Alhamdulillah Lulus Ujian Jpj Motosikal



Artikel kali ni saya nak kongsi pengalaman ujian JPJ motosikal B2 yang saya lalui semalam. Selepas mengikuti lebih dari 20 jam keseluruhan kelas, akhirnya saya lulus ujian memandu motosikal (B2) dengan jayanya. Banyak juga perbezaan ambil lesan memandu pada zaman sebelum ni dengan sekarang dan saya telah hadapi kedua-duanya kerana lesen yang dulu telah tamat tempoh dan tidak boleh di perbaharui lagi. Nak tak nak kenalah daftar dan masuk kelas balik

Untuk pengetahuan korang saya ambil kelas memandu ni di Litar Memandu Machang. Memandangkan perlu ulang alik ke Kuala Lumpur setiap bulan, maka tempoh masa untuk belajar tu menjadi panjang. Sekarang kelas makin bertambah, dari teori selama 6 jam, ke bahagian KPP02 (litar) 9jam setengah dan bahagian KPP03 (jalan raya) 6 jam. Bila dah selesai semua, sebelum test JPJ kita perlu melalui QTI iaitu ujian penilaian yang akan menentukan kita sudah bersedia dan layak atau tidak untuk Ujian bersama JPJ. Ujian QTI ni biasanya dinilai oleh cikgu kita. Bila dah selesai semua, bolehlah buat tempahan untuk lakukan ujian JPJ

18 FEBRUARI 2020
Pagi-pagi lagi dalam jam 7 saya dah bersiap ke lokasi Litar Memandu Machang. Bukan apa takut parking penuh dan tak pasal-pasal nak kena parking kereta kat luar kan. Bila dah terlalu awal maka menunggulah sehingga office buka untuk buat pembayaran sebanyak RM20 dan semak nama dan sesi ujian pada papan kenyataan pejabat. Dah selesai buat pembayaran, kami diberi resit dan diminta berkumpul di tempat Ujian Motosikal akan dilakukan.

Harini saya dapat no 3 sesi 2. Walaupun sesi kedua memang tak boleh balik tidur dulu sebab kena dengar taklimat terakhir yang diberikan oleh cikgu sebelum JPJ datang. Selepas itu Ujian Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Semasa Memandu (RSM) akan dilakukan sekaligus sebelum ke bahagian 2 dan 3. Lagipun, untuk ujian motosikal ni, masa yang diambil untuk penilaian JPJ untuk ketiga-tiga bahagian tu tak lama sangat

RAMAI TERBABAS | Dugaan harini buat kami bila hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah ianya tak lama, cuma jalan tu agak licin untuk break emergency. Ada tiga (3) orang calon jugak jatuh terbabas masa buat break emergency tu. Ada yang luka-luka teruk di bahagian siku semua. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi pedih jugak tengok diorang tu, kesian! Oleh sebab tu, kami dinasihatkan supaya berhati-hati dan diberi kelonggaran dari segi masa untuk break emergency. Kalau ikutkan, kami perlu melakukan break emergency tu dalam tempoh kurang dari 6 saat.

Selepas satu demi satu calon selesai, maka tibalah giliran saya. Benda paling takut adalah meniti atas titi. Bukan apa, takut hilang keseimbangan badan boleh jatuh dan gagal terus tu untuk bahagian 02 (litar). Tapi Alhamdulillah semuanya dapat dilakukan dengan baik. Walaupun agak gugup dan gementar, tapi semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas selesai bahagian 02, calon perlu menolak motor terus ke bahagaian 03 iaitu ujian jalan raya. Ujian jalan raya ni tak keluar ke jalan raya sebenar pun, ianya sekadar di litar juga. Cuma jalannya dibuat seakan korang berada dalam situasi di jalan raya. Kebarangkalian untuk bertembung dengan orang tengah test lesen kereta tu ada kerana mereka pun test pada hari yang sama.

Untuk bahagian 03 memang tak menjadi masalah bagi saya, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi perasaan semasa memandu tu memang tak boleh di tipulah, gementar tu ada

LULUS UJIAN | Selepas selesai semua, saya terus ke tempat menunggu untuk terima keputusan. Masa ni memang gementar tu macam nak ambik result SPM hehe. Memandangkan ramai yang gagal sebelum tu membuatkan hati ni rasa makin tak tenteram. Bila tengok je kat kertas yang saya lulus ke dua-dua bahagian, ALLAH je tahu bertapa gembiranya hati ni. Alhamdulillah. Akhirnya selesai jugak hal lesen ni


Memandangkan dah lulus, saya diminta ke pejabat urusan untuk ambil borang dan perlu ke JPJ beberapa hari lagi untuk urusan lesen P saya. Apapon saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendokan saya untuk lulus dalam ujian ni

Sedikit tips untuk berjaya dalam ujian ni, pastikan korang mengambil restu dari semua cikgu yang pernah mengajar korang secara langsung atau tidak. Jika masih ada ibu bapa, minta diorang doakan supaya kita berjaya dan dipermudahkan semua urusan kita. Insyaallah, berkat itu semua kita boleh berjaya dengan jayanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/02/alhamdulillah-lulus-ujian-jpj-motosikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maia Estianty Kembali Naik Panggung Usai Nyatakan Pensiun Kayak Ujian

Maia Estianty Kembali Naik Panggung Usai Nyatakan Pensiun Kayak Ujian

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 356 hits
Maia Estianty mengaku jika dirinya merasa deg degan saat harus kembali naik panggung Hal itu diungkapkan Maia di instagram
Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Februari 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Februari 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 409 hits
Anda dipanggil menduduki Ujian Psikometrik Bulan Februari 2020 ini Tahniah jika anda dipanggil untuk ujian ini tetapi apa persediaan yang
Menteri Sahkan Pelancong Rebah Di Klcc Masih Tunggu Keputusan Ujian Koronavirus

Menteri Sahkan Pelancong Rebah Di Klcc Masih Tunggu Keputusan Ujian Koronavirus

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 892 hits
Hangat diperkatakan seorang individu rebah di KLCC hari ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan invidiu itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki positif koronavirus Dalam satu sidang media sebentar ta...
Keputusan Ujian Pra Musim Motogp Di Litar Sepang 2020

Keputusan Ujian Pra Musim Motogp Di Litar Sepang 2020

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 713 hits
Pelumba Petronas Yamaha SRT Fabio Quartararo mengungguli catatan masa ujian pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang dengan mencatatkan masa 1 58 945 Quartararo menggunakan jentera 2019 dan akan menguji jentera Yamaha YZR M1 2020 pada ...
Semak Keputusan Ujian Psv Online Untuk E Hailing

Semak Keputusan Ujian Psv Online Untuk E Hailing

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 2392 hits
Anda pemandu E Hailing Pasti anda mengambil ujian PSV untuk melayakkan anda menjadi pemandu E hailing Bagaimana nak semak keputusan ujian PSV online JPJ Panduan kini
Covid 19 Kakitangan Unit Virologi Imr Pastikan Keputusan Ujian Pesakit Disyaki Tepat Cepat

Covid 19 Kakitangan Unit Virologi Imr Pastikan Keputusan Ujian Pesakit Disyaki Tepat Cepat

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 438 hits
KUALA LUMPUR 12 Feb Kakitangan Unit Virologi Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit di Institut Penyelidikan Perubatan telah diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menjalankan penyiasatan jangkitan COVID 19 Ini terutamanya bagi memastikan k...
Koronavirus Seorang Lelaki Di Kelantan Perlu Jalani Ujian

Koronavirus Seorang Lelaki Di Kelantan Perlu Jalani Ujian

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 593 hits
KOTA BHARU Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan rakaman video tular mengenai seorang pesakit yang dikehendaki menjalani pemeriksaan lanjut untuk pengesahan berkaitan wabak koronavirus di negeri ini Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkat...
Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Ambil Report Card

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Drama Seadanya Kita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My Favourite Way To Take A Break

Capai 2k Views Blog Ini Bukti Usaha Tidak Sia Sia

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Beli Lakewood Pure Cranberry Di Jaya Grocer

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur