Alhamdulillah Ilham Special Edition Is Coming Soon


Assalamualaikum.. Di hari Jumaat yang mulia lagi penuh barokah ni Ummi nak berkongsi kegembiraan dengan para pembaca blog Ummi. Alhamdulillah, Ummi dan Babah dikurniakan lagi rezeki zuriat penyambung warisan. Syukur tak terhingga dengan izinNya kandungan Ummi sudah pun mencecah minggu ke 22 (lebih kurang 5 bulan 2 minggu). Bukan niat nak berahsia, pada Ummi biarlah betul-betul dah stabil baru boleh dikongsi. Kalau korang follow cerita pregnancy journey Ummi sebelum ni, mesti korang tahu betapa banyak dugaan dan cabaran yang Ummi dan Babah hadapi. Itulah antara sebab utama Ummi tak nak terlalu teruja. Rezeki anak ni bila-bila Allah boleh tarik semula. Jadi gembira pun haruslah berpada-pada. Alhamdulillah Allah masih lagi bagi kami peluang untuk tambah zuriat. Siapalah kita nak menidakkan rezeki dariNya. Setiap zuriat tu pembawa rezeki dalam keluarga. Ummi cuma dapat tahu yang Ummi pregnant setelah usia kandungan 9 minggu tanpa ada apa-apa petanda dan petunjuk terdahulu seperti biasa. Selepas balik dari site visit di Vietnam terasa ada kelainan pada diri dan Ummi ajak Babah untuk ke Poliklinik Rozikin. Alhamdulillah, Kun Faya Kun.. “Jadilah!” maka terjadilah ia”. Tiada hal yang sulit bagi Allah, tiada hal yang mustahil untuk tidak terjadi jika Allah menghendaki terjadinya sesuatu dan atau tiadanya sesuatu. Ada berita gembira untuk kami sekeluarga, Abang Ilham bertambah pangkat dan Abang Syamil bakal naik pangkat jadi “abang”. Ummi mengandung untuk kali ke sembilan. Abang-abang masing-masing teruja nak dapat adik. Dalam keterujaan kami di minggu ke 21, Allah jentik sikit hati Ummi dan Babah. Jentik-jentik manja supaya kami tak hanyut dengan kesibukan duniawi. Nampaknya rezeki Ilham kali ni sangat istimewa. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu itu dengan penuh hikmah dan rahmat. Walau tak istimewa di mata orang lain, cukuplah dia istimewa di mata Ummi, Babah, Abang Ilham dan Abang Syamil. Sedih? Memang itulah yang Ummi alami saat ini. Air mata jadi peneman Ummi lagi-lagi lepas sujud padaNya. Tapi Ummi takkan terus bersedih meruntun hiba. Kesedihan tu tak bawa kemana. Ummi kumpul segala kekuatan yang ada untuk terus bangkit. Banyak lagi cabaran Ummi dan Babah akan lalui akan datang. Jadi lebih baik Ummi fikir yang manis-manis dan bersedia fizikal mental dan usaha-usaha selepas proses kelahiran nanti. Letakkan segala kebergantungan kita pada Allah kerana Dialah yang menentukan segalanya. Yang baik pada kita tak semestinya baik pada Allah. Bersangka baiklah dengan setiap perancanganNya. Jiwa kita pun akan tenang. Sentiasa fikir yang positif dan bergaul dengan mereka yang positif kerana pada Ummi setiap bait-bait kata orang yang positif mampu memberikan Ummi semangat untuk menghadapi ujian ni. Terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang suami yang kuat semangatnya. Tak pernah tak bersangka baik pada Allah dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua keadaan. Terima kasih kerana menganugerahkan dua anak yang sangat memahami perasaan Umminya. Entah sampai bila Allah pinjamkan anak-anak ni pada kami. :'( Maafkan Ummi kalau belum cukup sempurna menjadi ibu pada kalian. Terima kasih pada seluruh kaum keluarga dan sahabat yang tak pernah jemu mendoakan, yang sudi berkongsi kesedihan dan meminjamkan bahu masing-masing. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. Di hari Jumaat yang mulia ni, kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua yang membaca ni mendoakan kesihatan bayi kami mudah-mudahan tak ada apa-apa yang serius. Doakan segala urusan Ummi dan Babah dipermudahkan. Mudah-mudahan kehadiran bayi ni menjadi asbab kita semua ke syurga. Teruskan bersangka baik pada Dia. Insha Allah ada hikmah dan Rahmat Allah nak bagi pada keluarga kami. Kami redho dengan ujian ni. Semoga ada keajaiban dari Allah. Percaya kepada qada’ dan qadar.. insha Allah kita takkan pertikaikan walaupun sekuman ujian dan perancangan Allah. Jangan buat kerja Allah! Ummi yakin Allah takkan berikan ujian ni pada kami jika Dia tahu kami tak mampu. Ada orang yang lebih dahsyat lagi ujiannya berbanding kami. Insha Allah perancangan Allah yang terbaik dan semestinya ada sesuatu yang istimewa Dia nak berikan pada kami melalui anak ini. Allah Maha Hebat, Maha Baik lagi Berkehendak. Teruskan menyalurkan semangat kepada kami ya kawan-kawan. Ummi masih ok dan masih mampu tersenyum dan ketawa. Doakan kami terus kuat dan mampu jaga amanah Allah ni. Doalah senjata yang kami ada buat masa ni. Doakan juga Allah berikan Ummi kesihatan yang baik ya. Separuh lagi perjalanan pregnancy Ummi ni. Harap yang indah-indah saja untuk kami. Insha Allah dalam masa terdekat Ummi bakal menjalani Fetal Eco dan detail scan. Doakan semuanya berjalan lancar. Doakan Ummi tak nangis lagi depan doktor :p Ummi akan teruskan perkongsian sepanjang pregnancy journey yang istimewa ni selepas mendapat keputusan dari doktor. Salam Jumaat! 🙂 “Tawakal datang bersama dengan redha kerana kadang-kadang apa yang dirancang tidak selari dengan rancangan Allah سبحانه وتعالى . Ikhlas dan redha menerima apa yang berlaku dengan rendah hati dan sedar akan kebijaksanaan Allah سبحانه وتعالى dan keluasan ilmu Allah yang mengetahui apa yang terbaik bagi kita.” p/s Terima kasih sudi meluangkan masa membaca isi hati Ummi. Isi hati seorang ibu yang kadangkala tewas dengan air mata sendiri. Tiada daya upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herneenazir.com/2018/11/09/alhamdulillah-ilham-special-edition-is-coming-soon/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Toyota Presents Special Edition Of Hilux Gr Sport At Sao Paolo Motor Show

