Amalan Amalan Yang Melapangkan Rezeki


Assalamualaikum…
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Ny a. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan , Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat . Di antaranya :
1. Menyempatkan Diri Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi :

“ Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Gambar dari Google 3. Tinggalkan Perbuatan Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa Ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya :

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w.. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w. :

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat Banyak Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
”Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-Pagi
Menurut Rasulullah s..a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda :
”Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda :
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam :

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi Solat Malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi :
”Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur Kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman :

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi :
“ dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan , menjenihkan dan melunakkan hati , ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu , terbukanya pintu hidayah , dimudahkan faham agama , diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki . Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat , dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah ( Maha Membukakan ) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu ; misalnya dibaca “ Ya Allah ya Fattah ” berulang-ulang , diiringi doa : “Y a Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu , bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim..” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam , dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya , nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar Sehabisnya
Siapa berusaha , dia akan dapat . Ini sunnatullah . Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya , tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja . ( Riwayat Ahma d, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim )Bagi orang beriman , tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran , hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi , hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram , dan sebagainya .
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
”Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda :
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa . Dengan takwa , Allah akan beri jalan keluar ( dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata , bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Sumber : Dari Email
The post Amalan-Amalan Yang Melapangkan Rezeki appeared first on wanzawawi[dot]net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wanzawawi.net/2021/08/amalan-amalan-yang-melapangkan-rezeki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dikritik Tak Boleh Pergi Jauh Kerana Saiz Badan Dina Nadzir Syukur Rezeki Melimpah Ruah

Hiburan Dikritik Tak Boleh Pergi Jauh Kerana Saiz Badan Dina Nadzir Syukur Rezeki Melimpah Ruah

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 281 hits
Penyanyi dan juga penyampai radio Dina Nadzir mengakui bahawa ada sesetengah orang pernah mengkritik dan juga memandang rendah terhadap dirinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Dina ada yang memberi tanggapan negatif pada awal kemunculan...
Cabaran Tukang Kasut Cari Rezeki Ketika Pandemik Covid 19

Cabaran Tukang Kasut Cari Rezeki Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 252 hits
Perniagaan membaiki kasut kecil kecilan terjejas akibat pandemik Covid 19 dan pelaksanaan PKP manakala mereka yang terlibat dalam rangkaian pembekalan makanan bergelut untuk kekal berdaya saing di pasaran Indra Bujang menunggu pelanggan di ...
Hiburan Masukkan Duit Dalam Nasi Cara Alha Alfa Kongsi Rezeki Jadi Perhatian Netizen

Hiburan Masukkan Duit Dalam Nasi Cara Alha Alfa Kongsi Rezeki Jadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 240 hits
Kisah Alha Alfa pernah tular sebelum ini di media sosial selepas memberi sedekah kepada yang memerlukan dengan caranya yang tersendiri iaitu memasukkan wang kertas ke dalam pisang ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBagaimanapun usahawan kosmeti...
Jiran Baik Berkongsi Rezeki Dengan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian

Jiran Baik Berkongsi Rezeki Dengan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 453 hits
Kasih masyarakat Roslah menyerahkan beberapa topeng muka dan kongsi rezeki masakan buatan sendiri kepada Aunty Cheng di Kampung Setanggi Johor Baru JOHOR BARU Cheng Siok Tiang tinggal sendiri di Kampung Setanggi di sini tempat yang telah di...
Populariti Tolak Tepi Jangan Rasa M4lu Azlee Senario Beri Contoh Baik Artis Tak Memilih Kerja Demi Cari Rezeki

Populariti Tolak Tepi Jangan Rasa M4lu Azlee Senario Beri Contoh Baik Artis Tak Memilih Kerja Demi Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 400 hits
AKUI wang simpanan semakin berkurangan ak1bat tidak dapat bekerja ketika negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara pelakon Azlee Senario mengambil inisiatif menjana pendapatan dengan berniaga buah buahan Ujar Azlee atau nama penuhnya M...
Rezeki

Rezeki

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 573 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Rezeki malam ni KK dapat makan nasi lemak tadi teman serumah KK ada bawa balik nasi lemak yang penting padu nasi lemak diaNasi penuh ayam seketul dan paling best telur sebiji tu memang padu habis sebeka...
Sempoi Je Azlee Senario Jual Buah Tepi Jalan Tak Fikir Dah Dunia Glamor Demi Cari Rezeki

Sempoi Je Azlee Senario Jual Buah Tepi Jalan Tak Fikir Dah Dunia Glamor Demi Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 388 hits
Akui wang simpanan semakin berkurangan akibat tidak dapat bekerja ketika negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara pelakon Azlee Senario mengambil inisiatif menjana pendapatan dengan berniaga buah buahan Ujar Azlee atau nama penuhnya M...
9 Tips Mendapatkan Rezeki Yang Melimpah Dan Barokah

9 Tips Mendapatkan Rezeki Yang Melimpah Dan Barokah

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 369 hits
Siapa yang tak ingin mendapatkan rezeki dengan mudah Hampir semua orang pasti ingin menjadi makmur dengan effort sekecil mungkin Namun realita sering berkata sebaliknya Kecuali bagi sebagian kecil kalangan mencari rezeki adalah hal yang cuk...
Ini Potret Cantik Istri Kombes Saat Berbagi Rezeki Di Jalanan Bikin Kagum

Ini Potret Cantik Istri Kombes Saat Berbagi Rezeki Di Jalanan Bikin Kagum

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 277 hits
Istri seorang Komisaris Besar Polisi bernama Heni Tania kerap mencuri perhatian Selain paras yang cantik banyak yang memuji kemurahan hatinya Sejumlah potretnya kala berbagi di jalan pun banyak disorot warganet Penasaran dengan aksi istri K...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul