Amalan Dan Doa Sebelum Tidur Yang Diajar Rasulullah Saw




Antara contoh dan sunnah Rasulullah yang wajib kita amalkan adalah amalan dan doa sebelum tidur serta selepas bangun tidur seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Sunnah Nabi sebelum tidur juga sangat mudah dibuat malahan ia sangat penting serta amat baik diamalkan untuk kesihatan badan manusia.

Berikutnya dikongsikan amalan dan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum merehatkan badan dan tidur. Sebaiknya kita amalkan dengan segera dan jadikan rutin harian dalam hidup kita.

Amalan dan Doa Sebelum Tidur Rasulullah
1. Berwuduk sebelum tidur



"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat." (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa sebelum tidur kita digalakkan mengambil wuduk dan perkara ini adalah untuk menjaga kesucian ketika tidur serta memberikan kesegaran pada badan sebelum tidur.

2. Tidur Mengiring Ke Kanan

Berkaitan dengan tidur dengan posisi mengiring sebelum tidur telah disampaikan dalam beberapa riwayat hadis yang berikut;"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya tidur mengiring ke kanan yang diajarkan Rasulullah SAW, menurut kajian tidur sebegitu adalah sebagai posisi tidur yang sihat kerana ia membantu proses pernafasan yang lancar.

3. Meletakkan Tangan Kanan di Pipi Kanan

Posisi tidur dengan meletakkan tangan kanan di pipi kanan juga mempunyai hadis dan riwayatnya yang tersendiri iaitu ; "Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya". (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Jangan Tidur Dalam Keadaan Meniarap

Cara tidur dalam Islam juga amat penting untuk kita ikuti, berkaitan dengan posisi tidur meniarap, Rasulullah turut menegah agar umatnya tidak tidur dalam keadaan meniarap. Perkara ini juga berkait dengan masalah kesihatan badan jika dilihat dari aspek biologi dan kesihatan badan kerana ia menganggu jantung dan saluran pernafasan seperti dinyatakan di dalam hadis berikut;

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR Abu Dawud)

5. Jaga Kebersihan Tempat Tidur

Membersihkan tempat tidur juga adalah sunnah Nabi yang wajib kita jadikan amalan dan ini dibuktikan dengan menjaga kebersihan tempat tidur mampu membantu pernafasan kita yang tidak diganggu oleh bakteria atau debu yang terdapat di tempat tidur selain kita akan lebih selesa jika suasana bersih dari segala kekotoran.

"Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu apa yang ada di atasnya.". (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Tidur Selepas Waktu Isyak

Kita digalakkan untuk tidur selepas waktu Isyak, walaupun waktu Isyak adalah waktu yang agak panjang tetapi jika kita lalai kita pasti akan meninggalkan solat fardhu Isyak ini. Oleh itu, tidurlah selepas menunaikan solat Isyak sepertimana sunnah Nabi ini yang wajib kita amalkan.

"Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isyak) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." (HR Bukhari dan Muslim)

7. Menunaikan Solat Witir



Selain solat Isyak wajib dibuat sebelum tidur, Rasulullah turut mengalakkan kita menunaikan solat witir sebelum tidur. Solat witir ini amat baik dilaksanakan selain mendapat pahala ia juga mampu menenangkan diri kita serta kita boleh berdoa sebelum tidur.

Solat witir atau dipanggil juga sebagai solat malam sebelum tidur amat digalakkan dalam Islam dan ia menjadi lebih baik jika diteruskan dengan solat tahajud selepas tidur serta bangun pula di Subuh hari.

"Kekasihku iaitu Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku tiga wasiat: (1) berpuasa tiga hari setiap bulannya, (2) mengerjakan dua rakaat solat Dhuha, (3) mengerjakan witir sebelum tidur." (HR. Bukhari)

8. Membaca Doa Sebelum Tidur

Amalan membaca doa sebelum tidur pastinya memberikan ketenangan kepada kita serta menjadikan tidur kita sebagai satu ibadah yang dilakukan. Kerana itu juga Rasulullah mengajar kita doa sebelum tidur seperti yang disampaikan melalui hadis berikut;

Dari Hudzaifah, ia berkata, "Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan:

‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’

Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan:

"Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali)." (HR. Bukhari)

Doa Sebelum Tidur



Doa Selepas Bangun Tidur



9. Meniup Tapak Tangan

Rasulullah SAW sewaktu berada di tempat tidurnya pada setiap malam dengan mengangkat kedua-dua tapak tangannya yang ditiup dan membaca;

Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).

Seterusnya mengusap dengan kedua-dua tapak tangan kepada seluruh anggota tubuh yang dapat dicapai bermula dari kepala, muka dan bahagian depan tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (HR. Bukhari)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa maksud meniup tapak tangan bukanlah sekadar meniup tetapi ia mempunyai doa dan zikir yang ditujukan kepada Allah SWT.

