Amalan Sharenting Dedah Kanak Kanak Bahaya Dalam Talian Kata Cmcf


 
CMCF menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati berkongsi aktiviti dan maklumat anak-anak di media sosial.
KUALA LUMPUR: Amalan sharenting atau menunjuk-nunjuk mendedahkan kanak-kanak kepada risiko bahaya dalam talian dan mencetuskan kebimbangan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang mengutamakan perlindungan privasi, keselamatan serta kesejahteraan golongan itu.
Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali berkata ibu bapa serta penjaga mempunyai tanggungjawab asas untuk memastikan hak anak-anak, termasuk hak terhadap maruah dan keselamatan mereka, tidak terjejas melalui aktiviti dalam talian.
“Kita sering mengajar anak-anak supaya berhati-hati dalam talian tetapi ibu bapa tanpa sedar boleh melemahkan pengajaran berkenaan.
“Berkongsi secara berlebihan, walaupun dengan niat yang baik boleh menjejaskan keselamatan, privasi, dan kesejahteraan emosi anak-anak kita. Kita mesti berhenti dan berfikir sebelum menekan butang post kerana Internet tidak pernah lupa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sharenting pada asasnya ialah gabungan dua perkataan Bahasa Inggeris iaitu sharing dan parenting manakala istilah sharenting pula merujuk kepada fenomena perkongsian foto serta video anak-anak selain maklumat pengenalan diri yang lain oleh ibu bapa pada akaun media sosial mereka sendiri.
Menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif CMCF Mediha Mahmood berkata peluang menjana pendapatan melalui kandungan digital juga meningkatkan risiko eksploitasi, pendedahan berlebihan dan penyalahgunaan maklumat peribadi kanak-kanak.
“Apabila ibu bapa, guru atau penjaga mengutamakan keuntungan berbanding kesejahteraan anak-anak, masyarakat perlu tampil memperjuangkan perlindungan yang lebih kukuh demi menjaga hak dan maruah mereka,” katanya.
CMCF turut menyokong kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Selasa mengenai risiko sharenting yang semakin membimbangkan apabila ibu bapa tanpa sedar mendedahkan anak-anak kepada bahaya dalam talian dengan berkongsi maklumat dan kandungan peribadi mereka.
Risiko itu bukan sekadar teori sebaliknya kes jenayah membabitkan kanak-kanak seperti kecurian identiti dan pengantunan dalam talian terus meningkat di seluruh dunia.
“Untuk menangani cabaran ini, CMCF terus bekerjasama dengan platform teknologi, pendidik, ibu bapa dan organisasi masyarakat sivil untuk meningkatkan kesedaran serta menyediakan alat bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dalam talian,” menurut kenyataan itu.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah bengkel dan latihan iaitu program untuk ibu bapa serta pendidik memahami risiko berkongsi secara berlebihan selain mengamalkan tabiat dalam talian yang lebih selamat serta kerjasama dengan platform seperti TikTok, Meta dan Google untuk memperkukuh alat privasi serta meningkatkan mekanisme keselamatan untuk keluarga.
CMCF turut melaksanakan kempen advokasi menerusi inisiatif awam seperti #ThinkTwice yang mempromosikan literasi media dan perkongsian kandungan secara bertanggungjawab. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/amalan-sharenting-dedah-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Kewangan Kontraktor Antara Faktor Projek Sakit Di Sarawak Kata Fadillah

Masalah Kewangan Kontraktor Antara Faktor Projek Sakit Di Sarawak Kata Fadillah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 203 hits
Fadillah Yusof berkata kerajaan menamatkan kontrak itu dan menawarkan tender baharu kepada kontraktor penyelamat untuk menyiapkan projek sakit terbabit PETALING JAYA Masalah kewangan dihadapi kontraktor antara faktor utama 11 projek perseku...
Pergelutan Bersatu Memang Dijangka Kata Penganalisis

Pergelutan Bersatu Memang Dijangka Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 118 hits
Bersatu dewasa ini bergelut dengan pergolakan dalaman di akar umbi dan cabaran luaran dalam gabungan Perikatan Nasional PETALING JAYA Pergolakan dalaman dan cabaran luaran didepani Bersatu ketika ini memang dijangka berlaku kata seorang pen...
Mercedes Benz Terbakar Di Tol Rupanya Langgar Lari Motosikal Netizen Kata Kifarah

Mercedes Benz Terbakar Di Tol Rupanya Langgar Lari Motosikal Netizen Kata Kifarah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 213 hits
Sebuah kenderaan utiliti sukan Mercedes Benz GLE450 AMG didakwa melanggar lari sebuah motosikal sebelum dilaporkan terbakar di Kilometer 8 Lebuhraya Setiawangsa Pantai semalam Mercedes Benz terbakar di tol rupanya Foto Kosmo Online
Benar Kata Pepatah Manusia Lebih Kejam Daripada Binatang Wanita Hilang 10 Hari Ditemui Mereput Dalam Longkang

Benar Kata Pepatah Manusia Lebih Kejam Daripada Binatang Wanita Hilang 10 Hari Ditemui Mereput Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 177 hits
Misteri kehilangan seorang wanita Nurul Asikin Lan berusia 28 tahun sejak 10 hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja Kuching pada Sabtu lalu Benar kata pepatah man...
Modul Pulih Akidah Pimpinan Tinggi Gisbh Sedang Disiapkan Kata Menteri

Modul Pulih Akidah Pimpinan Tinggi Gisbh Sedang Disiapkan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 168 hits
Menteri Agama Mohd Na im Mokhtar menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sempena program Misi Bantuan Banjir Ihsan Madani oleh Skuad Musa adah Al Falah Madani di Alor Setar hari ini POKOK SENA Modul silibus bagi pemulihan akidah pengiku...
Warganegara M Sia Kata Hidup Di Sg Murah Gila

Warganegara M Sia Kata Hidup Di Sg Murah Gila

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 129 hits
Seorang lelaki Malaysia baru baru ini mencetuskan perbincangan di media sosial apabila beliau berkongsi pendapatnya bahawa hidup di Singapura lebih murah berbanding ketika tinggal di Kuala Lumpur Pengguna Facebook Nizam Nizam memuat naik pe...
Apa Hal Pulak Ni Saya Kekal Di Selangor Hingga Akhir Penggal Kata Amirudin

Apa Hal Pulak Ni Saya Kekal Di Selangor Hingga Akhir Penggal Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 130 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Adun Sungai Tua Amirudin Shari mengumumkan akan kekal di Selangor sehingga akhir penggal ini Beliau membuat pengumuman itu susulan pelbagai spekulasi tular baru baru ini Sebagaimana nasihat Duli Yang Maha Mulia Tu...
Hujah Upsr Pt3 Tak Relevan Seperti Perlekeh Pemimpin Dahulu Kata Ahli Akademik

Hujah Upsr Pt3 Tak Relevan Seperti Perlekeh Pemimpin Dahulu Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 103 hits
UPSR dan PT3 dimansuhkan Kementerian Pendidikan pada 2021 yang digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PETALING JAYA Seorang ahli akademik berpendapat hujah mengatakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tidak relevan dan tidak selari ...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Panduan Lengkap Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Buat Pasport Malaysia Antarabangsa Kanak Kanak

Designing Easy Websites And Apps

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

Tanam Pucuk Manis Dalam Pasu Senang Nak Buat Masak Lemak