Toyota Presents Special Edition Of Hilux Gr Sport At Sao Paolo Motor Show

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 232 hits
With the ongoing of the 2018 Sao Paolo Motor Show a lot of car manufacturers have presented their latest models that will be introduced on the local market later on One of them is Toyota which has brought along a special edition of the 2019...
Kad Grafik Amd Radeon Rx 590 Nitro Special Edition Diperlihatkan Butiran Khusus Kad Grafik Tertiris

Kad Grafik Amd Radeon Rx 590 Nitro Special Edition Diperlihatkan Butiran Khusus Kad Grafik Tertiris

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 259 hits
AMD baru baru ini menyatakan bahawa mereka akan melancarkan kad grafik AMD Radeon RX 590 berdasarkan kad grafik Radeon RX 580 yang diperbaiki kebolehan grafik dan memorinya dan kini Sapphire syarikat pembina kad grafik AMD telah memperlihat...
The Special Branch Said Deepak Is Lying

The Special Branch Said Deepak Is Lying

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 324 hits
So why don t they Why keep the impression going that further investigations are required when the French police have already done that and the Malaysian Special Branch has a copy of that investigation And I should know since they sent me to...
Minister Ratifying Icerd Will Not Affect Malays Special Position

Minister Ratifying Icerd Will Not Affect Malays Special Position

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 261 hits
Ratification of the United Nation s International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination will not affect Article 153 of the Federal Constitution said Minister in the Prime Minister s Department P Waytha Moorthy ...
Start Your Engine Bentley And Graf Von Faber Castell Launch An Exclusive Special Collection

Start Your Engine Bentley And Graf Von Faber Castell Launch An Exclusive Special Collection

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 256 hits
Graf von Faber Castell for BentleyGreen light for a one of a kind partnership On 1 September Bentley Motors and Graf von Faber Castell are launching the Graf von Faber Castell for Bentley collection luxurious writing instruments and accesso...
Kate Middleton Poppy The Duchess Of Cambridge S Unusual Poppy Brooch Has A Very Special Meaning Behind It

Kate Middleton Poppy The Duchess Of Cambridge S Unusual Poppy Brooch Has A Very Special Meaning Behind It

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 532 hits
Kate wore a poppy brooch to the Imperial War Museum Getty Kate Middleton recently returned to her royal duties with a new look after the birth of her third baby Prince Louis Alongside husband Prince William the mum of three has been dazzlin...
Nak Makan Secara Santai Ala Pondok Menu Sup Power Dan Ayam Kampung Special Datang Sini

Nak Makan Secara Santai Ala Pondok Menu Sup Power Dan Ayam Kampung Special Datang Sini

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 645 hits
DAH CUBA PONDOK SILA DEKAT GERAI SUP POWER AYAM KAMPUNG BERAPI BELUM Best wooo lepas makan boleh bersandar sambil duduk bersila Yang mana bawak baby nak makan pun senang sebab baby boleh baring Ruang pun luas Buka 7 hari seminggu Cuti umum ...
Xiaomi Melancarkan Mi Bluetooth Collar Headphone Youth Edition

Xiaomi Melancarkan Mi Bluetooth Collar Headphone Youth Edition

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 177 hits
Selain daripada telefon pintar Xiaomi yang berspesifikasi tinggi yang dijual pada harga murah seperti Pocophone F1 Xiaomi turut mempunyai banyak pilihan aksesori audio seperti set fon kepala set fon telinga dan pembesar suara Baik dari jeni...
Blu Vivo Go Dilancarkan Peranti Dengan Android Pie Go Edition Pertama

Blu Vivo Go Dilancarkan Peranti Dengan Android Pie Go Edition Pertama

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 299 hits
Android Oreo adalah sistem operasi pertama dalam siri Go Edition Sistem operasi Android ini adalah versi yang telah dioptimasikan untuk peranti dengan RAM kurang dari 1GB Untuk versi Pie ia mula dilihat pada dua bulan lepas Kini peranti per...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut