang yang belum cuba Madu Saffron Iran, KakYa nak kongsilah jugak sedikit sebanyak khasiat dan kebaikan madu ini. Antaranya;
• Menguatkan ingatan dan mempertajam fikiran.• Jika korang dalam resah gelisah, dengan mengambil madu ni InsyaAllah dapat menghilangkan resah gelisah dan gundah gulana yang dialami.• Dapat menenangkan hati.• Memberi tenaga dari segi rohani dan juga jasmani.• Meningkatkan imuniti badan.• Memberi kehangatan pada tubuh badan.• Melegakan sakit sendi.• Menjadi asbab untuk kecerdasan akal.• Dapat tidur yang lebih lena pada waktu malam.
Cara Pengambilan Madu Saffron Iran
Ok dah tahu kan khasiat dan kebaikan Madu Saffron Iran? Meh KakYa nak citer pulak kat kat korang, Cara pengambilan Madu Saffron Iran.
Kalau korang nak amalkan sepanjang hari, korang boleh bancuh tiga sudu Madu Saffron Iran ni bersama dengan sebotol air putih. Boleh minum sepanjang hari.
Untuk mempertajam akal fikiran, korang boleh amalkan minum dua sudu pada waktu pagi selepas sarapan.
Untuk menenangkan diri, korang boleh ambil bila perlu sahaja. Korang bancuh tiga sudu Madu dengan secawan air sejuk dan minum sehingga habis.
Bagi yang sedang menghadapi masalah sendi dan mempunyai masalah sukar tidur malam, korang boleh minum satu sudu madu setengah jam sebelum tidur bersama dengan segelas air putih.
Apa Kata Suami Dan Anak KakYa Selepas Mengamalkan Madu Saffron Iran
Kalau tanya suami KakYa, jawapan dia takde rasa. Hahahahaa aduhai jujur sungguh la jawapan laki aku ni. Memang la minum sehari takde rasa la korang. Nak rasa apa kan? Lepas lebih seminggu amalkan Madu Saffron Iran ni, KakYa tanya la pendapat suami dan anak, sebab dioarang yang rajin minum madu.
Encik Suami cakap, mula mula tak suka sangat sebab rasa saffron yang sedikit kuat. Lama lama dah ok dan boleh terima. Dari segi rasa ok katanya boleh telan dan kalau boleh rasa nak teguk (dah kenapa nak teguk dengan botol botol sekali ke). Rasa manis dan sedap dengan madu yang pekat likat. Terasalah madunya yang asli tu. Memang sah sah la madu kan, opkos la manis.
Dari segi tubuh badan, alhamdulilah ada rasa segar dan lebih bertenaga bila bangun pagi. Lepas minum hari ke empat, ke lima camtu, tidur lebih lena berbanding sebelum ni. Dia jenis mudah terjaga time tidur malam. Kalau dah terjaga susah ler nak tidur semula. Alhamdulillah lepas amalkan Madu Saffron Iran selama empat ke lima hari tidur lebih lena berbanding sebelum ni. Pahni kena minum selalu la ya!
Pastu tanya la feedback anak bongsu KakYa yang minum madu ni jugak. Tahu apa Akif cakap. Feedback Akif sama sebijik macam Abah punya feedback. Jadi Umi takyah nak bual lebih lebih la, Umi tulis jer feedback Akif ngan abah sebijik sama. Dah minum benda yang sama kan Umi .. Takkan nak bagi feedback lain macam. Ikut abah je la.
Gitu pulak dah dia pesan kat Umi dia sebab dia tahu kalau Umi dia menulis panjang berjela jela. Hahaha .... Takpe la nak, Umi tetap tulis jugak sebagaimana yang dipinta.
Di Mana Nak Dapatkan Madu Saffron Iran Duk citer pung pang pung pang kat atas sana, nak tahu ke tak KakYa beli kat mana Madu Saffron Iran ni. Mesti korang tak sabar nak tahu kan kan kan? Ok tak jauh pon KakYa beli, bukan beli kat Iran sana tapi beli kat Malaysia jer. Musim musim sekarang ni, beli online jer la senang. Yang nak beli Madu Saffron Iran macam yang KakYa beli ni, boleh ler beli kat Shopee.
Takyah tunggu lama lama, boleh terjah cari sekarang sebelum stok abih. Jangan pulak nanti nangis bucu katil sebab tak dapat. Jangan cakap ahkak tak payung okey. Ahkak dah payung cecantik dah ni... Apalagi beli la satu untuk kesihatan seisi keluarga. Nak sihat tubuh badan kenalah amalkan produk yang bagus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2024/03/amalkan-madu-saffron-iran-untuk.html