10. Membaca Ayat Kursi

Membaca ayat Kursi sebelum tidur juga adalah sunnah sepertimana disampaikan oleh Rasulullah SAW melalui riwayat hadis berikut;

"Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi."

"Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan." (HR. Bukhari)

Sebenarnya, selain membaca ayat kursi, kita boleh saja membaca apa-apa ayat suci Al-Quran yang lain mengikut kesesuaian serta keperluan diri kita. Bacalah apa saja ayat lain yang anda ingat atau apa-apa surah yang kita hafal, ia tidak menjadi kesalahan.

Sebagai panduan untuk amalan dan doa sebelum tidur dan ketika bangun tidur yang lebih lengkap seperti yang diajarkan Rasulullah SAW atau dipanggil juga sebagai Sunnah Nabi, sila lihat video rakaman doa dan zikir sebelum tidur dan selepas bangun tidur yang dikongsikan di bawah.


Sunnah Nabi Sebelum Tidur


Semoga perkongsian amalan dan doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur seperti yang diajar Rasulullah SAW ini bermanfaat untuk anda.- ilmualam.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ilmualam.com/2020/01/amalan-dan-doa-sebelum-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah Saw Untuk Sentiasa Dilindungi Dari Penyakit

Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah Saw Untuk Sentiasa Dilindungi Dari Penyakit

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 726 hits
Doa Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW Untuk Menolak Wabak Penyakit Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia termasuklah manusia Virus ini akan mengakibatkan masalah kesihatan seperti demam selesema ata...
Ini Sebab Mengapa Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Tidur

Ini Sebab Mengapa Rasulullah Suruh Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 607 hits
Sudahkah anda membiasakan diri dengan membersihkan atau mengibaskan tempat tidur anda dengan kain atau sarung sebelum anda baring dan tidur di atasnya di bilik tidur Pastinya sebelum tidur anda akan membaca Bismillah sebelum melelapkan mata...
Gambar Selfie Dan Sebuah Mimpi Sebelum Tidur

Gambar Selfie Dan Sebuah Mimpi Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 487 hits
SESUDAH SUBUHSelfie di jerung dapur SEMALAM telah tersebar sekeping gambar di meja makan di sebuah rumah Gambar itu biasa sahaja selfie sedang makan yang sudah jadi kemestian orang zaman muasir ini Kemudahan dan kecanggihan smart phone digu...
3 Pelajar Padawan Dibelasah Lebih 10 Gengster Asrama Selama 2 Jam Sebelum Dibenarkan Tidur

3 Pelajar Padawan Dibelasah Lebih 10 Gengster Asrama Selama 2 Jam Sebelum Dibenarkan Tidur

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 515 hits
Tiga pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Padawan Sarawak dibelasah selama dua jam sebelum dibenarkan tidur Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di asrama sekolah berkenaan mangsa telah dipukul lebih dari 10 pelajar senio...
Sebelum Tidur Tengok Muka Pasangan Dengar Luahan Dia Telefon Letak Tepi Dulu

Sebelum Tidur Tengok Muka Pasangan Dengar Luahan Dia Telefon Letak Tepi Dulu

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 668 hits
Seharian sibuk menguruskan tuntutan kerja pasti melelahkan Apabila pulang ke rumah biasanya kita hanya mahu berehat Bagi isteri yang tidak bekerja pada waktu malamlah mereka mahu mencuri sedikit masa untuk meregangkan segala urat bersimpul ...
Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu Rezeki Dan Amalan

Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu Rezeki Dan Amalan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 4016 hits
Doa Di Pagi Hari Untuk Ilmu Rezeki Dan Amalan Tiada senjata yang paling ampuh dan mudah saja amalannya melainkan DOA Doa dari orang biasa atau luar biasa kaya atau miskin tetap Allah akan makbulkan Cuna janganlah angkuh ketika berdoa Itu Al...
Maksud Jarak Rasulullah Saw Diutus Dan Hari Kiamat Seperti Dua Jari

Maksud Jarak Rasulullah Saw Diutus Dan Hari Kiamat Seperti Dua Jari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 606 hits
SOALAN Boleh jelaskan tentang maksud jarak Nabi SAW diutus dengan hari Kiamat yang akan berlaku adalah seperti dua jari sepertimana disebut dalam sebuah hadith JAWAPAN Menjawab persoalan di atas ia adalah berdasarkan sebuah hadith yang diri...
Minumlah Air Rebusan Pisang Sebelum Tidur Dan Lihat Reaksi Menakjubkan Pada Tubuh Anda

Minumlah Air Rebusan Pisang Sebelum Tidur Dan Lihat Reaksi Menakjubkan Pada Tubuh Anda

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 637 hits
Simptom susah tidur ini sering berlaku kepada individu dan ia dikenali sebagai penyakit insomnia Otak manusia memerlukan rehat dan cukup yang tidur Jika tidak ia akan memudaratkan diri dan lebih teruk boleh membawa maut Tapi jangan risau ba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah