Almarhumah Sharifah Aini


KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Al-Fatihah.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/biduanita-negara-datuk-sharifah-aini-meninggal-dunia-39083?cp

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mindaict.blogspot.com/2014/07/almarhumah-sharifah-aini-1953-2014.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup Meyentuh Hati Permintaan Terakhir Arwah Sharifah Aini

Cukup Meyentuh Hati Permintaan Terakhir Arwah Sharifah Aini

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 214 hits
Sebagaimana semua telah maklum arwah Sharifah Aini telah selamat kembali ke rahmatullah baru baru ini Sharifah Aini 61 meninggal dunia akibat Fibrosis paru paru di Pusat Perubatan Pakar Damansara awal pagi Sabtu 6 Julai 2014 Namun apa yang ...
Sharifah Aini Meninggal Dunia

Sharifah Aini Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 337 hits
5 JUL Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara jam 1 26 pagi tadi
Hiburan Bukan Bercinta Saya Terhutang Budi Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

Hiburan Bukan Bercinta Saya Terhutang Budi Sharifah Rose Nafi Jalin Hubungan Dengan Redza Rosli

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 849 hits
Pelakon baharu dan selebriti media sosial Sharifah Rose menafikan wujud cinta lokasi di lokasi penggambaran drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard membabitkan dia dengan Redza Rosli ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementRose atau nama len...
Jelir Lidah Di Tanah Suci Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Jelir Lidah Di Tanah Suci Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 283 hits
Gara gara berkongsi gambar menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Suci bersama suami melalui Instagram pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam sesetengah peminat dan pengikutnya di laman sosial tersebut Seperti biasa ruang komen menjadi me...
Hiburan Saya Doakan Awak Semoga Diberi Hidayah Netizen Nasihat Sharifah Sakinah Tutup Aurat

Hiburan Saya Doakan Awak Semoga Diberi Hidayah Netizen Nasihat Sharifah Sakinah Tutup Aurat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 284 hits
Pelakon Sharifah Sakinah telah menarik perhatian netizen selepas memuat naik satu gambar dalam laman Instagram miliknya yang memaparkan dirinya sedang berendam di dalam sebuah tab mandi 2 minggu lalu Masa Memandu Tak Boleh Fokus Berangan Cu...
Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tanggungjawab Yang Hilang Arah

Vicky Salamor Cinta Beda Agama Chord

Angka Yang Tidak Pernah Menjerit

Seller Luah Rasa Banyak Parcel Return Netizen Ingatkan Kesan Pada Peniaga Kecil

Kalau Selalu Ugut Tapi Tak Keluar Pun Ugutan Akan Jadi Tumpul

Nyobain Shinobi Dan Frigate