Perah jus lemon sebelum dihidang
 Dulu hampir setiap 2 minggu saya akan buatkan stok bone broth (frozen) untuk Fydh – sejak dari bayi (lepas pass ayam) sampailah umur 3 tahun.
). Sebabkan kali ni saya buat bone broth untuk terus dimakan, saya tambahkan pelbagai herba & bahan² untuk upkan imun.
Kelar/tetak/ketuk sikit tulang² besar (peha, peha kecil, kepak) supaya mudahkan zat tulang melarut. Buat sebelah bahagian jer supaya tak isi tak terlalu hancur. Kalau batuk teruk, boleh asingkan kulit ayam supaya sup kurang berminyak (akibat lemak dari kulit).
Bahan² (A):
Selain tulang, cuka & air.. Ni 10 bahan wajib yang saya gunakan untuk buat bone broth istimewa ni. Daun kucai (optional) saya tambahkan bila ada stok jer..
Bahan² Tambahan (B):
Bila dah sejam, tambah sayur & sambung renih sekejap hingga sayur lembut.
3. Sebelum hidang, perahkan sikit jus lemon. Sedia dinikmati.
Sebaik²nya gunakan tulang/ kaki/ ayam organik atau ayam tanpa suntikan antibiotik. Kandungan kimianya boleh mengganggu sistem badan & melambatkan proses penyembuhan.
Kalau nak guna isi untuk ½ ekor ayam, lagi mudah debone isi ayam siap² (bahagian dada). Isi bahagian dada tu boleh digunakan untuk masakan lain.
Potong kecil tulang² halus & kelarkan/tetak sikit bahagian tulang besar untuk mempercepatkan air dari sum² tulang melarut ke dalam sup (sebab kita hanya renihkan sekejap jer berbanding cara biasa sehingga 4 jam).
Gunakan periuk tanah/ seramik/ kaca ataupun stainless steel sahaja untuk elak weak acid bertindak balas
Periuk tanah lambat panas & sup lebih lama untuk mendidih. Jika gunakan periuk tanah, boleh tunggu sup mendidih dahulu (api sederhana jer) sebelum perlahankan api & tutup tudung periuk.
Ni kali ke-2 saya buat bone broth, saya masukkan juga daun kucai. Saya tak potong daun ni sebab nak renihkan lama.. Kalau anak jenis yang makan sayur tu, bolehlah potong pendek² sikit untuk mudah makan nanti.
Cuka/lemon tu berfungsi untuk larutkan zat & kolagen dari tulang. Gunakan 1 sudu besar cuka/ lemon untuk setiap 4 cawan air. Kalau korang tak letak weak asid (cuka/ lemon/ asam jawa/ dll) ni, korang hanya buat sup biasa jer, bukannye bone broth.. Bone broth ni lebih berkhasiat sebab zat² dari tulang dah melarut dalam sup.. Isi ayam pun jadi lembut je..
Saya lebih suka gunakan cuka epal sebab ia berfungsi mencairkan mukus/kahak gak. Jus lemon diperah last sekali (sebelum hidang) untuk kekalkan kandungan vit C yang diperlukan badan untuk cepat sembuh.
Bone broth tak semestinya bergel bila dibekukan. Memang tak dinafikan bone broth yang bergel lebih bagus sebab banyak kolagen larut jadi gelatin & kandungan air tak terlalu banyak. Tapi bone broth yang tak bergel pun tetap berkhasiat. Jika bone broth direnih tak cukup lama ataupun kandungan air terlalu banyak serta kurang guna tulang sendi/kaki/sayap, ia tetap tak bergel atau jadi separa gel je. So JANGAN PERCAYA kalau orang cakap BONE BROTH TAK BERGEL TU TAK JADI.. 
Buat bone broth tak perlu tambah minyak zaitun
Anak yang ada masalah eczema, bone broth tak boleh renih lebih dari 2 jam sebab lebih lama direnih, lebih tinggi kandungan histamin (kalau buat stok frozen pun, tak boleh makan cbb frozen yang dah lebih dari 3 minggu, sebaik²nya habiskan dalam masa 2 minggu).
Biji sawi & daun kucai mengandungi bahan untuk meningkatkan selera makan.
Serai & kunyit hidup antara makanan untuk upkan imun serta kurangkan radang (inflammation)
Kurma/ kurma cina selain up imun turut bantu tambah tenaga lebih² lagi bagi yang ada masalah kurang darah/ anemia
Kismis sangat elok untuk demam
Baki sup bone broth boleh dibuat nasi ayam bone broth
Lebihan sup bone broth ni boleh ditapis (dari tulang² kecil & hancur) & boleh gak digunakan untuk masak nasi ayam bone broth 
| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |