Allahuakbar Rasa Kepala Bayi Dah Keluar Tindakan Pantas Suami Jadi Doula Bidan Lahirnya Bayi Di R R


Kelahiran sesuatu yang tidak dapat dijangka, bila masanya, dimana bakal bersalin walaupun si ibu sudah mengetahui tarikh jangkaan bersalin. Sama seperti kisah Cik Puan Farah, dia juga tidak menyangka akan melahirkan bayi lelaki yang sangat comel ketika dalam perjalanan ke hospital.
Apa yang lebih mendebarkan, suami yang tak boleh melihat darah terpaksa kuatkan hati dan diri demi menyambut bayinya sendiri tanpa bantuan sesiapa di tempat kejadian. Ikuti perkongsian penuh.

SUAMI KU DOULA & BIDAN ?!!!!!
Mungkin tajuk agak memeranjatkan,tapi itulah hakikatnya apa yang terjadi di pagi hari pada kami sekeluarga semalam, suami menyabut kelahiran anak dalam kereta tepi highway.
11/2/2021 :-
Dalam pukul 4.30 petang whatsapp suami,cakap ada rasa sakit dan tak selesa perut, ada turun tanda darah,suami pun bawa pergi HSI(HOSPITAL SULTAN ISMAIL) dari rumah nak ke hospital ambil masa dalam 1 jam,itu tak termasuk jem atas jambatan DESARU dan roadblock polis lagi
Sampai je HSI terus naik tingkat 4 daftar dekat PAC,macam kebiasaan doktor cek VE&CTG (check laluan dan check perut contraction) tapi baru 2CM dan baru mild contraction,jadi doktor cakap boleh balik sebab belum ada apa-apa lagi…
Balik rumah layan je tak selesa perut,sesekali baby mengeras dan terasa sakit perut macam nak membuang, tapi tidak lah kerap,cuma masih berjaga-jaga lagi takut makin kerap dan turun tanda lagi..
12/2/2021:-
Dalam tengahhari ada whatsapp suami cakap sakit pinggang,tak selesa perut sesekali mengeras baby sebelah kanan,tapi contraction masih tak kerap,cuma bila memulas tu sampai perut senak dan tak boleh bernafas,suami balik kerja ajak pergi hospital tapi masih mild contraction,jadi kami ambil keputusan tunggu sampai malam, dalam pukul 8 masing-masing terlelap,pukul 10 suami terjaga sebab dengar isteri dok zikir
“SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, LA ILAHI LA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN”
sambil pegang kepala katil bergegar dah,contraction kuat datang dalam 1 jam sekali,dalam melayan sakit masih berjalan dan buat senaman bagi mudah bersalin,pukul 12 malam suami nak tidur, sebab esok nak kerja,tapi suami dah pesan kalau sakit nanti terus kejut dia secepat yang boleh,jangan di biar lama sangat nanti takut tak sempat
13/2/2021:-
Dari pukul 1.00 tu contraction dah mula datang semula, dalam setengah jam 2x,tapi badan dah terlalu letih menahan sakit,cuba baring dan renggangkan badan lah nak lelap dulu takut tak ada tenaga,makin cuba nak lelap makin tak selesa, jadi bangun mandi bagi reda sikit,minum air masak dan makan roti sebagai alas perut,baring semula sambil layan sesekali datang sakit lagi
Dalam pukul 3.30 rasa sakit makin kuat,terus bersiap pakai tudung dan kemas barang wajib bawa ke hospital takut ada yang tertinggal,pukul 4 kejut suami dia bangun dan basuh muka,terus masuk bilik dukung anak sulung umur 7 tahun masuk kereta,dalam masa siapkan barang tu dah terasa tak boleh jalan, sesekali zikir dan terjerit dalam rumah,suami papah masuk kereta dan baringkan
Keluar je rumah sepanjang perjalanan tak sudah zikir “SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR, LA ILAHI ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZ ZOLIMIN” sesekali menjerit sampai anak terjaga dari tidur,dia cakap
“MOMMY.. KENAPA NIE JERIT-JERIT MOMMY SAKIT KE, MOMMY TAHAN IYEE”
Sampai dekat roadblocks polis tahan tanya nak kemana pagi-pagi, suami cakap “MAAF CIK ISTERI SAYA SAKIT DAH NAK BERSALIN SANGAT NIE” polis siap pesan
“HATI-HATI IYEE CIK MEMANDU,SEMOGA DI PERMUDAHKAN BERSALIN”
Lepas je roadblocks polis terus suami tekan minyak 130/j, sebab dia nampak isteri dok terjerit dalam kereta,dengar pulak anak perempuan membebel sepanjang jalan
“DADDY.. CEPAT LAH MOMMY DAH TAK TAHAN SAKIT TU”
Lagi 5 minit nak sampai R&R jerit lagi dekat suami,sakit sangat dah nie macam tak sempat sampai hospital, tiba-tiba terasa nak meneran dan bunyi “POPP” rupanya AIR KETUBAN PECAH untuk pertama kalinya ada anak dah 3 baru rasa pecah AIR KETUBAN dengan sendiri,bukan nurse atau doktor yang pecah kan, basah habis dalam kereta,
Dalam pukul 4.30 sampai dekat R&R cakap dekat suami berhenti kereta,rasa kepala baby dah nak keluar sangat,suami dah gelabah tak tau nak buat apa tapi dia cuba nak cool dan tak panik, dia buka bonet ambil kain tuala, dia buka pintu kete bagi ada pengudaraan dan cangkung
Dia yang gelabah cuba kawal dan cakap dah nampak hujung kepala baby nie,untuk pengetahuan suami jenis tak boleh bau darah dan tengok darah, tapi demi anak dia kuat, tak pasti mana dia belajar tapi dia cuba juga
” SAYANG TENANG IYEE, TARIK NAFAS DALAM-DALAM HEMBUS DAN TERAN IYEE”
sekali je tarik nafas dan hebus dah nampak kepala baby keluar, tiba-tiba rasa dah tak ada tenaga lagi nak pengsan,suami bagi kata-kata semangat lagi,masa nie cakap dekat suami dah tak boleh nak teran tak ada tenaga, tarik je lah kepala baby, penat sangat dah nie
suami cakap
“MANA BOLEH TARIK SESUKA HATI,CUBA TARIK NAFAS DALAM-DALAM DULU DAN HEMBUS,NANTI ANAK KITA LEMAS NIE SAYANG,NAMPAK TALI PUSAT DEKAT LEHER ANAK DAH NIE” (sambil suami tekan-tekan sikit perut bagi mudah)
cepat-cepat kumpul tenaga tarik nafas hembus ikut mulut,cuba jugak push teran sampai keluar bahu dan kali ketiga push teran alhamdulillah lahirlah seorang bayi lelaki.
Allahuakbar kejadian berlaku dengan begitu mudah dan pantas,terkejut anak sulung tiba-tiba mommy peluk baby,terus tepuk baby dan dakap,dengar baby menangis terus hilang rasa sakit dan lega,berkali-kali jugak suami cuba call hospital,talian agak sibuk jugak nak tanya tentang prosedur seterusnya,tapi hospital cakap kalau dah selamat bersalin dalam kereta terus bawa je baby ke hospital terdekat, dari R&R nak ke hospital dah tak jauh sebenarnya dalam 13 minit je lagi, tapi perancangan ALLAH S. WMT itu hebat sangat.
Walaupun kami tak ada pengalaman dengan keadaan pagi yang suram di tepi highway R&R kami dapat selamatkan baby,dan baby dalam dakapan panggil je nama terus dia buka mata perhati mommy, daddy dan kaklong terus baby senyum terkebil mata dia perhati muka mommy, allahuakbar masa tu rasa hebatnya perancangan ALLAH S. W. T
Gambar hiasan Sampai je hospital suami parking betul-betul depan kecemasan,suami terangkan perkara yang jadi hampir 10 orang datang selesaikan potong tali pusat yang sememangnya kami tak boleh nak buat sesuka hati,doktor nurse dan MA masing-masing terkejut,dan dari kecemasan nak naik atas katil dan bawa pergi Labour room, dengar pulak nurse tanya “INI KE BABY YANG LAHIR DEKAT R&R TADI” mommy hanya mampu senyum je
Sekarang mommy dan daddy dah mula terfikir, tempat lahir anak kami nanti di sijil adakah “TEPI HIGHWAY @ R&R LAYANG”
Apa pun baby dah selamat di lahirkan syukur alhamdulillah,ALLAH S. W. T bagi rasa sambut baby sendiri tanpa kami rancang, doakan baby mommy sihat iyee semua, maaf penulisan kali ini agak panjang dan mungkin dah boleh buat novel
Terima kasih yang doakan mommy semua iyee, sekarang baby masih kena tahan di wad sebab doktor nak pantau dulu,kejadian sebab bersalin luar hospital begitulah proses yang di lalui,mommy pulak masuk wad pukul 8pagi,pukul 12 tengahhari dah boleh keluar..
baby boy seberat 3.36kg, lahir lebih kurang 4. 47Am semalam 13hb FEB 2021 bersamaan 1 Rejab 1442…
Alhamdulillah.. ALLAH S. W. T bagi mommy ada pengganti, lepas mommy kehilangan dan kerinduan anak syurga kesayangan no 2 pada 2019 #NurFatinHusna #3Tahun2bulan #ALFatihah #DalamKenangan
Gambar bayi masih belum dapat dikongsi kerana masih dalam NICU.
Kredit: Cik Puan Farah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post “Allahuakbar, Rasa Kepala Bayi Dah Keluar” Tindakan Pantas Suami Jadi Doula & Bidan, Lahirnya Bayi Di R&R appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/allahuakbar-rasa-kepala-bayi-dah-keluar-tindakan-pantas-suami-jadi-doula-bidan-lahirnya-bayi-di-rr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suamiku Doula Dan Bidan Sambut Bayi Di R Amp R

