Allah Itu Maha Pemurah Bagi Kucing Makan Ayam Ini Balasan Yang Diterima Pemberi
Tidak dapat dinafikan, kucing adalah antara haiwan yang sering mendapat tempat di hati manusia, berkat kecomelannya serta sifat manja yang dimiliki.
Akan tetapi, kadang kala nasib kucing ini juga berbeza mengikut rupa parasnya. Kucing yang bersih dan comel biasanya akan mendapat layanan lebih baik berbanding kucing yang kotor dan comot.
Namun, dalam tidak sedar, ada kalanya kucing-kucing kotor inilah yang dihantar oleh Tuhan sebagai perantara bagi rezeki yang ingin diberikan.
Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dengan nama Twitter, @AidilZharif yang memperoleh rezeki yang tidak disangka selepas memberi sedikit ayam kepada kucing yang datang kepadanya sewaktu sedang sarapan di sebuah restoran baru-baru ini.
Kisah lepas Subuh tadi aku pi breakfast dekat kedai mamak , kucing ni lapar asyik meow ja so aku bagila ayam sikit . Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah . Time nak bayar dekat kaunter , “Dik , ada hamba Allah dah tolong bayarkan minuman dan makanan adik”
Thankyou !!! pic.twitter.com/lWf5hm23B3
—
(@AidilZharif) August 12, 2019
Beberapa orang pengguna Twitter lain turut berkongsikan kisah yang hampir sama seperi yang dialami oleh Aidil Zharif ini di ruangan komen.
Ptg tdi aku bg kucing aku mkn smbil usap kepale dia.. Mntk dia doakan aku & keluarga aku dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah, mlm tdi tetibe elaun lthn aku masuk.. Subhanallah.. Syukur
— Nang Nang (@ainaasyazwanaa) August 13, 2019
Pernah jugak sekali kat kolej dulu aku beli nasi kukus dengan tempura secucuk, otw balik bilik tu jumpa kucing mintak makanan aku pon bagi la sebijik tempura kat dia. Sampai bilik nak makan nasi kukus aku dapat 2 ketul ayam. Alhamdulillah
— nico p (@ADIB_chesaad) August 13, 2019
Jumlah atau kadar pemberian itu mungkin kecil, namun ia menunjukkan bahawa walaupun kita memberikan sedekah kepada seekor haiwan, Allah swt pasti akan membalaskan dalam apa jua cara gantian.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita mengenai kebaikan bersedekah walaupun kepada seekor haiwan serta pentingnya untuk kita menyayangi haiwan tanpa melihat rupa parasnya.
Sumber: Twitter @AidilZharif
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/08/14/allah-itu-maha-pemurah-bagi-kucing-makan-ayam-ini-balasan-yang-diterima-pemberi/