Allahuakbar Tergamaknya Dia Buat Macam Tuu Hanya Gara Gara Tak Puas Hati Kawan Tukar Agama


HANYA kerana rakannya memeluk agama Islam, dua lelaki hilang pertimbangan sebelum bertindak memukul mangsa dengan besi di tepi jalan di Taman Kobis, Paya Besar, di Kulim, kelmarin.
Dalam kejadian 4.20 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 34 tahun sedang menunggang motosikal sebelum seorang lelaki dikenalinya berusia 43 tahun memanggilnya menyebabkan dia berpatah balik dan pergi ke arah suspek.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, suspek kemudian meminta kepastian kepada mangsa sama ada benar dia sudah memeluk agama Islam sebelum dia mengaku menukar agama.
Menurutnya, kemudian abang suspek datang dari belakang dan menyentuh bahu mangsa, sebelum suspek mencapai besi dari gerai berhampiran dan memukul mangsa.
“Selepas memukul mangsa mereka melarikan diri. Mangsa yang lebam di kepala, tangan kiri dan betis kiri menerima rawatan di Hospital Kulim.
“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kulim Hi Tech untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Safuan berkata, susulan itu, polis mengesan suspek sebelum menahannya 3 petang semalam berhampiran stesen minyak di Taman Kobis, Lunas, di sini.
“Siasatan awal suspek mengaku terbabit dalam kejadian memukul mangsa kerana tidak berpuas hati apabila kenalannya itu menukar agama.
“Semakan juga mendapati dia memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, mendatangkan kecederaan dan pecah masuk,” katanya.
Beliau berkata, perintah tahanan reman akan dipohon hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Cabaran Mualaf di zaman moden

ISLAM adalah sebuah agama lengkap yang menjadi panduan dalam kehidupan semua umat manusia di muka bumi ini. Agama ini relevan buat sesiapa sahaja sama ada yang lahir sebagai Islam, mahupun individu mualaf yang baharu mengenali dan memeluk agama ini.
Adapun mualaf itu merupakan panggilan kepada individu bukan Muslim atau bukan beragama Islam yang mempunyai keinginan untuk memeluk Islam. Mereka ini juga boleh dikategorikan sebagai individu yang imannya masih kosong dan perlu dikukuhkan dengan bantuan dan sokongan mereka yang sudah beragama Islam.
Dalam sejarah Islam , golongan mualaf atau saudara baharu ini merupakan orang yang paling penting dalam memperjuangkan agama dan mengembangkan dakwah.
Antaranya adalah sahabat Rasulullah SAW yang terdiri daripada golongan Muhajirin yang memeluk Islam dan mengikut baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar pula terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.
Pada zaman moden yang serba canggih kini, usaha dalam mengembangkan dakwah menjadi mudah dan lebih meluas dengan adanya pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial di internet.
Setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita menarik saudara baharu daripada seluruh dunia. Kisah- kisah yang mereka ceritakan termasuklah bagaimana mereka diberi hidayah, menemui dan mengenali agama Islam serta rintangan yang mereka hadapi setelah memeluk Islam.
Bergelar saudara baharu bukan perkara mudah. Kerana, seperti mereka yang lahiriah Islam, golongan mualaf juga berdepan banyak rintangan dan cabaran dalam kehidupan mereka.
Tambahan pula dengan kemajuan teknologi kini, pelbagai informasi sama ada sahih atau yang mengelirukan semakin pantas tersebar dan ini tidak terkecuali memberi kesan kepada kehidupan seorang mualaf.
Dalam pada itu, dengan kewujudan anasir-anasir perosak yang membawa ajaran-ajaran menyimpang dengan menggunakan nama Islam dikhuatiri akan membawa kekeliruan kepada golongan saudara baharu.
Bagi golongan mualaf yang masih muda, cabaran yang ditempuhi mereka tidak kurang hebatnya. Membuat keputusan memeluk Islam bukan perkara remeh. Ada di antara mereka yang terpaksa merahsiakan identiti sebagai seorang Islam bagi menjaga perasaan ahli keluarga dan orang tersayang.
Seperti kita semua, mereka juga mempunyai perasaan dan adakalanya dihimpit dengan tekanan yang menyusul selepas bergelar seorang Muslim. Ada di antara mereka dibuang daripada institusi keluarga dan dipulaukan rakan-rakan hanya kerana memeluk agama Islam.
Namun kebanyakan saudara-saudara baharu menyatakan kepada penulis bahawa mereka reda dan menganggap ini sebagai satu ujian yang diberikan kepada mereka. Golongan mualaf ini jelas tabah dalam mengharungi cabaran demi agama Islam yang dicintai.
Tambahan pula, dengan adanya pertubuhan atau persatuan yang memainkan peranan melindungi dan memberi sokongan kepada golongan ini sedikit sebanyak mampu memberi bimbingan kepada saudara baharu.
- AL FAIZAL
sumber : utusan hmetro
The post Allahuakbar! Tergamaknya dia buat macam tuu, hanya gara-gara tak puas hati kawan tukar agama appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/allahuakbar-tergamaknya-dia-buat-macam-tuu-hanya-gara-gara-tak-puas-hati-kawan-tukar-agama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkara Tak Puas Hati Kawan Tukar Agama

Angkara Tak Puas Hati Kawan Tukar Agama

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 411 hits
Muhaamad Hafis NawawiHANYA kerana rakannya memeluk agama Islam dua lelaki hilang pertimbangan sebelum bertindak memukul mangsa dengan besi di tepi jalan di Taman Kobis Paya Besar di Kulim kelmarin Dalam kejadian 4 20 petang itu mangsa yang ...
Tak Puas Hati 2 Kawan Diremove Dari Group Whatsapp Lelaki Tumbuk Ahli Jawatankuasa Masjid

Tak Puas Hati 2 Kawan Diremove Dari Group Whatsapp Lelaki Tumbuk Ahli Jawatankuasa Masjid

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 309 hits
Seorang ahli jawatankuasa masjid di Sendayan Seremban cedera dibelasah lelaki yang tidak berpuas hati dua rakannya dikeluarkan dari group WhatsApp lapor Harian Metro Dalam kejadian jam 1 45 tengah hari Rabu mangsa berusia 61 tahun mengalami...
Tidak Adil Najib Tak Puas Hati Dengan Notis Taksiran Cukai

Tidak Adil Najib Tak Puas Hati Dengan Notis Taksiran Cukai

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 279 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau telah menerima notis takziran cukai yang tidak dijangkakan dan beliau tidak berpuas hati Loading Kita akan minta kaji dan akan cari cara spesifik mengikut proses sebab pengir...
Anwar Tak Sampai Hati Tukar Streram Kerana Perikemanusiaan

Anwar Tak Sampai Hati Tukar Streram Kerana Perikemanusiaan

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 360 hits
Keputusan PKR untuk kekalkan Dr S Streram sebagai calon PH bagi pilihan raya kecil Rantau dibuat kerana presidennya tidak sampai hati untuk menukarnya dengan calon lain Berucap di hadapan kira kira 500 hadirin Anwar Ibrahim berkata sikap pe...
Impact Speaker National Conference 2019 Puas Hati Gila

Impact Speaker National Conference 2019 Puas Hati Gila

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 331 hits
27 APRIL 2009 10 tahun lalu abam joe bercakap pada 3 orang panel masa itu viva master electrical engineering di utm skudai Alhamdulillah masa tuh berdebar jugak nak present thesis master time tuh Akhirnya lulus dengan minor correction Lepas...
8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

8 Gadis Dapat Gaji Rm5 000 Sebulan Hanya Untuk Teman Bos Karaoke Bercuti Makan Makan Tapi Lepas Puas Dipakai

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 428 hits
Ramai orang zaman sekarang mencari pekerjaan yang mudah dengan gaji yang lumayan Tapi hati hati jangan sampai terjerat Baru baru ni 8 gadis katanya dianiaya oleh bos mereka gara gara diberhentikan secara tiba tiba tanpa sebarang notis dan p...
Hanya Kerana Challenge Telefon Ex Untuk Cakap Sorry Sufian Suhaimi Dikecam Mainkan Hati Wanita

Hanya Kerana Challenge Telefon Ex Untuk Cakap Sorry Sufian Suhaimi Dikecam Mainkan Hati Wanita

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 329 hits
Siapa sangka penyanyi Sufian Suhaimi sanggup menyahut cabaran diberikan oleh stesen radio Era FM dimana beliau perlu menghubungi bekas kekasihnya hanya untuk mengucapkan perkataan sorry Agak menggelabah pada mulanya Sufian akhirnya berjaya ...
Kereta Dah Parking Elok Pun Kena Saman Owner Tak Puas Hati

Kereta Dah Parking Elok Pun Kena Saman Owner Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 353 hits
The ReporterSeorang lelaki tidak berpuas hati selepas mendapat notis saman dari pihak berkuasa Dalam insiden yang berlaku di Singapura pada 12 Mac lalu kereta terbabit disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas Untuk kesalahan itu dia di...
Rakyat Sendiri Pun Sakit Hati Gara Gara Kenyataan Biadap Senator Anning Dilempar Telur

Rakyat Sendiri Pun Sakit Hati Gara Gara Kenyataan Biadap Senator Anning Dilempar Telur

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 387 hits
Kenyataan Senator Fraser Anning dari Australia yang menyalahkan program imigresen dan Islam sebagai punca insiden penembakan di Christchurch disifatkan sebagai satu tindakan jelik dan tidak masuk akal Ketika orang ramai berdukacita dan mela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba