Alorsetar Penjawat Awam Palsukan Surat Kebenaran


Seorang penjawat awam di sini didakwa memalsukan maklumat borang permohonan rentas negeri semata-mata ingin tinggal melebihi masa ditetapkan demi meraikan Aidilfitri di kampung.


Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, penjawat awam berusia lingkungan 40-an itu pulang bersama tiga ahli keluarganya dari Putrajaya ke Pendang.

Menurutnya, penjawat awam dalam bidang pengkeranian terbabit mendapat kebenaran pulang atas sebab memberi alasan ingin menghantar bekalan ubat untuk bapanya.

"Bagaimanapun tindakan lelaki terbabit tinggal lebih masa dan mengubah tarikh pada dokumen terbongkar apabila dia datang ke Balai Polis Pendang untuk mendapatkan kebenaran pulang ke Putrajaya semula semalam.



"Apabila meneliti surat kebenaran pulang diberikan, kita dapati borang berkenaan agak meragukan sebelum membuat semakan lanjut dengan balai polis memberi kebenaran pulang," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan lokasi tumpuan awam di bandar Alor Setar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin.

Zainuddin berkata, semakan lanjut mendapati surat kebenaran pergerakan berkenaan untuk penjawat awam terbabit sepatutnya telah tamat pada 17 Mei lepas namun dia menukar kepada 25 Mei 2020.

"Jadi dia bukan hanya telah melakukan kesalahan tinggal melebihi tempoh ditetapkan malah juga telah mengubah tarikh sebenar diberikan," katanya.

Menurut beliau, penjawat awam itu dikhuatiri menggunakan kaedah mengubah suai tarikh asal pada surat kebenaran pergerakan berkenaan untuk meloloskan diri.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mengarahkan penjawat awam untuk pulang semula ke rumah di Pendang dan tidak dibenarkan kembali ke Putrajaya sehingga siasatan selesai.

Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Komersial untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan surat kebenaran.

Zainuddin berkata, semua penjawat awam diingatkan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan jikalau didapati merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurutnya, penjawat awam boleh menerima padah sekiranya didapati melanggar undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata, beliau mendapati beberapa pemilik kediaman diperiksa mematuhi SOP ditetapkan sempena Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di beberapa kediaman di Kampung Burhan dan Taman Saga di sini yang dilihat memiliki banyak kenderaan dalam satu rumah.

"Berdasarkan pemeriksaan, kita dapati pemilik kediaman terbabit memberi kerjasama baik kepada polis dan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati sebuah restoran makanan segera di Jalan Alor Mengkudu di sini yang menjadi tumpuan penduduk sejak Ramadan lepas mematuhi SOP ditetapkan.

"Kita lihat restoran berkenaan bukan hanya melakukan penjarakan sosial malah orang awam termasuklah petugas perlu menjalani pemeriksaan suhu dan memberi maklumat terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis," katanya. SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/alorsetar-penjawat-awam-palsukan-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Palsukan Tarikh Surat Rentas Negeri Untuk Balik Ke Putrajaya

Penjawat Awam Palsukan Tarikh Surat Rentas Negeri Untuk Balik Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 436 hits
Polis Kedah akan terus mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan di pintu masuk dan keluar negeri itu bagi memastikan rakyat mematuhi larangan rentas negeri ALOR SETAR Seorang penjawat awam dihalang pulang ke Putrajaya semula selepas disyaki m...
Luahan Penjawat Awam

Luahan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 319 hits
Assalamualaikum wbtSaya seorang penjawat awam yang telah berkhidmat selama 17 tahun Sebagai penjawat awam kami berkhidmat untuk government of the day Tak kiralah BN PH mahupun PN Cuma nak meluahkan isi hati ramai rakan rakan dalam perkhidma...
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Penjawat Awam

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 513 hits
The post appeared first on Tarikh Bayaran Bantuan Khas Hari Raya Penjawat Awam Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Aidilfitri Tahun 2020 kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan pesara kerajaan berpencen Lebih Info akan kongsikan maklu...
Bantuan Rm1 000 Diumumkan Kerajaan Selangor Untuk Penjawat Awam

Bantuan Rm1 000 Diumumkan Kerajaan Selangor Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 535 hits
Berita baik buat penjawat awam di Selangor apabila kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari membuat keputusan untuk memberikan RM1 000 kepada semua penjawat awam Gred56 ke bawah Bantuan ini akan dit...
Berlapang Dada Jangan Pertikai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Cuepacs

Berlapang Dada Jangan Pertikai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam Cuepacs

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 431 hits
Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam meminta semua pihak supaya berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam Presidennya Adnan Mat menegaskan pihak...
Mb Penjawat Awam Pahang Dapat Bonus Aidilfitri Rm500

Mb Penjawat Awam Pahang Dapat Bonus Aidilfitri Rm500

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 474 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada kira kira 8 000 penjawat awam di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bayaran akan dibuat pada 19 Mei in...
Esok Lusa Dah Nak Raya Penjawat Awam Dari Kementerian Kewangan Nak Tanya

Esok Lusa Dah Nak Raya Penjawat Awam Dari Kementerian Kewangan Nak Tanya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 433 hits
17th May 2020 Saya Penjawat Awam dari Kementerian Kewangan nak ucapkan ribuan terima kasih kpd PM TS Muhyiddin Yassin diatas pemberian khas RM500 kepada penjawat awam tahun ini untuk sambutan Hari Raya PENJAWAT AWAM MOF NAK TANYA Ketika Men...
Mereka Tak Menderita Apa Apa Mef Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam

Mereka Tak Menderita Apa Apa Mef Kritik Bantuan Khas Aidilfitri Buat Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 523 hits
Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 akan diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 small Cover image via Astro Awani small Pada 11 Mei lalu Ketua Pengarah Perkhidma...
Kes Ugut Penjawat Awam Pn Kembeli Ke Era 90 An

Kes Ugut Penjawat Awam Pn Kembeli Ke Era 90 An

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 933 hits
Kes mengugut penjawat awam ini mula berlaku sejak zaman pemerintahan Mahathir di sekitar tahun 90an Ini adalah kerana ketakutan pemerintah untuk mendepani teguran rakyat Inilah yang berlaku terhadap seorang Doktor gred 44 dimana beliau mene...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada