Allahu Akbar Allahu Akbar Mommy Redha Adik Pergi Dengan Tenang
“Anak saya pergi dengan tenang ketika dia sedang tidur di rumah pengasuhnya pada 15/10/18. Pengasuh menceritakan kepada saya, baby bermain seperti biasa pada pagi tersebut, makan dan minum susu sebelum tidur pada pukul 10 pagi. Pengasuh kemudian ingin memberikan susu tapi tiada respon daripada baby dan pengasuhnya terus menghubungi saya serta ambulance untuk memaklumkan bahawa anak saya pengsan pada jam 12.40 tengah hari.”
“Sampai di rumah pengasuh, anak saya tidak menunjukkan sebarang respon. Saya terus bawa ke Hospital Thomson Ilahi, Kota Damansara. Doktor memaklumkan bahawa, ketika saya bawa baby ke hospital, memang sudah tiada dengupan jantung lagi. Allah lebih mengetahui, anak saya dijemput mudah oleh Illahi ketika dia sedang tidur.” Begitulah luahan Puan Hawa apabila anak kedua beliau, Allahyarham Yassir Abqoriy bin Muhammad Nasrullah yang masih kecil dijemput pencipta. Beliau juga berharap agar semua pihak menghentikan sebarang spekulasi ataupun cerita yang tidak benar berkenaan status kematian anaknya ketika dihubungi oleh pihak Pa&Ma.
Kes kematian anaknya masih lagi dalam siasatan, namun beliau sedikit lega apabila tiada sebarang unsur jenayah yang dilakukan kepada arwah anaknya. Post Puan Hawa kongsikan coretan beliau buat semua di laman instagramnya.
Tak dapat melelapkan mata meski letih rasa jiwa dan jasad. Abang kecil lagi, masih tak faham. Tapi mommy yakin esok lusa abang akan adik “mommy, adik mane?”
Al fatihah Yassir Abqoriy bin Muhammad Nasrullah. Mommy daddy masih tak tahu punca kematian. Jadi diharap untuk semua tidak mengandai atau membuat spekulasi. Menunggu post mortem esok jam 9 pagi di hospital sg buloh. Selesai dimandikan dan dikafankan di hospital. Akan terus dibawa ke masjid felda sungai tengi untuk solat jenazah dan akan dikebumikan terus. Mohon doa nya, Allah sayang Yassir, Terima kasih Allah rezekikan Yassir anak syurga buat mummy dan daddy. Adik syurga buat abang Fateh.
Kasihi sayangi anak anak selagi anda masih berpeluang!
Allah kuatkan hati kami sekeluarga.. Alhamdulillah ‘ala kulli hal
Suasana hiba, Mommy nangis…daddy nangis. Tapi mommy dan daddy nangis gembira sayangku. Kami buat post mortem untuk mengesahkan kematian dikhuatiri ada unsur-unsur jatuh atau penderaan. Alhamdulillah, hasil post mortem tiada unsur jenayah, tiada pendarahan dalaman ataupun kesan penderaan, adik sangat cantik. Jadi mommy daddy tarik nafas lega.
Anak mommy tak terseksa, anak mummy ok, anak mommy tak didera. Alhamdulillah… Namun, dari pihak doktor mengesahkan ada sesuatu di paru paru Yassir. Dan paru2 Yassir berat, limpa juga berat. Doktor masih perlu bawa ia ke makmal kimia utk mengenal pasti apa jenis jangkitan yang menyebabkan paru-paru adik dan limpa adik begini.
Tiada cara awal untuk kenal pasti sebab Yassir tiada semua symptom yang dilistkan. Alhamdulillah..Allah permudahkan… Yassir hadir dalam hidup kami dengan mudah…dan Yassir kembali pun dengan mudah… Alhamdulillah…Allah permudahkan dan Yassir Abqoriy sangat cantik… Anak syurga kami…. Moga mommy daddy abang kuat utk hari-hari mendatang tanpa adik disisi. Kami tahu adik menanti. Salam sayang Yassir Abqoriy.
Kami masih menunggu keputusan forensik dari makmal kimia. Apapun kami redha dan adik sudah bahagia di syurga bersama bidadari dan para shuhada. Alfatihah Allahyarham Yassir Abqoriy bin Muhammad Nasrullah, 25/12/17-15/10/18 (9bulan+).
Ketika hidupnya, dia sangat ceria, aktif dan sihat, tak pernah sakit, demam biasa paling lama satu hari. Adik sangat luar biasa. Mommy daddy abang tak sabar nak jumpa adik di syurga. Dimana tiada lagi perpisahan disana, hanya kehidupan abadi
Jauh perjalanan luas pemandangan, beratnya ujian nikmat dari tuhan. Jika ujian yang datang kau fikir ia musibah kau kan terus sakit. Jika kau fikir ia rahmat dan nikmat kau pasti tenang.. Alhamdulillah.
Sumber: Puan Hawa
The post Allahu Akbar, Allahu Akbar! Mommy Redha Adik Pergi Dengan Tenang appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/allahu-akbar-allahu-akbar-mommy-redha-adik-pergi-dengan-tenang/