Allah Hantarkan Seseorang Pasti Bersebab Bukan Kebetulan


AssalamualaikumBismillah

Hari ini kita cerita santai sedikit ya. Teringin nak berkongsi cerita apa yang jadi hari ini. InsyaAllah boleh dijadikan pengajaran juga. 
Nak tanya korang lah kan. Pernah tak niat atau terfikir nak buat sesuatu. Contohnya bulan ni nak sedekah lebih sikit. Ataupun hari ini aku nak tolong orang. Mungkin juga terfikir nak bagi makanan kat jiran. Tetapi apa yang korang niatkan itu tak pernah dilaksanakan.
Akhirnya apa yang korang nak buat tu korang tangguh atau tak terbuat langsung. Dipendekkan cerita, hari ini ada seorang nenek ini datang ke rumah bawa plastik yang besar berisi nescafe paket. Katanya dia jual nescafe RM2.00 untuk 5 paket. 
Korang nak tahu, masa tu kan tiba-tiba saja terlintas di fikiran aku "Di rumah ini dah ada nescafe pun, buat apa nak beli". Maksud aku, bukan tak perlu, tetapi dah cukup juga. 
Entah macam mana dalam masa beberapa saat teringat "Allah hantarkan seseorang pasti bersebab". Aku imbas kembali post aku di facebook hari tu. 

Pangg! terasa terpukul di pipi apabila teringat dengan post sendiri. Aku pun belilah nescafe tu since aku pun memang suka minum nescafe juga. 
Dan sebab lain juga mungkin nenek tu betul-betul perlukan duit atau dalam kesusahan, kalau tak dia takkan datang rumah ke rumah semata-mata nak jual nescafe. Dan ada banyak sebab lagi aku belajar daripada pertemuan aku dengan nenek tu. 
Pengajaran daripada perkongsian ini adalah :
1. Jangan pernah bertangguh kalau nak buat sesuatu kebaikan. ALLAH hadirkan nenek itu mungkin untuk beri peluang kepada aku untuk laksanakan apa yang pernah aku niatkan sebelum ini. Peluang dah ada depan mata, nak atau tak nak saja. Andai saja aku tangguhkan aku pasti akan menyesal dan serba salah. 

Bukan senang sebenarnya Allah nak bagi peluang buat baik. Lagi pula Allah yang izin untuk tunjuk pada aku, ada orang dalam kesulitan. Bukan kebetulan untuk tiba-tiba dapat pandang situasi tersebut. Ya, peluang yang bukan saja-saja Allah bagi. 
2. Kita akan diuji dengan apa yang kita tulis atau tuturkan. "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saf: 2-3)
Bukan sekali tapi sebenarnya dah berkali-kali aku rasakan perkara ni. Apabila aku menyarankan satu-satu perkara baik melalui tulisan, terasa Allah semacam uji aku sama ada aku sendiri mampu buat perkara itu atau tidak. 

Oleh sebab itulah aku terlalu berhati-hati untuk menulis atau berkata-kata. Sebaiknya tulislah yang baik-baik agar yang baik-baik itu juga akan berbalik kepada kita. 
3. Setiap saat manusia akan diuji dengan hawa nafsu & bisikan syaitan. Jangan pernah main-main dengan bisikan hati kita seperti sangkaan buruk, riak, takbur, sombong dan lain-lain. Sifat mazmumah inilah yang suatu hari nanti akan menjerumuskan diri ke dalam api neraka. 


Dalam Surah Al-Israa', ayat 63 -64. Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Sampai begitu sekali syaitan mengoda manusia. Oleh sebab itulah apabila kita dihasut oleh hasutan syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Seiring dengan peredaran zaman, iblis dan syaitan juga semakin maju guys dalam usaha untuk menyesatkan manusia. Banyak kaedah licik yang digunakan sehingga kadang kita tidak sedar pun kita berada dalam kesesatan

Kadang sengaja mengambil masa yang lama, sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kita menyangkakan apa yang kita fikirkan adalah benar dan bukannya dari syaitan. 
Alhamdulillaahil-ladzii bini’matihi tatimmush-saalihaat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala amal soleh  menjadi sempurna. Semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/12/allah-hantarkan-seseorang-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Ikut Kakak Masuk Sekolah Zaman Tk Dan Sd Fix Masa Kecilmu Pasti Begitu Mendebarkan

Pernah Ikut Kakak Masuk Sekolah Zaman Tk Dan Sd Fix Masa Kecilmu Pasti Begitu Mendebarkan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 316 hits
Siapa nih dulu yang waktu kecil suka ikut kakaknya ke sekolah sampai masuk dalam kelas D
Lebih Seram Dan Aksi Netflix Kongsi Trailer Rasmi Sweet Home Yang Pasti Menghantui Anda

Lebih Seram Dan Aksi Netflix Kongsi Trailer Rasmi Sweet Home Yang Pasti Menghantui Anda

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 363 hits
Tidak dapat dinafikan filem dan drama Korea sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun bukanlah peminat fanatik Sering menghidangkan kandungan yang berlainan kepada penonton tidak hairanlah filem dan drama Korea berjaya men...
Muhyiddin Pasti Balas Dendam Salah Satunya Dengan Melantik Peja Jadi Tpm

Muhyiddin Pasti Balas Dendam Salah Satunya Dengan Melantik Peja Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 250 hits
Dalam politik sepertimana pertelingkahan yang lain membalas dendam boleh dikata suatu perkara biasa Malah disebabkan keinginan membalas dendam itulah politik sentiasa kelihatan hidup dan menarik Kalah pilihanraya atau kalah bertanding mereb...
Kenapa Najib Dan Bn Sokong Bajet Jika Belum Pasti Tatacara Perlaksanaan Kwsp10k Rakyat Kena Kencing Lagi

Kenapa Najib Dan Bn Sokong Bajet Jika Belum Pasti Tatacara Perlaksanaan Kwsp10k Rakyat Kena Kencing Lagi

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 349 hits
Paling selekeh mainan politik CEO KWSP pula cuba dipersalahkan Politik lawanlah dengan orang politik jangan ulang dan tekan KWAP sepertj awak PM dulu
Hiburan Peminat Tak Pasti Umur Sebenar Siti Elizad Sedih Disangka Berumur 40 An

Hiburan Peminat Tak Pasti Umur Sebenar Siti Elizad Sedih Disangka Berumur 40 An

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 356 hits
Gara gara salah meneka umur selebriti Siti Elizad berasa sedih kerana tekaan peminat tersebut salah dan dianggap tua dari umur sebenar Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkongsi mengenai perkara itu menerusi ...
Pn Belum Pasti Sokong Umno Di Perak

Pn Belum Pasti Sokong Umno Di Perak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 343 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Y...
Pru15 Pasti Muhyiddin Sudah Bergerak Ke Depan Dengan Laju

Pru15 Pasti Muhyiddin Sudah Bergerak Ke Depan Dengan Laju

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 370 hits
UMNO perlu segera bekerjasama dengan DAP jika mahu kejar kelajuan Muhyiddin atau tertinggal bas Muafakat Nasional sudah jadi bubur Di UMNO sekarang ada dua UMNO Najib pro PH atau UMNO Hishamuddin pro PN Sukar untuk di tidak kanPILIHANAtau b...
World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Telefilem Hati Di Bibir

Bekal Breakfasttertinggal

Resepi Biskut Pistachio

Minister Denies Upnm A Dumping Ground For 3 Star Generals

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Play88 Malaysia Online Casino Exciting Games Big Wins

Carcosa Seri Negara To Reopen With New Look By July


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Skop Tugas Sebenar Ahli Muzik Gred B1

Betul Ke Teh Dan Kopi Punca Gastrik Meh Baca Ni

Shell Fuelsave Diesel Baharu Pemanduan Sehingga 19km Lebih Jauh

The Hidden Environmental Impacts Of Tropical Fish Aquariums Earth Com

The World S Forgotten Fishes Practical Fishkeeping

Glamour And Groove The Perfect Blend Of Beauty And Entertainment