Suamiku Doula Dan Bidan Sambut Bayi Di R Amp R

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 224 hits
Kuala Lumpur Saya boleh katakan itu antara situasi paling mencemaskan pernah dialami dalam hidup kerana kali pertama menyambut sendiri kelahiran bayi tanpa bantuan sesiapa kata Mohd Hafis Jamil anggota polis bantuan di sebuah resort dekat D...
Itu Bukan Anak Saya Ibu Cemas Bayi Tertukar Akibat Cuai Anaknya Sudah Dibawa Wanita Lain Keluar

Itu Bukan Anak Saya Ibu Cemas Bayi Tertukar Akibat Cuai Anaknya Sudah Dibawa Wanita Lain Keluar

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 338 hits
Menanti kelahiran cahaya mata antara momen indah bagi setiap pasangan yang sudah berumah tangga Namun begitu pasti ada juga sedikit kebimbangan mengenai keselamatan ibu dan bayi semasa proses kelahiran itu Bayinya telah tertukar dan dibawa ...
Enggan Beli Kasut Suami Benam Kepala Isteri Dalam Baldi

Enggan Beli Kasut Suami Benam Kepala Isteri Dalam Baldi

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 180 hits
64 total views 60 views today Kadang kala sukar untuk kita fahami bagaimana salah faham yang tercipta boleh mendorong sesuatu melakukan sesuatu tindakan yang berakhir dengan penyesalan Ada juga yang dilakukan hanya kerana perkara yang remeh...
Kepala Bayi Panas Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada Amp Jangan Berlengah

Kepala Bayi Panas Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada Amp Jangan Berlengah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 276 hits
Sekiranya anda mendapati kepala bayi panas ia tidak semestinya si manja sedang demam Hal ini kerana tubuhnya sedang bertindak balas dengan suhu persekitaran dan beberapa hal lain yang tidak berbahaya Bagi memastikan adakah bayi anda demam a...
Bawa Bayi Jumpa Doktor Secepat Mungkin Jika Tahi Mata Keluar Dengan Banyak Tak Berkurang Lepas Lahir

Bawa Bayi Jumpa Doktor Secepat Mungkin Jika Tahi Mata Keluar Dengan Banyak Tak Berkurang Lepas Lahir

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 299 hits
Semasa pemeriksaan bayi yang pertama selepas kelahiran doktor akan memeriksa mata bayi anda untuk Penyakit kongenital Jangkitan mata Penglihatan Dalam penjagaan mata harian anda hendaklah membersihkan disekeliling mata bayi anda dengan kain...
Suami Isteri Lari Daripada Saringan Selepas Bayi Positif Covid 19 Ditemui

Suami Isteri Lari Daripada Saringan Selepas Bayi Positif Covid 19 Ditemui

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 227 hits
Pasangan Orang Asli itu memberi kerjasama kepada polis dan Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid 19 dan dikuarantin sehingga keputusan diperolehi KOTA BHARU Pasangan suami isteri Orang Asli yang ...
Wanita Penyelamat Airasia Tindakan Pantas Aireen Omar Bantu Pulihkan Syarikat Yang Tenat

Wanita Penyelamat Airasia Tindakan Pantas Aireen Omar Bantu Pulihkan Syarikat Yang Tenat

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 283 hits
Sudah setahun sunyi mengisi langit Lapangan terbang lengang dan pesawat tersadai lesu di hangar Industri penerbangan hambar sejak wabak COVID 19 menular Ketika meninjau angkasa perhatian serta merta tertumpu pada aktiviti Presiden
Sebak Apabila Isteri Cerita Tentang Arwh Suami Teringin Nak Keluar Duit Kwsp

Sebak Apabila Isteri Cerita Tentang Arwh Suami Teringin Nak Keluar Duit Kwsp

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 250 hits
MALAYSIA Isu mengeluarkan duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bukanlah satu isu baru kerana ia sering diperdebatkan di media sosial
Video Setiap Kali Keluar Semua Pakaian Isteri Disiapkan Suami Mithali Jadi Perhatian

Video Setiap Kali Keluar Semua Pakaian Isteri Disiapkan Suami Mithali Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 397 hits
Memiliki pasangan hidup yang ringan tulang dan gemar sama sama membantu melunaskan kerja kerja rumah juga merupakan salah satu rezeki Ini kerana saling bantu membantu juga amat diperlukan bagi mengukuhkan lagi ikatan dan persefahaman antara...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat